Monday 26 March 2012

Kami ada keris ! hehe

Assalamualaikum. 

Kali ni aku lambat sikit update entry. Sebabnya ialah aku busy dengan aktiviti Modul 3 dan 4 yang diadakan di kampus aku pada 24 dan 25 Mac 2012. Pergh, penat jugak. penat kerana duduk dan berkejar-kejaran. Hehehe.. Pape pon, aku rasa agak seronok sebab di samping menimba ilmu baru kan, aku dapat gak lepaskan rasa tension dengan menjerit time nak buat cheer leaders ! hehhee.. Menjerit sekuat hati beb. Pensyarah yang handle bahagian cheerleaders Hakka tue sampai rakam dan tutup telinga dia. Keh3.. baru tahu suara kami power .. ehehehe.. 

Group aku kali ni memang seronok gila. Member yang aku kenal masuk dalam group2 ni ialah Wani, Tiyah, Liza, Faizal, Fatinul, dan cik Kiky. Member yang lain tue aku tak berapa kenal la kan. Hehehehe. =p Macam mane pon mereka tetap mesra dan syok sangat2!. 

Group aku wat discussion nak dapatkan tender ;p
Mase modul 3, pagi2 lagi dah kena gi sebab kena dengar ceramah. Kitorang kena amek input dulu. Mase ceramah pertama memang seronok sangat beb. Dr. Azman tue best sangat. Aku suke sangat dengar die cakap slang British. Die sentiasa bagi semangat untuk kami student2 n nak belajar. Walaupun hanya UITM tapi universiti ini tetap bantu kami yang tak berkemampuan ni. Yuran yang perlu kami bayar pun mampu untuk kami biayai.. . Memang tip top la. Lepas dengar ceramah, kami kena datang waktu petang dan waktu memang syok lah bagi aku. Heheh. Kami kena buat 2 kumpulan dan buat mesyuarat nak dapatkan tender. Kami ni merangkap syarikat yang bangunkan bandar la kiranya. Pergh, memacam kitorang reka. Aku ketua bahagian Penyelidikan. Hahahaa.. Masa pembentangan kan, ada gak yang dok tanya kenapa aku nye plan macam tak strategik. Aku ape lagi bagi la jawapan yang kow2 kan. Macam mana pon dalam jawab2 tue memang ada ketawa sikit la. Ketua aku lak lagi la sengal. Hahaha.. time turn kami tembak diorang, memang bertubi2 kami tanye.. Kah2 !!!!!.. seronok !


Modul 4 pulak lain ceritanya. Modul 4 masih ade ceramah juge. Ceramah pertama tue memang syok sebab cerita pasal orang Melayu. Sejarah orang Melayu dan apa yang perlu diperjuangkan oleh anak melayu yang masih muda ni tapi kan.......... ceramah kedua serius aku bosan tahap gaban arrr.. Tak dapat nak dinyatakan kebosanannye. Lau nak kire lecture lam kelas dengan ceramah, aku prefer lecturer lam kelas agi kot  coz bosan !!!! even input die pon aku tak dapat ak tangkap.. Alahaiiiiii.. =_='
Member klasmate yang always ceria ! yeah !

Dua budak slim. Hehhee.. Shahira dan Wani
Aku dan adik sayang aku, Liza 
Macam mane pon program petang uh yang dikenali sebagai LDK (Latihan dalam kumpulan tue kan) , memang seronok gila !opss.. seronok sangat la.. Tak gila k. hehhehe.. Kami semua kena buat Eksplorasi minda !. Hehehe.. Semuanya pasal anak2 melayu nya perjuangan. Aku paling suka part kena buat drama.HAhahahahahahahah ! Drama yang bertemkan, " Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Ha, memang aku nye plan la kan yang bawa pasal drama2 ni. Hehehe.. Aku memang suka drama2 ni. Memandangkan aku yang plan dengan kawan2, kawan2 aku pon sumbangkan idea yang bernas gak meh, jadi, aku pon diminta bawak watak jadi isteri ketua kampung. Hehehe. Aku kena serang dengan John Labu.. Hehehe., Sapa John Labu? Dia ni pelajar orang asli aw pi die memang kelakar. Hahahaa. Sengal2. John Labu and the geng ni konon nak rampas tanah melayu la tapi dihalang oleh geng2 aku iaitu geng orang kampung. Hahaha.. aku teringat satu dialog ni yang disuara kan oleh Wani masa nak lawan orang Inggeris tue, "Kami ada keris !!!" Sambil menghunuskan PEN aku. Hahahahah.. Sengalkan.. Drama yang ekspress namanya ni. Cekup apa sahaja yang boleh dibawa dalam drama.. hahaha. 



Terakhir sekali, memang leps selesai je aktiviti, memang aku penat. Bukan aku je, budak2 rumah aku yang ada modul pon sama letih. Memang terbungkang la masing2 tidur. Malam pulak aku lepak dengan Wawa, Ruby, Mr. Dean, Dean Sagittarius, dan Said. Plus, aku sempat lagi jumpa Waras.. Waaa. aku rindu nak borak dengan dia. Sekali dah nampak, apa lagi kasi jumpa la kan. Memacam aku borak dengan dia. Hehhe.. Die merupakan senior aku paling ramah la. Selain dia, Mizie. Suke sangat la dengan diorang sebab tak lokek dengan budi bahasa dan info :) Lepas borak dengan Waras, baru aku lepak sakan dengan member aku yang aku sebutkan tadi. Hehehee.. hot stuff gitu =p 

Aku dengan Waras. Lame sangat tak jumpe :)
Kesimpulannya, aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dengan izin  Yang Maha Esa. :)

2 comments:

Unknown said...

gambat aku takde pon... sdih nyer

grawwrbabe. said...

Hehehe.. ko sibuk snap pic dgn member group ko.. len kali dtg dkat kat aku. t aku snap. hehehe