Tuesday 13 March 2012

Inikah Teman?

Assalamualaikum.
Aku dah pernah rasa kehilangan orang yang aku sayang sangat2 pergi ke alam sana. Kerinduannya tidak dapat diluahkan melalui kata2. Aku hanya mengharapkan pinjaman telinga daripada teman tersayang untuk aku meluahkan perasaan namun, gagal sama sekali. Setiap kali aku mahu luahkan perasaan, mesti mereka menunjukkan muka boring. Kalau kawan biasa aku boleh terima tapi, ini teman sejati. Teman paling dicintai. Teman yang sudah kenal sikap aku luar dan dalam. Sampai menganggap aku macam adik beradik. 

Aku menangis aw. Aku menangis kerana aku memerlukan teman berbicara. Hanya pinjaman telinga sahaja. Pecah dan retak hati aku jika aku sedang luahkan perasaan dijadikan bahan mainan. Sebodoh-bodoh manusia, sekosong-kosong kepala otak manusia yang takde EDUCATION, jika dah melihat orang sedang bersedih, pastinya akan berhenti dan cuba menghayati perasaan kita. Aku terasa hampa sangat2. 

Mungkin kita kena jumpa orang salah bagi mengenal jenis apakah manusia itu. But da things is, i feel hurt with this attitude. Moga ko sedar sikap ko merupakan sikap yg tidak sepatutnya di ekspressikan di hadapan teman ko jika mereka sedih

No comments: