Saturday 10 March 2012

Makin canggih- Teknologi !


MODEL Ford B-MAX yang diperkenal pada pameran  automotif di Geneva. - Foto AP
MODEL Ford B-MAX yang diperkenal pada pameran automotif di Geneva. - Foto AP
Pemandu B-MAX hanya guna arahan suara kawal telefon, hidupkan muzik


LUPAKAN saja menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika memandu kerana pembuat kereta kini mahukan pemandu melayari Facebook, mendengar radio Internet dan membaca buku secara dalam talian, serta memperoleh maklumat trafik secara langsung yang mana memaparkan pilihan jalan yang paling kurang sesak untuk ke destinasi diingini. 


Menyedari perkembangan pesat pasaran bagi aplikasi telefon mudah alih, pengeluar kenderaan seperti Ford dan Mercedes menjadikan Pameran Automotif Geneva sebagai landasan memperkenalkan usaha terbaru mereka bagi menarik generasi muda yang lebih meminati telefon pintar berbanding kereta pintar.

Ford memperkenalkan sistem SYNC untuk pemandu di Eropah tahun ini, bermula dengan model kereta keluarga, B-Max baru.

Sistem yang sedia ada di Amerika Utara itu, membolehkan pemandu mengawal telefon berdasarkan arahan suara yang mana menyaksikan komputer dapat mengubahnya kepada teks dan mesej di Twitter atau menghidupkan muzik menerusi pembesar suara kereta. 


Apabila beg udara berfungsi ketika kemalangan, sistem terbabit juga secara automatik menghubungi nombor kecemasan dan melaporkan lokasi kereta berdasarkan koordinasi GPS, selain daripada menyambungkan panggilan operator talian kecemasan kepada pemandu. 


Bekas Ketua Pegawai Teknologi Ford, Richard Parry-Jones, berkata sistem seumpama itu akan meningkatkan keseronokan memandu selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Namun begitu, ia turut menimbulkan risiko. 


“Agak banyak tugas yang masih perlu diselesaikan bagi memastikan keselamatan dan keselesaannya,” katanya di luar mesyuarat industri di pameran automotif di Geneva, semalam. 
Privasi juga menjadi isu kerana sistem itu sama seperti aplikasi telefon yang dapat menjejaki lokasi pengguna. 


“Kami bimbang tentang perkara itu, namun begitu ia bukannya isu tidak boleh diselesaikan,” katanya. 


Firma AS, Harman yang terkenal dengan sistem hifi adalah antara syarikat pertama yang melihat potensi sistem infotainment dalam kenderaan yang menghubungkan telefon pintar pemandu dan Web. 


Syarikat itu sudah mencipta sistem papan pemuka canggih untuk pembuat kereta premium seperti Mercedes, Lexus dan BMW. Di pameran Geneva, ia memaparkan sistem generasi akan datang yang boleh menyediakan sistem sesuai dengan keperluan dan personaliti pemandu yang berbeza. 


Namun di tengah-tengah keghairahan terhadap aplikasi dalam kereta, ia menimbulkan kebimbangan kepada pembuat kereta. 


Pengurus produk untuk kenderaan elektrik Smart, Pitt Moos, berkata pengeluar perlu memastikan bahawa pelanggan benar-benar mahupun peralatan berkenaan. 


Buat masa ini, Smart katanya, memberi tumpuan untuk menyediakan kaedah kepada pengguna mengawal perubahan status caj semula bateri kereta elektrik mereka, bukannya status Facebook rakan mereka. – AP

Sumber : Berita Harian Online- Ekonomi.

p/s : Pergh.. Makin tak fokus la manusia bawak kereta sebab layan facebook aje.. hehehehe.. 

No comments: