Saturday, 31 March 2012

Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah wahai bidadari



Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?
Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga
Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah
Fesyen acuan Allah:
1) Pakaian taqwa
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).
Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".
Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 
2) Labuhkan tudung bawah dada
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   
(An Nur:31)
Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.
Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.
3) Tidak nipis dan ketat
Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)
Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.
Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.
Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.
Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.
Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.
Stigma bila bertudung
Mungkin ada orang kata,
"Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai hati kita. Tengoklah hari ini, ramai je yang bertudung, tapi perangai buruk. Pakai seksi, tapi perangai baik".
Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan baik sudah tentu taat perintah Allah kan? :)
Formula yang mudah= aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri
Mungkin sesetengah bidadari tak rasa aib dedahkan aurat di dunia, malah mereka kagum dengan kecantikan badan dan rambut mereka. Tapi jangan lupa bidadari, hidup kita bukan di dunia saja, tapi kita akan melalui persidangan di mahkamah mahsyar nanti.
Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah?
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Percayalah, kasih Allah pada kita lebih daripada kasih sayang mak ayah pada kita. Ibu ayah tak bagi kita keluar sorang diri sebab takut kena ragut. Jadi, Allah tak bagi kita dedah aurat, pasti ada kebaikannya. 
Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:
"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".
Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.
Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)
Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami :)

Berbahagialah wahai anak-anak sulung


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!


Jom Jadi baik


Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti ada hikmah!
Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.
Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.
Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah bersaudara .
Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekurangan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan.
Ingatlah, jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu. Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati.
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Kawan-kawan, jika kita dah pakai tudung labuh, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT.
Ingat pesan Dr Muhaya dalam Ikim.fm : "kita adalah apa yang kita fikirkan"


Cuci mata jom !

Assalamualaikum.

Hari minggu yang sangat free. Hehehe.. Masih lagi terselit assignment meh. Tidak akanku lupakan tugasan2 ku :p. Ok.. Just nak tunjuk pic2 yang aku dah edit :) ngee.. Semuanya RANDOM OK. !


Hehehe. Akak aku mcm Blurr.. Die tengah geram tengok brg2 Padini. nGeh3..Dapat belanja die buat aku cukup hepi. Pi time die gaji anti lagi aku mao ajak die shopping ! huhu

Kasut yang aku beli ntuk gi kelas. Kasut yang dulu lunyai tapak nye. Actually aku mahu yang kasut ala2 minah2 Korea tue tapi... hahhahaa.. entah la. ;p
Ni aku buat hari Khamis. Pagi2 mao bangun sebab mahu derma darah. Kelas aku tak dapat pergi sebab dah terlajak waktu tidur ku :P memang sengal kan. Tapi macam mane pon aku nak jugak sumbangkan darah ku kerana ingatan ku sentiasa teringat pada arwah mak..  


Ni hanya aku. Mempoyo sebentar dengan fon BlackBerry kesayangan akak aku. Puas aku main picit2 dengan fon tue. Hehehee... dapat picit2 pon jadi la kan.... hehehee..  
Ayeb letih cangat main2 kat luar umah kak Yam. Jadi, riba ku menjadi tempat die beradu. Terbaik la yeb !  Die memang macam baby. Dodoi la skit pastu mesti nyenyak tidur.. Alololorrr... comeinye die. Windo nak melok die erat2.. hhehehe.. love u ayeb !

Abot. Sejak aku dah sampai hingga aku nak balik dari melawat kak Yam, die beraksi manja ala2 kucing betina gitu sedangkan die jantan. hahaha Ketembaman die hasil menyedut vitamin yang akak yam suapkan kat die. Dulu die kurus sangat. Sekali pas mam vitamin, twos jadi bam2.. macam aku.. hahahahhaa ;p

Ape cerita korang pulak? Aku just tak puas hati dengan Jusco Bukit Tinggi. Kenapa bila sampai sana aku rasa suram giler? Hurmm.. Mid Valley lagi syok kot aku rasa. Pasni nak ajak member aku pergi Sunway pulak la.... MEmbeli belah di sana.. hehehehehe.. 


Friday, 30 March 2012

Call.

Assalamualaikum ! ( jawab ye ;p)

Aku memang takde kelas hari ni jadi update je la ape yang ade kan. Hehehe. ;p Anyway, abah aku dah tepon aku pepagi lagi. Hehehe.  Sepatutnye aku kol die, tapi aku tidur ak tadi jadi, abah nye turn la kol aku, Yeay ! Dengar je suara aku die suruh aku ketawa dalam suara serak. Auw ! seksi mak taw.. hahahaha

Lepas dah caka ngan abah, as usual, akak aku nye turn lak. Die mao datang Puncak ! Terbaik Aku dah lame tak keluar dari rumah tercinta Kolej Jasmine aku ni. Bersabar dengan ujian yang ada di sini. Alhamdulilah, mampu jua aku harungi. 

Semalam aku tak ok dan moga2 aku ok untuk hari yang seterusnya. ^_^ tue sahaja wish aku. Hargai buat sesiapa yang sayangkan aku. Yang tak sayang tue boleh blah ! huhuhu.. Ade aku kisah? xkisah pon.. ;p Yang pentng bahagia bersama tersayang. 

Aku nak belanja akak aku hari ni. Kesian hari tue die menghempas pulas kerja nak bagi duit kat aku. Waaa.. so sad.. air mata keluar taw... Jangan cakap kat die k.. huhuh.. Die pandai mengintip aku.. pepandai la kan.. hehee. ;p

Korang macam mane pulak?? ada nak belanja adik beradik korang x?

Tak boleh tidoq !

Assalamualaikum
Haiyak ! aku tak boleh tidoq ! Pukul berapa dah ni. Sumbat lagu dah beratus lagu dah dengar ni. Game? aku tak layan game sangat. Main Zuma Deluxe je. Huhu.. Malam tadi lak lepak dengan member. Tue pon mukenya dah giler ngantuk. Kecian dia. Mata dah cukup sepet, makin sepet dah aku tengok. HUHU.. Jangan mare ye Mr. Dean ! keh3.. kutuk ko sat. 

Sebab dah tak tahu nak main ape, aku try bukak twitter aku yang dah berhabuk dah agaknye. Hehehe. Memang aku tak pandai sangat dengan twitter ni. Kenapa lah artis2 suke benor dengan twitter ni ek?? >>>> =_="<<<< tetibe plak kan? hehehe. Jadi, aku godek2 la twitter aku ni sebab tak nak di gelar ornag ketinggalan zaman ( walaupun dah ade gelaran macam tue po diberi kepada aku ;p)

Pape pon, not bad gak twitter ni. Aku belasah je nak tweet2 ape kan.. keh3 ;p Kalau korang ade twitter, jom follow aku k>>> Hanieabdhamid

LOL

Thursday, 29 March 2012

3 tahun

Assalamualaikum

3 tahun. Aku tak tahu siapa aku dalam 3 tahun tue. Adakah hani yang masa tingkatan 5 atau pun orang lain. 3 tahun tue, ramai yang pergi dalam hidup aku. Kebanyakannya orang yang paling aku sayang yang pergi. Paling aku sedih Baba aku pergi. Lepas ni kepada siapa mahu aku adukan. Aku nak mengadu kat adik beradik, diorang punye hati tue lagi lah aku dapat rasakan kesedihan mereka. Aku paling sedih tengok along. Waa.. kesian along aku..

Aku ada jatuh hati kat seorang manusia ni 3 tahun yang lepas. Buat teman yang dah tahu tue, ni je yang diorang akan kata>> Bosan!<<< hehehe. Manusia tue orang yang paling faham aku tapi aku pelik, die gak la paling memecah dan meretakkan perasaan aku sebab harapan yang die kurniakan pada aku. Harapan ntuk aku menjadi kan kekasih. Kalau die buat aku kawan baik yang sebetul nya baik, aku terima sangat weyh tapi, biarkan aku terkapai2. Nak kata kawan, die tak sanggup nak mengaku aku kawan baik. Kekasih lagi lah kan. Macam mengharapkan bulan jatuh kat riba aku ni ha. Kalau nak jadi player betul2 la kan. Jangan la sengal sangat. Tapi it's ok. Aku belajar banyak benda sepanjang aku kenal dia. Dia bahagia da sekarang sebab dapat ramai girl nakmelekat kat dengan harapan nak hidup semati. Hambek la ko semua dengan mamat ni. 

Aku ucapkan terima kasih kat dia sebab banyak beri aku pengetahuan tentang xsetia, curang, dan memberi harapan palsu. Hanya meniti  di bibir je tapi di hati kosong. Aku tabik dengan ko saudara sebab ko bijak mengatur langkah. Tapi ingat, langkah ko boleh terjelepuk lau ko rasa semuanya OK. Insyallah, Allah akan send ganjaran yang terbaik buat ko. 

Aku masih ingat lagi, ko pernah kata, ko akan teringat aku bila tengok gambar aku. Hurm.. tue sume palsu je aku rasa. TIPU !!!!!! Bawak perangai tue sampai mati weyh ! bia ko rasa indah time kat sana nant lah k. 

Aku banyak kali biar. Aku mengaku aku kontrol sebab aku tak nak ko main2 tapi tak berubah jugak. Hambek kebebasan tue. Nikmatinya selagi takde api yang mendekati. 

Terima kasih sebab sudi bagi harapan palsu kat aku. Aku hargainya. Kesan parut ni pon ko da kasi toreh da. Berdarah je ni. Tak boleh nak kering. Aku tak tahu sampai bila tapi insyallah, Allah ade. Allah pasti boleh bagi ubat tahan sakit kat aku. Aku hanya fikir satu je, ko HAMBA Allah yang turut lemah. Tapi malang, ilmu yang ada ko dapat serap habis. Malang ! ko nak sangat kebahagiaan tue pergi kan. Insyallah. Takkan ade bahagia. Sebab tue je doa ko kan. BOsan hidup macam ni kan? 

Akhir sekali, aku pun kena sedar aku bukan baik. Aku tahu aku sendiri berdosa kat ko gak kan. Aku bukan gadis yang ko idam2 kan. Aku pon tahu, aku banyak buat ko rimas sampai dah nak naik pressure heart ko. Moga aku takkan ingat ko lagi. Thanx bagi aku ilmu yang tak ternilai harga nya. ^_^ I love u till dead ! i love da way u lie dan cheat ! 

Wednesday, 28 March 2012

Air mata terima kasih

Assalamualaikum.

T_T << Air mata aku mengalir tadi. Aku hanya fikir satu sahaja, "Allah menduga kerana sayang". Aku menerima dugaannya hari ni. Malah, keluarga aku pun sama begitu. Aku bila dengar suara abah, aku memang menangis. Tak sanggup nak cakap apa dah. Sebab aku tahu apa jawapan die. Sebak. Kesian abah.. 

Buat teman yang memahami, i know u will know what it is right. Sedih meh. Aku ingat tadi aku boleh tahan. Aku memang buat hal aku je, memandangkan kat Kampus aku ada Karnival D'Puncak. Aku cuba nak enjoy suasana tue tapi aku hanya mampu bertahan sebentar sahaja. Aku melihat sahaja mereka tersenyum gembira.Aku memang tak nak diorang nampak muka aku.  Hari ni memang aku punye hari untuk bersedih kan? Moga ujian ni aku mampu harungi. 

Aku tak fikir aku sorang je sedang bersedih. Member baik aku, si nazira pon tengah sedih. Ayah die tak sihat. Kesian dia. Moga pak cik cepat sihat ye. 

Dengan serentaknya pulak, aku teringat pada arwah baba. Aku ingat lagi. Dulu2, dia lah yang hulurkan bantuan masa aku nak masuk belajar. Tak sangka tue kali terakhir dia tolong aku. Aku janji aku takkan berhenti doakan dia. Aku sayang baba sangat2. 

Sekarang ni, aku nak sangat ucapkan terima kasih yang tak terbilang pada mereka yang sudi bantu aku hari ni. Korang semua dah menyentuh lubuk hati aku. Korang jauh dari aku tapi korang paling dekat di hati aku. terima kasih Mama, Mr. Dean, P-Kah dan Syuhana. Insyallah, aku akan tolong korang semula di saat korang memerlukan pertolongan. 

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang semua

Tuesday, 27 March 2012

Blogwalking ^_^

Assalamualaikum

Nak tahu tak. Hehehe. Esok pagi aku takde kelas tapi petang ade kelas gak la. ngee ;p. Jadi, hehehe dengan rasa riangnya aku mula buat blogwalking malam ni. Aku try follow seberapa banyak blog sambil baca entry2 mereka Kebanyakannya cerita mereka agak menarik tapi satu je la, aku rimas la mereka2 ni letak gadget2 kat sisi blog. Ini semua boleh mendatangkan kepada loading dan waktu menunggu meh. Nak letak gadget boleg tapi jangan berlebihan sangat ye kawan2. Tips ni.. Hehehe.. 

Macam mana pon, aku mahu bagi kredit dengan berlambak2 nye terhadap Mr. Dean a.k.a Dean Uitm Puncak Perdana. Member aku di Kampus la. Minat kami agak sama. Kalau jumpa mesti topiknya kena je kalau ajak borak . Hehehe. Kekadang tak sedar dah pukul berapa lau berborak dengan dia. Karakter die yang macam along memang buat aku kagum dengan dia. Friends, may u always success in everything Insyallah. 
Mr Dean!

Die pon banyak sokong aku dalam bergiat aktif berblogging ni. Thanks friend ! Amat payah aku nak jumpa kengkawan yang sokong berblogging dalam real life aku. Kebanyakan nya hanya suke melihat aku berblogging. Sebab kekusyukan aku tue kan membuatkan kepala aku tak sesak nak fikir masalah remeh temeh yang dulunya buat aku jadi agak tak betul. Alhamdulilah kini aku makin ok. Gembiranya. Lega juga sebab budak2 rumah tak pernah berhenti untuk buat diri ku ketawa. Bukan ketawa lupa diri tapi cukup untuk menceriakan diri dan mampu terus menimba ilmu dalam keadaan tenang dan mudah. 

Tambah pula, kita ni masih muda kan. Jangan berhenti nak menimba ilmu dan pastikan faham dengan ilmu yang dipelajari, selepas belajar dengan baik baru boleh aplikasikan dalam hidup. INGAT ! belajar bukan semata2 kerana terpaksa tapi sebagai bekalan dunia dan akhirat. Jangan pandang enteng dengan ilmu2 yang sedang korang pelajari dan jangan mudah putus asa. Putus asa adalah godaan syaitan paling tertinggi setelah MALAS ! :) 

May u all happy in absorbing the new studies ^_^


Monday, 26 March 2012

Kami ada keris ! hehe

Assalamualaikum. 

Kali ni aku lambat sikit update entry. Sebabnya ialah aku busy dengan aktiviti Modul 3 dan 4 yang diadakan di kampus aku pada 24 dan 25 Mac 2012. Pergh, penat jugak. penat kerana duduk dan berkejar-kejaran. Hehehe.. Pape pon, aku rasa agak seronok sebab di samping menimba ilmu baru kan, aku dapat gak lepaskan rasa tension dengan menjerit time nak buat cheer leaders ! hehhee.. Menjerit sekuat hati beb. Pensyarah yang handle bahagian cheerleaders Hakka tue sampai rakam dan tutup telinga dia. Keh3.. baru tahu suara kami power .. ehehehe.. 

Group aku kali ni memang seronok gila. Member yang aku kenal masuk dalam group2 ni ialah Wani, Tiyah, Liza, Faizal, Fatinul, dan cik Kiky. Member yang lain tue aku tak berapa kenal la kan. Hehehehe. =p Macam mane pon mereka tetap mesra dan syok sangat2!. 

Group aku wat discussion nak dapatkan tender ;p
Mase modul 3, pagi2 lagi dah kena gi sebab kena dengar ceramah. Kitorang kena amek input dulu. Mase ceramah pertama memang seronok sangat beb. Dr. Azman tue best sangat. Aku suke sangat dengar die cakap slang British. Die sentiasa bagi semangat untuk kami student2 n nak belajar. Walaupun hanya UITM tapi universiti ini tetap bantu kami yang tak berkemampuan ni. Yuran yang perlu kami bayar pun mampu untuk kami biayai.. . Memang tip top la. Lepas dengar ceramah, kami kena datang waktu petang dan waktu memang syok lah bagi aku. Heheh. Kami kena buat 2 kumpulan dan buat mesyuarat nak dapatkan tender. Kami ni merangkap syarikat yang bangunkan bandar la kiranya. Pergh, memacam kitorang reka. Aku ketua bahagian Penyelidikan. Hahahaa.. Masa pembentangan kan, ada gak yang dok tanya kenapa aku nye plan macam tak strategik. Aku ape lagi bagi la jawapan yang kow2 kan. Macam mana pon dalam jawab2 tue memang ada ketawa sikit la. Ketua aku lak lagi la sengal. Hahaha.. time turn kami tembak diorang, memang bertubi2 kami tanye.. Kah2 !!!!!.. seronok !


Modul 4 pulak lain ceritanya. Modul 4 masih ade ceramah juge. Ceramah pertama tue memang syok sebab cerita pasal orang Melayu. Sejarah orang Melayu dan apa yang perlu diperjuangkan oleh anak melayu yang masih muda ni tapi kan.......... ceramah kedua serius aku bosan tahap gaban arrr.. Tak dapat nak dinyatakan kebosanannye. Lau nak kire lecture lam kelas dengan ceramah, aku prefer lecturer lam kelas agi kot  coz bosan !!!! even input die pon aku tak dapat ak tangkap.. Alahaiiiiii.. =_='
Member klasmate yang always ceria ! yeah !

Dua budak slim. Hehhee.. Shahira dan Wani
Aku dan adik sayang aku, Liza 
Macam mane pon program petang uh yang dikenali sebagai LDK (Latihan dalam kumpulan tue kan) , memang seronok gila !opss.. seronok sangat la.. Tak gila k. hehhehe.. Kami semua kena buat Eksplorasi minda !. Hehehe.. Semuanya pasal anak2 melayu nya perjuangan. Aku paling suka part kena buat drama.HAhahahahahahahah ! Drama yang bertemkan, " Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Ha, memang aku nye plan la kan yang bawa pasal drama2 ni. Hehehe.. Aku memang suka drama2 ni. Memandangkan aku yang plan dengan kawan2, kawan2 aku pon sumbangkan idea yang bernas gak meh, jadi, aku pon diminta bawak watak jadi isteri ketua kampung. Hehehe. Aku kena serang dengan John Labu.. Hehehe., Sapa John Labu? Dia ni pelajar orang asli aw pi die memang kelakar. Hahahaa. Sengal2. John Labu and the geng ni konon nak rampas tanah melayu la tapi dihalang oleh geng2 aku iaitu geng orang kampung. Hahaha.. aku teringat satu dialog ni yang disuara kan oleh Wani masa nak lawan orang Inggeris tue, "Kami ada keris !!!" Sambil menghunuskan PEN aku. Hahahahah.. Sengalkan.. Drama yang ekspress namanya ni. Cekup apa sahaja yang boleh dibawa dalam drama.. hahaha. 



Terakhir sekali, memang leps selesai je aktiviti, memang aku penat. Bukan aku je, budak2 rumah aku yang ada modul pon sama letih. Memang terbungkang la masing2 tidur. Malam pulak aku lepak dengan Wawa, Ruby, Mr. Dean, Dean Sagittarius, dan Said. Plus, aku sempat lagi jumpa Waras.. Waaa. aku rindu nak borak dengan dia. Sekali dah nampak, apa lagi kasi jumpa la kan. Memacam aku borak dengan dia. Hehhe.. Die merupakan senior aku paling ramah la. Selain dia, Mizie. Suke sangat la dengan diorang sebab tak lokek dengan budi bahasa dan info :) Lepas borak dengan Waras, baru aku lepak sakan dengan member aku yang aku sebutkan tadi. Hehehee.. hot stuff gitu =p 

Aku dengan Waras. Lame sangat tak jumpe :)
Kesimpulannya, aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dengan izin  Yang Maha Esa. :)