Saturday, 31 December 2011

4 perasaan berdepan dengan Allah S. W. T


Assalamualaikum.. dear friend.. when we face to Allah.. we need to feel 4 of these feeling.. These feel could let us be humble and down to earth to Allah S.W.T... sometimes we cant feel calm after we make our pray right.. this is because we do not have these feels which make we realise we are just human being ... read these... :)
1. Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan kerenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah.
Firman Allah: 
"Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.'' - (Surah At-Taubah 9: 51)."
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, "Bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini." Hatinya tidak akan berkata, "kenapa aku, bukan orang lain?" Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita 'memberontak', hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.
Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji?
Kata Imam Ghazali rahimahullah,"Cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah 'memberontak' kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!"
Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.
Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja', "Inna lillah wa inna ilaihi raji'un."
Firman Allah:  
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. - (Surah Al-Baqarah 2:156)
Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua.
2. Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti di imbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada Yang Maha Kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada Yang Maha Sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.
Firman Allah: 
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.''- (Surah Taubah 9:40)
 Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan kerenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah: 
"Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.''-(Surah al-Baqarah 2:45)
Dalam apa jua keadaan,positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang.
Firman Allah: 
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.''- (Surah al-Fath 48:4)
Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas: "Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya."
3. Memahami maksud takdir Allah
Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail  kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kadang-kala kita belum nampak kebaikannya,percayalah kebaikannya pasti ada.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan
Firman Allah: 
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Surah Al-Baqarah 2: 216)"
Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah-tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.  Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya.  Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah "kalau" atau "jika". Hayati sabda Rasulullah saw ini: "Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)
4. Mendapat hikmah apabila diuji.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja."
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan 'perjuangan' melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini:"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Perang hati


Assalamualaikum..
Pernah tak kamu semua berperang dengan hati sendiri??? Pernah tak rasa kusut nak buat benda yang diredhai dan tidak diredhai Allah.. ?? Aku sendiri sedang menghadapinya.. gundah nya hati hanya Allah yang tahu... Sedang hati ni datang cemburu pada seseorang kerana melayan orang lain atau kawan melebihi diri kita, aku berpeprang sama ada nak marah ataupun tidak... sampai mahu demam dibuatnya.. Aku nak sangat melawan nafsu ku ini agar tidak terbabas dengan sikap gelojoh ni.. ikutkan hati saja tanpa berfikir dengan waras....

Kadang2 sampai menangis kerana diri ini tidak mampu bertahan melawan amarah yang wujud dalam diri.. Ya Allah.. Hanya Kau saja tahu bahawasanya aku ni manusia yang lemah.. Aku pohon agar apa yang aku miliki kini diredhai oleh-Mu...

Aku belajar berfikir panjang agar tidak melukai hati orang lain walaupun hati sendiri terluka.. Kerana semua yang terjadi atas Kehendak-Nya.. bagaimana mahu aku tentang semua sedangkan itu semua takdir-Nya..

Moga aku mampu belajar banyak perkara dari kejadian2 yang mudah menjatuhkan aku ini.. Yang pasti.. Allah sentiasa ada dengan ku... Amin..

Friday, 30 December 2011

tak suka bertangguh?? 8 tips for it !

Assalammualaikum !! :)
Senyum dan ceria lah kita di waktu yang sentiasa diizinkan Allah.. Sesungguhnya kita masih berpeluang bernafas pada waktu ini untuk mengutip segala ilmu yang ada di muka bumi Allah. :)
Aku nak share tips yang selalu ade dalam diri setiap manusia.. Nak tahu ape die??
here !!!  8 tips mengelakkan bertangguh dalam sesuatu pekerjaan..



1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?


2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.


3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.


4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.


5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.


6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.


7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.


8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.



Tears

Assalamualaikum :")
ermm.. i miss my baba.. semalam aku tatap pic baba... waaa.. terus menitis air mate ni sampai muke naik tegang daa... lepas nangis aku sedekahkan al-fatihah.. aku tak nak buat baba sedih tengok aku menangis aje.. kena gak bagi something pada rohnya bagi roh nya tenang.. but seriously, i miss him damn much..

Baba penyeri family aku.. penyeri segala2 nya.. who meet him, will like him.. becoz he know how to make people happy and give them support...

and malam tadi, aku tak boleh tidur..
i dont know why.. keep thinking.. but i dont know what it is.. hope takkan kekal begini..
errrrmmm.. :") wasalam

Thursday, 29 December 2011

bersepah2..

Assalamualaikummm ! # jwb naaa

okei,, sekarang patutnya aku study ntuk final tapi minda comel ku ni tidak dapat proses maklumat yang cuba aku sumbatkan ni. I dont know why.. Only Allah knows why it become like this.. May He help me to be a normal person back..hehehe..

tadi, aku kacau member baik aku, die dok study aje... aku tegur kai mesej, wat bodoh.. pas uh kan.. bila tanye , " kita kacau awak ke??" die pi jawab , " X"... hak3.... memang sah menggong kan?? die atau aku?? hahah.. due2 sekali laaaaa....

sebab ??? aku dah tahu die nak study, kenapa dok pi kacau lagi kan kan kan??? dan die pulak, dah tahu tengah study, jawab lah, "saya tengah study ni, mesej lain kali boleh?? ".. ha !!! kan sonang by tue !!! haisyooo..

okei2.. mengarut lagi.. pastu aku pi la kol buah hati pengarang jantung.. YA Allah !! die punye membebel... kalau aku pakai bil la kan.. memang sah beratus2 bil aku melambung.. Nak tahu sebab ape?? sebab die NON-STOP bercakap.. a lot of idea has been evaluatee in my mind.. hahaha... die punye aktiviti banyak betul hari ni aww.. aku sampai tak dapat nak menyampuk perbualan kami... isk2.. sedih yang amat

by da way.. Aku tetap bersyukur sebab pengarang jantung ni tak bosan2 bercakap dengan aku dan sentiasa membuatku ketawa walaupun sebentar... bukan macam member aku uh... name jek pandai tapi nak buat hati orang tak sentap pon tak reti.. isk2... sakit jiwa kuh ini weyh.. hehehe

macam mane pon, aku tetap kena usaha untuk buang MALAS aku ni sebelum waktu memuncak tiba.. nanti mampus aku tak dapat catch ape2 nanti. okei.. thanx for coming here lalink !! mwuah22. wasalam.. :)

Wednesday, 28 December 2011

Good

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat? aku?? Alhamdulilah sihat je sekarang ni. Bersyukur sangat2 kerana Allah mengurniakan kesihatan yang baik terhadap ku :) Berdoa lah moga orang lain yang sedang menderita sakit dan sebagainya mempunyai kekuatan zahir dan batin. Mereka sebenarnya diuji Allah kan?? Jika mereka berjaya menjadi seorang yang sabar, mana tahu kan ade tuahnya buat mereka sendiri.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..

Minggu ni study week sudah bermula dan aku baru saje pulang ke rumah.. Melawat kubur arwah Baba.. menemani abah dan adik beradik tercinta.. Ya Allah.. rindu nya bukan kepalang.. Kalau aku nangis, takkan beri apa2 kesan.. jadi aku sedekahkan al-fatihah buat mereka semua.. moga mereka mendapat keringanan dalam doa ku ini.. aku rindu mereka sangat2..sampai kadang2 aku rasa nak ikut mereka pulang saja tapi aku masih lagi bernafas dan semua ni adalah kehendak Allah.. Allah menarik kesayangan kita bukan untuk menjadi zalim tapi ingin memberi kita kemanisan hidup dengan masa depan kita.. masa depan inilah yang bakal kita corakkan sendiri.. moga aku sendiri mampu mencorakkan masa depan aku dengan lebih baik lagi :)

Tambah lak dengan keadaan kucing tersayang aku.. si Patah.. ekor die kena potong.. awwww.. ekor die berulat weyh.. berlubang sebab ekornye tue dah mati sel nye.. name die pon dipanggil patah sebab tulang ekornya tue dah patah,jadi, die tak sense sangat ekor die aw.. bila ekornye tue berdarah dan luka pon, die tak rasa.. tue yang menyebabka ekor dier berulat.. Sumpah weyh, aku geli campur geram !!! eeee !!! bila nampak ulat tue kuar, aku tarik n picit2.. eeee !!!! besar2 lak tue.. memang lumat la ila dah sampai di tangan aku.. harap maklum ye ulat bongok !! eeee... jangan jumpe aku lagi okey! hahaha

Now Patah dah agak ok.. lepas je dipotong ekor nye... die sedar dan terus jadi lpar.. erk.. okey2.. maklum la penat jadi loyer tekak tue kan miaoww?? hehehe.. along dan akak aku pon hepi tengok Patah dah jadi ligat balik..hehehe.. sekarang pon.kuantiti kucing aku di rumah dah makin bertambah..alhamdulilah :)

sebahagiannya kucig arwah Baba.. kucing kesayangan die lak tue..hehehe.. dapat lepas rindu melalui miaow2 baba.. :)


last but not least.. may i keep remembering Allah who have give me breath for every second.. :)

Thursday, 22 December 2011

throw it away arr

salam.. lets we  think through these words ok. 

Manusia mudah buat silap. Sedang hati aku pon pernah ko sakiti tapi aku maafkan ko demi menjaga persahabatan kita. Namun, jika tak mahu maafkan kerana tawar hati, it;s ok.. tak mo paksa... :)

Tuesday, 20 December 2011

Test sudah bermula..

       Salam semua.. :) aku agak busy dengan final test. Semuanya agak mencabar walaupun ada sesetengah orang kate test2 tersebut agak mudah.. err?? yeke?? bergantung kepada orang yang sudah berusaha la kan.. moga aku punye jawapan tue dapat la menyumbang markah semester ku.. AMIN !!.

       By da way, ahad lepas akak dan along aku datang.. Ya Allah.. hepinya tak terhingga.. mase uh aku kena buat assignment tapi sebab mereka susah payah datang nak jumpe aku, aku dahulu kan mereka.. Maklum. itu je saudara yang aku ade kini.. sayang abah, along,angah dan akak.. mwuah2...

       Dan... final test aku belum lagi berakhir dan aku harap study week aku mampu membantu aku mentelaah dengan baik :) dan.... huhuhu.. aku dah tahu aku dah masuk klas ape aw.. mak oii. giler2... nasib ade kengkwn yang aku kamcing beb !!!! lau x... huhuh.. mati kutu aku dalam kelass.. heheheh

        aku xsabar nak pergi jalan2 nanti.. so, hope aku boleh study tanpa ade gangguan berangan nak pergi jalan2 la ye..hehehe salam..

Saturday, 17 December 2011

begini ke perasaan die ek??

Salam.. nak tahu perasaan ape??? perasaa takde hati kat orang yang duduk nak kan kita.. erm..dulu aku selalu mintak aku dapat merasai perasaan die melayan aku yang duduk sengsara ni.. Akhirnya Allah mengizinkan aku merasai nya..apa jua yang die harungi dahulu, aku dah berjaya merasai nya. Sehingga kini pon. Dulu aku waktu tak tahu kenapa die buat begini, asyik marah saja.. maklumlah, perempuan macam aku ni kuat betul amarahnya.. tapi kini, semuanya aku perlahankan kerana sudah belajar memahami perasaan itu. Mostly girl yang kenal die anggap die oh perfect guy.. semuanya lah.. sampai cakap besar betull.hehehe.. part cakap besar tue kan,memang aku ketawa sorang2 je la.. ye la.. begini lah rupenya aku dahulu yang begitu kuno tak mengenali insan ini sepenuhnya. Nak kata sepenuhnya tu takla tapi agak kenal la..

Kini, aku mengenali seseorang yang menjadi diri aku.. dan serius, aku tak boleh nak terima die sebab aku rasa kalau aku layan nanti, mesti melukai hati die.. jadi, better aku diam je dan buat hal aku je.. memang die ade marah macam mane aku marahkan budak tue tapi memang aku tak boleh nak layan.. aku tak nak die rase terluka macam aku rasa dahulu ni... sakitnya hanya Allah je tahu weyh... kawan2 aku yang rasa tapi tak rasa ni hanye melihat aku yang dah macam takde kewarasan ni.. huhu..alhamdulilah, kini aku kembali jadi Hani yang comel lagi tembam..hahhahaa..

tadi pula, aku ade borak2 dengan housemate aku, Ya ampun meriah nya.. tukang pemeriahnya tue ialah aku..hahahahhaa.. sakan nya kami ketawa tapi kena topup study balik sebab banyak ilmu dah keluar dah ni... hehe.. tapi nak tahu, serius aku dah lame tak tergelak dengan gembira dengan rakan2 aku sebegini... memang saat inilah yang aku rindukan.. namun kena juga berwaspada kerana Allah menguji kita kan.. moga aku tidak lalai daripada nikmat hidup dunia yang sementara ini...

moga kita semua kembali ke sana dalam keadaan yang baik lagi beriman :)

Friday, 16 December 2011

Indahnya Islam

            Salam semua. Malam semalam aku telah hadiri suatu majlis yang dinamakan kuliah perdana. Majlis tersebut membincangkan tentang Perbandingan agama Islam dan agama lain. Apa yang aku tahu, agama  Islam mempunyai keindahannya tersendiri dan agama Islam ini adalah satu2 nya agama yang diredhai Allah S.W.T. Hal ini demikian kerana Allah telah merangkumkan seluruh ajaran2 agama nabi2 terdahulu dalam agama Islam yang menjadikan Islam agama yang sempurna. kesempurnaan tersebut telah dimampatkan dalam kitab suci Al-quran yang sehingga kini menjadi bahan rujukan seluruh umat manusia.


           Seperti kita sedia maklum, ramai pakar2 penyelidik telah pun membuat kajian tentang agama Islam serta amalan hidup dalam Islam. Islam bukanlah semata2 agama tapi Islam juga turut ada dalam amalan hidup kita. Islam telah memudahkan lagi hidup kita agar teratur sahaja. 


         Contohnya, dalam pengamalan semasa kita mahu berbuka puasa. Sebelum kita mahu berbuka puasa, kita mesti mengambil buah kurma dulu kan sebagai pembuka selera kita. Kajian telah membuktikan bahawasanya kurma ini mempunyai kandungan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium. Faedahnya dapat dilihat dalam pernyataan ini :

" Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk."


Firman Allah S.W.T dalam surah Mukminah ayat 19 bermaksud :


" Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun KURMA dan anggur untuk kamu. Disana kamu perolah buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan " 


Rasullulah juga pernah berkata :


"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan"
           Banyak lagi kebaikan memakan kurma yang digalakkan dalam amalan hidup Islam. Kebanyakan kesan-kesan amalan2 hidup islam dapat memberi kesihatan yang baik. Selain daripada pemakanan, kesihatan yang baik dapat diperoleh melalui amalan solat lima waktu kita, sujud kita dimana pengaliran darah ke otak semasa sujud dapat memberi kesan yang baik dalam IQ kita. Kita mampu mengingati input dengan lebih baik jika kita sering sujud. Amalan berzikir kepada Allah Yang Esa. Bagaimana kedudukan kita berzikir mampu memberi ketenangan dalam diri manusia.  Jadi, kita sebagai umat Islam perlu bersyukur kerana kita berpeluang mengetahui serba sedikit keindahan kehidupan ini melalui amalan kehidupan cara Islam. 





sumber: http://www.wazy84.com/khasiat-kurma

Wednesday, 14 December 2011

terima kasih sekali lagi :)

Salam.. T_T
       Air mata aku mengalir lagi. Tak dapat bayangkan hidup ni tanpa orang yang tersayang. Tambah lak ada ayat yang macam ni keluar dari mulut orang yang aku sayang :

X da sape nak c0uple dgn kau kan..that y lah kau c0uple dgn india..jemir p0wn x nak..

     Point ko nak tegur aku tapi ko terlajak cakap macam ni kan. Please ingat, TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BADAN BINASA.. pandai2 fikir ok. Aku dah terasa dan takkan lupekan ayat ko yang ni. Bahagian mulut longkang aku boleh terima lagi sebab mulut aku memang macam ni. tapi ayat yang ni aku tak boleh terima. KO dah cukup buat aku tak sayang ko dah. kbai.

Kalau orang yang tak suke aku tue mesti bersorak baca ayat tue kan tapi bagi aku, aku bersyukur sebab manusia yang cakap ni dah tunjuk diri die sebenar dan aku redha je orang nak kata pasal aku. Aku nak couple dengan orang Nigeria sekali pon, ape ko tahu kan.. Memang lah kalau ikutkan hati nak dapat pasangan yang sempurna.. nak yang perfect dari segi sikap, rupa dan sebagainya tapi sedar tak diri kita ni baik sangat ke??? Aku bukan baik mana jadi dah kalau tue jodoh aku, terima je la kan. Bukan berdosa pon.. "Berserah je  ayat ko ni kan?" .. hahaa.. kalau tak berserah habis ko tak redha la dengan qada dan qadar???
Jemir?? erm.. semarah2 aku pon dekat lelaki ni, aku tetap sayang die. Ko nak kate ape pon, cakap la. Mulut ko kan. Bagi aku, kalau takde jodoh dengan Jemir pon, kami tetap sahabat sampai bila2. Amin.. :)

Aku mempunyai banyak kesilapan dan moga aku berpeluang memperbaiki silap aku. Bagi insan yang tak suka dengan aku, it's ok.. aku tak paksa korang suka aku.. yang pasti maafkan aku jika aku ni pernah buat hidup korang semak dan kalau tak maafkan.. Dats no komen..

Pada kawan baik aku Feyra Khamsah.. Allah je tahu ape yang ko marahkan kat aku.. Allah tahu isi hati ko. Aku bukan manusia biase yang mampu penuhi kehendak ko sedangkan aku jugak ade tanggungjawab nak diuruskan waktu tue..

P/s : dalam kita gembira, jangan dilupakan Allah. Ni dugaan aku yang bermakna Allah mahu menguji aku kerana sayangkan aku. Bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku. Walaupun terdapat insan tak suka dengan aku tapi alhamdulilah, masih ade yang mahu terima aku lagi sebagai rakan mereka. Dan, Una , NAziera dan Jemir orang yang paling kuat bersama dengan aku. Sahabat berkelahi aku. Aku sayang korang sampai bila2 :)




Tuesday, 13 December 2011

English !

Salam semua ! "suddenly i feel that im in love with English.. hahaa.. why2??? i dont know but i feel deeply touch by each words of it especially in love novel... "

ok2.. cukup sampai situ ye... takde la.. aku tiba2 buang tebiat nak baca buku English aje.. memandangkan mula minggu ni nak study so, kena rerajin selak buku English ni bagi seda skit ayat2 nya tue.. huhuhuhu...for sure, aku tak rasa letih tapi SERONOK !!!! yeah !

:) anyway, aku tetap lonely je... merindui jugak kat arwah baba. hope baba never2 forget me... im seriously miss him damn much...

ermmm.. nothing much to say.. just, dont forget our Rasullulah S.A.W... i always love Baginda... my souls ! hope gonna get meet him.. mwuahh.. !


Monday, 12 December 2011

Pictures show everything kan>??

ok.. yang ni  pic berangan jek sebab aku rase macam tak kesampaian nak die..but i hope he get the happiness that he wish,. no matter how evil he is or whatsoever.. u cant stop me to love him.. i love him so much.. :)


dis one.. bukan tak kesampaian tapi memang dah dapat da.. aku teramat2 sayangkan die.. mengalahkan sayangkan pakwe kan.. but dats true.. she always wif me when im needed.. lega dapat cakap dengan die.. die tahu aku macam ne lebih baik gi.. aku sayang die.. aku dah cakap tadi kan..heheh. mwuahh.. love u unaa..

Friday, 9 December 2011

busy2..

Assalamualaikum to muslims and hye to readers... Alhamdulilah aku berpeluang bernafas lagi hari ni.. indah saja hari ni.. terima kasih Allah kerana memberi aku hari yang agak baik... bersyukur sgt kerana aku mampu bangunkan semangat diri ku sendiri setelah mengalami beberapa dugaan mu Ya Allah.. terima kasih lagi sekali..

Ok.. nothing to say.. cuma aku cukup2 berterima kasih kepada ahli keluarga tercinta dan sahabat2 yang tak putus-putus ucapkan takziah dan memberi aku semangat dalam aku bersedih sendirian... aku agak down sebelum ni seperti mana kamu sudah bacakan tue.. jadi sape2 yang ade tak puas hati tue... ikot korang laa... aku tak kuat mana.. aku perlu bimbingan jugak... dan aku harap dimaafkan dek sikap aku yang tidak baik ni...serba kekurangan..

dan nak tahu tak?? ade kawan aku yang sorang ni name die Waras.. name real die aku lupe tapi awal name nye ialah Nik... die ni kan kire baru kenal jugak pi special thing about him is friendly.. die xlokek dengan senyuman dan baik sangat2. Berebut2 orang nak kawan dengan die kat kampus aku ni.hehehe.. tapi aku antara berpeluang jugak kawan dengan dekat nya dengan die. Hari tue die ajak makan same2 dengan kwn2 die.. 

kami mule rapat sejak die komen sal status Baba aku sakit. Mase tue aku bagaikan hilang arah kekuatan.. serius beb.. aku asyik nangis.. ternampak2 muke baba terbaring di katil ICU.. then, waras komen dekat status.. die banyak bagi kata2 semangat... memang ramai orang nasihatkan aku.. aku terima tapi waktu tue aku agak kelam kabut.. sangat2 kelam kabut. bila waras cuba hayati perasaan aku, aku agak appreciate. 

Mase bab meninggal pon, waras temankan aku sekejap dalam pukul 3 or 4 pagi.. mase uh aku dok baring kat sebelah jenazah baba.. nangis je.. ingat lagi aw.. huhuhuhu.. T_T

alhamdulilah aku dah ok sekarang.. aku hanye ingat kata2 waras.. 

"Waras bukan jenis duduk diam hani. Waras akan buat ape sahaja yang waras nak." 

Then, aku pon cube jadi seperti die. die jenis yang strong, bijak da smart! aku suka style Waras ! really2 admire his way... hope aku pon boleh jadi macam die !!! :)

 Waras.. strong n sentiasa senyum :) 
baba dalam kenangan.. 

Thursday, 8 December 2011

kuat !!

Salam... for my beloved una.. i love u so much coz u try to be with me when im being so crazy in a moment... aku sedang hepi boleh bertukar kepada stress nak mampos.. perh... ok.. aku tegur una mase on9 facebook malan tue dan una cube ajak aku kuar malam uh gak.. then aku pon on.. aku siap2 dan kuar dan tungga una datang.. Una seriusly memang jenis lau die cakap waktu tue, waktu tue gak die datang... tue sebab aku sayang die... lau die xdapat datang, die akan inform so aku xde ar panas hati kan..

erm... una.. ko xbagi aku nangis kan.. hahaha.. so ko akan sentiase buat lawak dan berkelahi dgn aku smpai aku gelak je... mwuahh.. thanx sygg... aku lupe byk masalah bile aku bersama ko... sume nye pergi sementara waktu.. seyes ko leh jadi pengganti baba buat aku... jangan tinggalkan aku ok sygg.. aku syg ko sangat2... aku da xde sowang kwn da.. sebab.. ermm..rase nye dua kwn baik aku dah xde dalam hidup aku.. kesibukan  berjuang dalam hidup agak nye.. biarkan je la.. diorang dah besar... moga mereka bahagia dan tenang sahaja tanpa aku :)


ok... aku di sini agak biase sahaja... merindui keluarga tercinta but seriusly.. xleh nampak diorang nanti aku nangis... i dont know why.. maybe sebab takut kehilangan lagi.. moga aku kuat sentiase.... aminn

p/s : final exam nak dekat da.. lupekan semua kekasih.. dan berkasih syg la dengan buku2 dan note2 tersyg.. hehehhe.. gud luck HANIE ! mwuah !

Monday, 5 December 2011

Pergi ade yg ganti.

Salam semua.. dengan izin Allah aku berpeluang bernafas lagi hari ini.. :) senyum sahaja tanpa kata apa2.. ermm.. tapi jauh di lubuk hati ini masih merindui sang pengarang jantung yang sudah pergi meninggalkan kami.. tak apa.. i will be with u baba soon.. hopefuly can meet u baba.. >> for awhile thinking.. <<<

ok.. dalam sedih da sayu ku ini masih ade juga rasa syukur dan gembira ku.. alhamdulilah, Allah tetap memberi insan2 yg sudi menjadi teman ku walau di alam maya.. dan aku jua tidak henti untuk sentiasa memikirkan silap diri ni... (erk.. ape kaitan nye ek?? hehehe )..

semalam aku redah sesuatu benda.. yes.. she is so sweet.. aku suke kat gurl uh.. die disukai oleh teman aku ni.. hurm.. cemburu??? ade la gak cemburu tapi dengan gurl ni aku kurang sikit sebab die dengan aku agak baik dan tak kisah.. oh damn !!!! susah nak jumpe orang yang tidak kisah ni.. ye la.. kuat nye die berdepan dengan orang yang sengal macam aku.. anyway, die tahu isi hati aku dan. ermm.. die bagi semangat kat aku.. thanx ye sygg.. i love u coz u try make me calm...

dan !!! huh.. aku kuat cemburu.. dan die suke buat aku cemburu.. dan aku tak tahu kenapa.. die uh kenapa ha???? haishh.. aku xfaham... die kate "sye dah xfaham dgn awak ni" .. so why u still love me??? aku xpham arrr...ermm.... mungkin die dah cukup rase bosan ade orang macam aku kot.. patut x aku blah dari hidup die? nanti die kate aku pon same mcm orang lain sebab tinggalkan die.. tapi. weyh !!! ramai giler kot yang nak kawan dgn ko.. tangkap cintan dan segala nya.. yes i know u cant forget da past... but.. hurmm.. aku faham perasaan ko.. ko tak pernah dapat ape yg ko nak. orang yg ko sayang semua nya pergi.. tapi boleh tak jangan treat aku macam ni.. ?? sebab layanan ko ni yg wat diri ko kena balik... how lar???? ermm.. i dont know!!!!! << merapu sowg2.. beginila diri aku lau kapla manyak pusing sal lelaki yg aku giler kan tuh !!! huhuhu... pi malangnye.. die gilerkan orang lain.. sedih siot.. maklum... orang hensem nak orang yang cantik molek... nak yg perfect.. xpe2.. insyallah aku akan dapat orang sabar dgn aku.. amin>>>

tak paham?? taya faham je la... buang mase korang pi for da care person to me.. i love u.. cause let me to talk.. plus give me some advise in how to be a good person...

mungkin aku tiada jdoh dengan die.. tapi aku diberi peluang untuk jadi teman nye.. dan aku kena la belajar banyak benda lam situasi sebegini..
da things is...  SABAR.. Allah akan beri kta sesuatu yang lagi baik selepas ini.. insyallah.

Saturday, 3 December 2011

Perginya baba...

Salam semua... dengan sayu nya hati mahu ku kata kan bahawa baba ku sudah pon kembali ke rahmatullah pada 1 Disember 2011 dalam pukul 6.10 petang. Pemergian nya hanya ditemani adik nani ku iaitu anak bongsu baba... Hati ku lemah sangat apabila menerima berita pemergian baba... sungguh ! baba orang yang paling ceria dan apabila orang yang paling ceria pergi, pastinya akan mengundang kesunyian kepada keluarga aku...

korang nak tahu tak, bila sampai je kat rumah baba... aku lihat sekelilingnya pasti ternampak ragam2 aku dan baba serta keluarga bersuka senda.. terus menitis air mata ni.. sebab aku pasti merindui baba.. usikan baba. Ya Allah.. aku tak kuat mula nyaa.. kerana baba da most funniest n nicest person in my lifee.... die garang tapi manje kan aku sangat2... kalau die ejek pasal Lan tue kan.. hahahaa.. DEYH je die sebut... pi skrg... tak dapat lagi aku dengar ejekan nyaa... baba ... i really miss u baba... when we gonna meet again baba???

semalam, sebelum baba dikebumikan, aku baring disebelah jenazah...sebab malam kan.. jadi kami anak beranak menemani baba.. aku orang yang paling last baring kat baba.. aku tak henti2 cium muka baba.. aku usap je kaki dan tangan baba.. sejuk sangat...cian baba... pasni sape temankan baba... aku nak je peluk baba lame2.. tapi mesti roh nye rasa sakit sebab jasad nya disentuh mungkin.. erm... baba... i love u so much.. u always make me stronger... now... where can i get dat spirit..

semalam aku tengok motor baba.. terus nangis lagi.. aku pandang tempat tadah abuk rokok die.. nangis lagi.. ape saje la aku tengok, mesti nangis.. tengok mama lagi aku nangis... sebab aku selalu duduk dengan baba mama sendirian... mase baba n mama datang rumah aku, baba dan mama la yang ajak aku teman diorang.. borak2.... Ya Allah.. semua kenangan ni manis dan aku tak mampu lagi ntuk jadi kuat... ha !! lagi satu... kalau tengok bengkel besi baba.. lagi arrr aku nangis weyhh !!! kat situ la aku urut die selalo.. kat situ la baba ubat kan kami jika kami sakit.. kat situ la segala2 nya bermula.....

dulu mase mak dah tiada, baba lah yang selalu bagi kami semangat.. baba buat kami sekeluarga tergelak2.. mengajar kami erti kehidupan...erm... aku berdoa moga baba tenang dan bahagia di sana.. mwuah to baba..., I LOVE U !