Friday 16 December 2011

Indahnya Islam

            Salam semua. Malam semalam aku telah hadiri suatu majlis yang dinamakan kuliah perdana. Majlis tersebut membincangkan tentang Perbandingan agama Islam dan agama lain. Apa yang aku tahu, agama  Islam mempunyai keindahannya tersendiri dan agama Islam ini adalah satu2 nya agama yang diredhai Allah S.W.T. Hal ini demikian kerana Allah telah merangkumkan seluruh ajaran2 agama nabi2 terdahulu dalam agama Islam yang menjadikan Islam agama yang sempurna. kesempurnaan tersebut telah dimampatkan dalam kitab suci Al-quran yang sehingga kini menjadi bahan rujukan seluruh umat manusia.


           Seperti kita sedia maklum, ramai pakar2 penyelidik telah pun membuat kajian tentang agama Islam serta amalan hidup dalam Islam. Islam bukanlah semata2 agama tapi Islam juga turut ada dalam amalan hidup kita. Islam telah memudahkan lagi hidup kita agar teratur sahaja. 


         Contohnya, dalam pengamalan semasa kita mahu berbuka puasa. Sebelum kita mahu berbuka puasa, kita mesti mengambil buah kurma dulu kan sebagai pembuka selera kita. Kajian telah membuktikan bahawasanya kurma ini mempunyai kandungan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium. Faedahnya dapat dilihat dalam pernyataan ini :

" Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk."


Firman Allah S.W.T dalam surah Mukminah ayat 19 bermaksud :


" Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun KURMA dan anggur untuk kamu. Disana kamu perolah buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan " 


Rasullulah juga pernah berkata :


"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan"
           Banyak lagi kebaikan memakan kurma yang digalakkan dalam amalan hidup Islam. Kebanyakan kesan-kesan amalan2 hidup islam dapat memberi kesihatan yang baik. Selain daripada pemakanan, kesihatan yang baik dapat diperoleh melalui amalan solat lima waktu kita, sujud kita dimana pengaliran darah ke otak semasa sujud dapat memberi kesan yang baik dalam IQ kita. Kita mampu mengingati input dengan lebih baik jika kita sering sujud. Amalan berzikir kepada Allah Yang Esa. Bagaimana kedudukan kita berzikir mampu memberi ketenangan dalam diri manusia.  Jadi, kita sebagai umat Islam perlu bersyukur kerana kita berpeluang mengetahui serba sedikit keindahan kehidupan ini melalui amalan kehidupan cara Islam. 





sumber: http://www.wazy84.com/khasiat-kurma

2 comments:

NorFarahin@aien said...

proud to be a muslim...hee..islam memang lengkap...1 cara hidup yang sempurna..terserah kepada kita nak ikut yang baik atau yang buruk kan...

grawwrbabe. said...

yup.... moga kita mampu menjadi contoh untuk umat islam y lain kan :)