Wednesday, 1 June 2011

tips2 menjadi kawan yang baik

Salam semua.... dengan hati yang agak tenang lagi la senang.. mahu aku kongsi kan beberapa tips... tips ni juga aku boleh aplikasi kan dalam hidup aku.. maklum la.. aku bukan manusia biasa.. namun begitu aku juga mahu jadi yang terbaik dalam kalangan para sahabat ku... mungkin ade yang memandang buruk terhadap diri ini tapi tiada apa la... aku harungi jua hidup ni dengan hati yang tabah... :)

tips menjadi kawan yang baik
  • memulakan memberi salam apabila bertemu (sebagai tanda hormat kita pada kawan kita ya )
  • memanggil nama sahabat denga nama yang disukainya sama ada di hadapan atau dibelakang nya. (konfem tak suka jika kita digelar dengan nama yang buruk kan?? jadi jangan buat benda yang kita tak suka ok )
  • menumpukan perhatian apabila dia sedang bercakap dengan kita serta elakkan memotong cakap nya ! ( benda ni konfem korang jugak akan titik beratkan la... sebab bila orang potong cakap kita.. sikit2 ade jugak rasa nak mengamuk kan??? )
  • menyampaikan pujian orang kepada sahabat. Apabila kita menyembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.. (Allah tak suka orang yang berdendam.. jika mahu Allah sayang kita maka kita perlu pelihara hati hamba2 nya yang lain :)
  • tidak menceritakan kejian an celaan orang kepada sahabat demi mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.( kesimpulan nya jangan mengumpat je... jadi tiada sesi keji mengeji )
  • memberi pertolongan kepada sahabar yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Apabila dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu. ( bagaikan roda... jika kita tolong orang, orang akan tolong kita,.. cuma yang menolong tue berlainan manusia..jadi..positif sahaja sayang )
  • mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat daripada kepentingan sendiri..(bergantung kepada keadaan tapi kalau boleh apa salah nya utamakan sekali sekala... kebaikan kita jua perolehi kelak sayang )
  • memandang dan membuat tanggapan positif kepada sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka. (buruk sangka tue kena pada tempat nya tapi kita sebagai sesama saudara kena bertolak ansur dan jika perlu.. sila lah tanya sahabat ye bagi tak sangka buruk )
  • memberi nasihat kepada kesalahan dan kelalaian.. ( orang kata.. musuh kita cermin kita tapi kita sebagai sahabat.. perlu jua memberi gambaran yang kita juga mampu menjadi teman sejati iaitu dengan menegur nya dengan penuh berhimah dan tidak mengaibkan mereka... aib disini bermaksud jangan memalukan mereka sekiranya teguran itu mendatangkan rasa kecil hati ok... lau kawan tue tak mahu maafkan memang masak la di akhirat kelak beb )
  • sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Apabila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah , " memulangkan paku buah keras.(bila niat kita mahu "menembak dia balik sebagai satu kepuasan bagi diri kita.. bukan kah menunjukkan kita tidak ikhlas berkawan???)
  • apabila dia meminta maaf, terima sahaja apa alasan yang diberikan tidak kira benar ataupun tidak. (dalam hal sebegini.. kita boleh train diri kita tak berdendam sayang.. )
  • tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita. (jangan ungkit balik setiap perbuatan rakan kita yang dahulu.. malah kita siapa untuk mengadili hidup dia??? )
  • elakkan berkelahi pada benda yang remeh temeh. Hal ini akan menyebabkan kita akan mengeluarkan kata2 kasar kerana jika kita marah.. kita tak sedar yang kita mengeluarkan kata2 yang tidak manis.
  • menyembunyikan rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walaupun kepada yang tidak mengenalinya.
  • tidak mendesak dan memaksa dia hinggan dia rasa terbeban dengan permintaan kita.
  • menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang ataupun susah. gembira dengan perkara yang menggembirakan dan sedih dengan perkara yang menyedihkan.
  • memberikan hadiah sempena kari ulang tahu atau sebalik nya... tidak perlu terlalu mahal tapi pemberian menunjukkan bahawa kita amat mengingati diri nya
  • sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat :)
  • mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat kepada kita 
  • sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika masih hidup mahupun selepas mereka meninggal dunia.
  • menziarahi sahabat apabila dia sakit ataupun ditimpa bencana.
  • mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang sesudah menziarahi kita.

bagaimana??? diharap nya kita semua dapat memelihara hubungan dengan para sahabat kita....

aku kredit kan maklumat ini untuk AIZAM AIMAN... novel beliau sungguh padat dengan maklumat2 yang boleh dimanfaat kan... semoga maklumat yang aku sebarkan ini membantu kita memelihara hubungan persahabatan hingga ke akhir hayat :)

sekian :)

No comments: