Wednesday 2 March 2011

Cintai Bahasa kita !

Salam readers...hehehe... indah hari ni buat ku even mendung durja sahaja cuaca rumah ku... aku manfaat hari ku dengan membaca artikel2 dan bahan bacaan ilmiah tambahan ketika tingkatan 6 dulu.... agak bermanfaat juga membaca ilmiah2 ni.. kita boleh mengetahui hasil penulisan oleh penulis2 yang sungguh berkaliber...

Dalam sedap2 membaca tadi, aku ternampak tajuk cintai la bahasa kita... memang tajuk ni merupakan tajuk yang agak popular dalam peperiksaan sekolah sama PMR, SPM dan STPM...bagi pelajar2 sekolah tue, amat digalakkan membaca isu2 yang popular di negara kita sekarang... nak jadi bangsa yang patriotik kenalah hayati bahasa yang kita gunakan sendiri bukan???

aku petik sedikit kata2 penyandang Kursi Pengajian Melayu Beijing Foreign Studies University, Prof. Dr. Awang Sariyan melalui majalah PELITA BAHASA (Oktober 2010) mengenai bahasa kebangsaan kita ini....

"sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik yang dikenal sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa melalui komunikasi dalam pelbagai ranah "

Jadi, bahasa melayu ni uga ada keistimewaan nya... tak salah jika kita ingin mempelajari bahasa asing asalkan jangan mencampuradukkan bahasa kita dengan bahasa luar kan.. ( aku sendiri selalu buat silap :) )

Jadi, di sini ada 4 sebab bahasa Melayu dipilih sebagi bahasa kebangsaan sewaktu kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun1957, menurut felo kanan Institut Alam dan Tamadun, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr. Teo Kok Seong.


  1. Bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar. kumpulan tersebut merupakan 49.8 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 1956dan 1957 berbanding dengan kaum Cina dan kaum India masing-masing 37.1 peratus dan 11 peratus.
  1. Bahasa Melayu ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi. Bahasa tersebut mampu memberuikan keperibadian yang dapat memperlihatkan kenatifan rakyat asal, iaitu orang Melayu.
  1. Kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara terbukti daripada sejarah serta perkembangan sebagai lingua franca selama beberapa abad di rantau ini. 
  1. Bahasa Melayu sesungguhnya ialah bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum dijajah oleh kuasa Barat.
jelas tak sebab2 nya ini??? jadi, kita sebagai penduduk Malaysia harus bangga menggunakan bahasa melayu tidak kira bangsa dan agama kerana kita adalah rakyat Malaysia... bahasa kita mempunyai seni nya tersendiri dan kehalusan bahasa kita kenalah di perlihara... jangan lah berkomunikasi dengan begitu kasar kerana jika kasar bahasa kita ini, sudah pasti menampakkan bahawa bangsa kita juga bangsa yang kasar... sedangkan realiti nya bangsa kita tidak sebegitu...
sama2 lah kita hayati keindahan bahasa kita ya !

harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog saya... :)


2 comments:

kindergartenlibrary said...

Jom cinta bahasa ..
=)

grawwrbabe. said...

:)
jom2 !!!!..bangga dengan bahasa kebangsaan kita !