Tuesday 31 January 2012

Gift from Sahabat

Assalamualaikum.. This artical is gifted from my beloved friends, I want to keep it here so it would remind me to be the real muslim :) Thanx Nana.. May Allah give u Barakah ok sayang.. i love u so much..u never let me falling down..
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.
"Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing."
 
Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan bekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga 
"Apa masalahnya?" tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
 
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan. 
Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang "gila" itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah... Berbaloikah?
Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan?
 
Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. 
Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)! 
Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, "apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!" 
Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem "yang sewaktu dengannya". Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan "akal bawah sedar" sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan "retua" hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
 
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini? 
Untuk Apa Manusia Diciptakan? 
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. 
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya: 
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku." (Surah Al Dhariyat, 51: 56) 
Dan Allah menegaskan lagi: 
"Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah."
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
 
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil." (Surah Al Ahzab, 72) 
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia wujud secara "co-existance" (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.
 
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri). 
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa?
Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
 
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan. 
Namun, tanpa seorang "teman wanita", Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia. 
Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika "tercampak" ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia. 
Cinta Hanya Jalan, Bukan TujuanCinta itu bukan tujuan... Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan."
 
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.
 
Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya: 
"Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!"
Ironinya, ada yang berkata, "lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."
Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut... semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.
 
Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. 
Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah. 
SYURGA RUMAHTANGGA 
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah
Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah

Monday 30 January 2012

Again (Love)



Hands over my head thinking 'what else could go wrong?'
Would've stayed in bed, how can a day be so long?
Never believed that things happen for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, oh believe
That for you I'll do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
For you
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/ly
I missed the first train, stood out in the rain, all day
Little did I know
When I caught the next train, there you were to sweep me away
Guess that's what I've waited for
Never believed that things happened for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, So believe
That for you I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again


(Ohhohoh) Who ever thought a day gone so wrong, would turn out so lovely?
I'm so glad I found you
Even though the day went so wrong, I wouldn't change a thing (yeah, yeah, oh I'll do it)
I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again (yeah, yeah ohhh)
I'd do it all over again (I'd do it all over, I'd do it all over)
Do it all over again (I'd do it all over for you, for you)
All I went through, led me to you (all I went through, it led me to you)
So I'd do it all over again (over again)


Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?
Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?


P/s : if i could make ur life happy than before baby.. i love u so much... 

Awan Nano- HAfiz

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Assalamualaikum semua :) ni lirik Awan Nano.. Lirik nya sangat2 best kan?? hayati la same2 :)

Culture shock


Assalamualaikum.. :)
mahu kongsi lagi artikel yang mempunyai tajuk yang sesuai dengan diri saya dan rakan2 semua :)
Culture shock!
Dari tajuk di atas, pasti ramai yang mengetahuai maksud 'culture shock' . situasi ini selalunya dikaitkan di kalangan para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)tidak kisah samada IPTA ataupun IPTS. Kebanyakan pelajar seolah- olah suka dan mudah terpengaruh dengan budaya yang wujud ini lalu terikut-ikut untuk bersaing dan menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini.
Jenis- jenis  'Culture Shock' yang  diadaptasi oleh pelajar  IPT sekarang:
•       Bercinta – boleh dikatakan kebanyakan pelajar tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai girlfriend / boyfriend , jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman dalam erti kata lain tidak laku. Sebenarnya pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang  hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka. Harus peka dengan tujuan utama untuk menimba ilmu bukan mengikut nafsu.
•       Cara berpakaian – ini dapat dilihat dari segi pemakaian para pelajar terutama sekali mahasiswi (perempuan) .  pemakaian moden adalah tidak dilarang , akan tetapi si pemakai harus berwaspada daripada mendedahkan aurat dan kalau si pemakai bukan dari kalangan yang menutup auratnya dia sepatutnya menghormati para pelajar lain . Ada juga yang sangup membelakang kan agama demi nampak cantik / seksi .
Mark: Hey Lina awak nampak cantik dengan legging tu
Lina : Ye ke
Mark : you don't know your beautiful .....
Hati yang disangka kuat, sebenarnya mudah luluh dengan pujian dari kaum Adam .
Di sini kita tahu bahawa Allah sebenarnya menguji iman hambanya. Fikirkanlah berapa ramai yang sanggup transform selepas termakan pujian seperti ini. Memang ramaikan.
•       Seks bebas- perkara ini bukan saja berlaku diluar kampus malah didalam kampus juga. Tanpa perasaan malu , pelajar tidak lagi mengetahuai batas yang perlu mereka ikut lalu terjerumus dalam kancah maksiat yang berleluasa ( menjadi ikutan pelajar lain). Sebenarnya banyak kes seperti ini terjadi di Malaysia hanya kes ini mugkin di rahsiakan oleh pihak institusi sendiri demi menjaga nama baik dari tercemar.  Wallahualam .
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"
•       Politik- sejak kebenaran berpolitik dikalangan para mahasiswa  dibuka, ramai yang bersetuju dan ada pula yang tidak. Sudah pasti sebelum diwujudkan , pihak kerajaan memikirkan kesan yang akan terjadi dan bersedia untuk menagani isu ini. Politik dikalangan mahasiswa mudah mempengaruhi seseorang pelajar lain yang pada mulanya tidak mempunyai hasrat untuk berbuat sedemikian ( isu rusuhan pelajar yang semakin menjadi- jadi) seolah-olah menuntut ilmu bukan lagi tujuan mereka . kebebasan berpolitik seharusnya diguna sebaik mungkin jangan sampai merosakan diri sebagai mahasiswa.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
•       Gay / lesbian – ramai yang bersuara kerana terkejut , tetapi ramai juga yang merasakan isu ini sudah lapok. Yup , ini bukan perkara baru dan NO ini bukan suatu amalan mahupun budaya yang patut diikut oleh pelajar kita terutama sekali yang beragama Islam. sudahlah budaya songsang ini memusnahkan akhlak  dan agama seseorang pelajar , jangan pula diajak yang lain untuk ikut serta. Nau'zubillah .
Seseorang yang berilmu , punya kesabaran
Dan  tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sudah ada.
Fikir-fikirkanlah.
Sebagai seorang muslim seharusnya kita tahu batas- batas sebagai seorang pelajar yang patut dijaga agar maruah diri dan keluarga tetap dipelihara. Perkara diatas bukan saja wujud di Negara kita, tetapi di Negara lain juga. Bagi pelajar yang berada di luar Negara, adalah tanggungjawab mereka memelihara nama baik Negara , biarpun berada jauh di perantauan.
Tidak perlu saya nyatakan kes – kes yang banyak berlaku berhubung culture shock yang berkait dengan pelajar Malaysia kita diluar sana.
Diharap yang ringkas ini mampu dijadikan panduan agar dijauhi dari serangan culture shock .
Ingat virus ini mampu merebak dan anda mungkin terjebak. Hati- hati.
Segala yang dikongsi di atas hanyalah untuk tujuan dakwah dan harap maaf atas segala kesalahan .

Ingat mati :)


Assalamualaikum.. Dalam kelapangan harian ku ini, ingin aku kongsikan artikel ni buat semua pembaca yang rajin sekali hadir ke blog tercinta ku ini.. hehehe.. jiwang sikit ayat ku ini ye.. ape-ape pon, selamat membaca ye... kita juga perlu mengingati mati kerana kita juga bakal mengharungi nye.. :)
Siapakah yang mampu melawan takdir saat malaikat Izrail sudah 'ditugaskan' untuk mengambil nyawa yang dipinjam. Banyak ceritera tentang kematian namun hanya beberapa minit ia terkesan di hati kecil. Kita tidak tahu, 'makwe pakwe' kita pun tidak tahu, ibubapa kita tidak tahu, kawan kita juga tidak tahu. Tiada siapa tahu ajal masing-masing. Hanya Allah yang tahu.
Justeru, ingatlah kematian yang menanti. Bukan mengejar dan mengutamakan dunia lebih daripada akhirat.
Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan serta meninggalkan kelebihan daripada perhiasan dunia?
Siapa yang mengutamakan benda kekal daripada benda sementara dan rosak?
Siapa yang tidak menghitung harinya dan menganggap dirinya daripada golongan mati?
Buat renungan bersama.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Andaikan dunia ini di sisi Allah SWT menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."
Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata :
Pada suatu malam Nabi Muhammad SAW sembahyang subuh di tempat pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi Muhammad SAW menghentikan untanya menantikan orang-orang, lalu bertanya kepada orang-orang tersebut"Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang di tempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah."
Maka Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) di sisi Allah SWT melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai tempat ini."
Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dengan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada di dalam penjara.
Nabi Muhammad SAW bersabda : 
"Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."
Sebab seorang mukmin jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah berada di dalam penjara.Sedang seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasakan bahawa ia tadi berada di dalam syurga.
Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang yang berakal harus perhatikan apa yang telah dijelaskan Allah SWT mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad SAW cukup perumpamaan yang jelas supaya orang mukmin jangan tertipu oleh dunia.
Fikirkan Surah Yunus Ayat 24 :
"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang seksa Allah di waktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya. Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka berfikir dan memperhatikan."
Yahya bin Mu'adz Arrazi pernah berkata :
"Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka tempat pemuasnya, sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."
Luqmanul hakim berkata kepada puteranya:
"Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya kebanyakan manusia, kerana itu jadilah perahu di dunia ini taqwa kepada Allah SWT"
Bermakna, andai muatan perahu kita adalah taqwa, maka kita akan selamat daripada lautan fitnah dunia. Pilihlah tempat untuk mati dengan biasakan kaki melangkah ke tempat-tempat beribadah. Belajar itu ibadah. Bekerja itu ibadah. Solat itu ibadah. Segala amalan kita adalah ibadah asalkan niat lillahi taala dan kena caranya.

:) Jalan..

Assalamualaikum.. huh.. Aku tengah geram dengan Mr A aku.. huh !!!! Kenapa aku sabar dengan die??? Well da answer is only one. Love. I am too love him. Aku tak tahu kenapa sekarang dah start sayang die macm dulu .What had make me be strong to love him back like before. Aku baru jek nak membiarkan die bahagia tapi aku masih lagi tak melepaskan dia. Hope aku ade kekuatan lagi. I want to become strong like EYa !!!!! my sister strong giler... strong dalam mencintai Amer nye.. Aku?? nak gak strong mencintai Si dia.. YEs.. memang aku sayang die. huh... i dont care.. nak gak sayang die.. wek3. hehe

Ok2.. tetbe ak cakap pasal hati ni kan.. hurmm.. Aku baru pas balik dari Rembau..hehehe. Aku bertandang ke rumah mama tercinta... windoo sangat kat mama. Dapat jumpe Eya dan Adik Nani.. Oh Allah. aku teringat kat arwah BAba.. i love baba so much. Kalau sebelum ni, bila aku balik je, mesti riuh rumah tue sebab baba duduk menyakat aku saje.. tapi kini sudah tidak kedengaran lagi suara baba.. i miss him so much.... i will present u Ayat2 al-Quran soon baba. mwuahhh :)

Sebelum menjejakkan kaki ke Rembau, terdahulunya aku pergi ke Bagan Lalang , Sepang... Woaa.. Aku mula rasa geram melihat tempat penginapan Sepang Gold Coast tue.. Haiyooo.. aku nak masuk tapi tak dapat.. Pak guard kat situ kate " FULL ALREADY MAM"
 OHHH !!!! howcome??? sebab raya cina kah??? okae2.. i have to admit yang tempat tue dah penuh sebab dah kena booked kan .. huhuh... Anyway.. aku agak proud sebab aku selalu gak la sampai kat tempat tue walaupun tak dapat masuk but hey !!! Insyallah mane tahu aku dapat masuk kan.. hehehe.. kena berusaha gigih untuk berjaya and i hope can bring my beloved dad and mama masuk sane.. cuti lame2 maaa. :)

No matter what, aku tetap rasa alhamdulilah hepi :) walaupun kawan2 makin jauh dan "hilang" ... huhu.. it's okay... Dunia ni bukan kecil kan. Kita boleh dapat kawan2 di merata2 tempat. I hope i can get more laaa. :)
but now, aku memang rindu my Azmir Osman.. My beloved person. Only him. Hanye die cinta hati sekarang ni. Berangan ke ape ke, aku tetap cintakan die. Aku harap die bahagia dan kuat di mana jua die berada. BAik atau buruk, aku tetap sayang :)

hehehee... mwuahh.. i love my blog :)

Aku di mana juaa :)

Thursday 26 January 2012

hehehe

Assalamualaikum.. hehehe
So bored! arghhh... so bad kan dok mengeluh di waktu yang indah ni. Sepatutnya aku kena luangkan waktu untuk sesuatu yang berfaedah TAPI sori, aku tak boleh lari dari berfikir tentang si dia. hehehe.. dats my rutin i think. ermm.. so sad for me.

ok2. Sekarang dah start cuti. So ramai la kengkawan yang mengajak ke sana ke mari sampai aku pon pening nak ikot siapa. Hehehe.. berlagak nak mampos kan. Eyh no laa.. Betullah kan. Memang ramai ajak. Totally love them la sebab masih ade yang kasihkan diri ini. Terima kasih Allah kerana beri mereka kepada aku :)

hehehe.. tue je nak cakap. ok la. tata :)

Wednesday 25 January 2012

Adik.

Here there are.. hehehe.. Assalamualaikum. Haa...Siapakah gerangan di atas ni ye. Si comel pakai spec ni ialah Sara. My lovely sister. Paling manjalah dengan aku. hehehe.. Ni mase aku jumpe die di KL. Die on the way nak balik Ipoh. Die sekarang study di Politeknik di Ipoh. Memang die akan rajin turun KL jika mahu pulang ke kampungnya.

Hehe , da mos funniest kan.. mase n kitorang kat Petaling Street. Aku tak pernah aw sampai ke Petaling Streets. Memang macam kuno habis la muke aku kan. hahaha., Die ni la yang pimpin aku ke mane die nak. Sambil2 tue die belikan topi Angry Bird untuk adik comel die.. hehehe. aku tukang pilihkan.

Mase ni aku keluar memang semata2 nak jumpe die. Sebab waktu aku balik rumah, die pon balik ke kampung nye tapi kami tak dapat jumpe.. waaa.. die punye merajuk.. Mak oiii.. then aku pujuk la kesayangan aku ni lek lok. then ok dan die ajak jumpe agi.. hehehe.. then i keep my promise to her.. windoo die sangat2. Even kenal tak lame mane but memang aku rasa macam da sayang die sangat2.. hehehe.. mwuah.. sayang Sarah !

Monday 23 January 2012

Dia

Assalamualaikum..
erk. aku teringat kat die ni. erm.. hope die pon ingat aku gak. Lau bukan sekarang, moga die ingat pada masa akan datang..
i truely love him till the end. 



i love u so much. It's hard look u live happily with others (gurl) but i have to coz i want u to be happy. My dear. U always in my heart. I love u till the end of my life....

Sunday 22 January 2012

Rindu Juga :')

Assalamualaikum.. oh tidak. kena buat lagi sekali akaun fb. Penat nye. Ntah ape yang melekat kat akaun aku tue. Sumenye aku bukak tak boleh pakai. So, here i want to tell all of u. U can add me at Hanie Abd Hamid II . hehehe.

Ok. Aku tadi ade jenguk blog seseorang ni. Erm.. to Efira. Aku pon rindu ko jugak. :)


Tuesday 17 January 2012

Nak Jadi Tak?


Assalamualaikum. Aku mahu kongsikan satu artikel pasal bagaimana nak jadi perempuan solehah. here u go. Moga kita sama-sama berusaha menjaga diri masing-masing daripada noda dunia masa kini :) selamat beramal kawan-kawan :)
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami 
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 
1. Taat kepada Allah dan Rasul-NyaBagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga 
2. Taat kepada suami- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga 
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita 
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. 
Faktor-faktor tersebut ialah: 
1) Lupa mengingat Allah.Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu. 
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir." 
3) Mudah terpedaya dengan syahwat. 
4) Lemah iman. 
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk. 
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
sumber : http://grawwrbabe.blogspot.com/2012/01/nak-jadi-tak.html