Tuesday, 9 December 2014

Minggu ni aku keletihan. Progress video sudah pon  bermula. Tapi macam tak laju pulak.

Pape pon aku hepi mule tersenyum lebar kerana aku dapat beli fon baru. Fon tue aku dah lama idamkan spec die cume baru jmpe jenis yg aku berkenan~ Thanx tok guru coz kasi pendapat dan cadangan semuanya. Very good ur opinion~ Susah nak dapatkan pandangan org berilmu ni di mana2.. Kekadang ada tapi tak selalunya tepat. ~

Alhamdulilah aku semakin pulih. Memang berfikir tapi... takpela itu semua ujian.  Memang dengar kedengaran gosip semua tapi biar kan saje sebab aku letih mendengar. ~

Friday, 5 December 2014

Duduk termenung sendirian di sejadah. Ketika sujud aku menitiskan air mata. Kuatnya ujian-Mu Ya Allah tapi inilah tanda cinta-Mu kepada ku rupanya. Saat menerima dugaan itu, tenaga ku seperti di tarik keluar dan dibiarkan sejuk membeku di dalam. Engkau sahaja yg tahu apa kisah yg tersirat.

Aku sangat2 tak sangka itu yg dilafazkan. Terngiang kata2 nya melafazkan setiap bait makiannya

Tipulah kalau aku kata aku tak marah. Tipulah jika aku kata aku tak sebak dan takut.

Namun, aku berserah kerana semuanya terjadi atas kehendak Allah. Aku terima dengan redha. Aku tahu itu kesilapan aku tapi tuduhan lain yg dilemparkan sangat menyakitkan hati.

Aku tak pinta semua tu. Aku senyapkan je. Takpela. Aku boleh lagi survive. In Sha Allah. ~
Allah bersama aku juga.

Sunday, 30 November 2014

Kenapa aku malas sangat nak buat report ni? Benda ni berat auw. Apesal ni hani?? Ape masalah ko sampai tak mahu buat kerja sendiri? Di mana semangat ko? Ape yg menganggu?

Ye la. Mata terpandang sana, terpandang sini.

Leka dgn runningman, leka dgn makan, leka dgn termenung, leka dgn kucing.. sampai kerja sendiri terabai...~ mana kesungguhan ku ini??

Same

Pernah suka pada lelaki yg sama.. pernah alami dugaan yg kekdang hampir sama. Die punye instinct kena stalker tu pon kuat hahaha..

Kau tahu kan apa die?

Allah temukan aku dengan die.. Aku kuatkan hati aku utk dekat dgn die sampai aku pikir kenapa aku nak close dengan die even gaduh bagai nak rak?

Ada hikmah. Rupanya nak kami belajar sesuatu bersama2.. Berpisah.. Duduk jauh2.. alami dugaan masing2 lepas tu lapor diri dan ceritakan..
Hehehe. Benda sebenarnye nak hampir sama tapi ada la part2 yg mcm berbeza dari segi background nye kan..

Last2 kami sama2 redha dan belajar terima. Dan kami sama2 fokus dengan keluarga serta kerjaya.

Hati memasing ade kentalnya.. Diri memasing ade degilnya..

~Cume die nye gamble ikot style die dan nakal aku ikot style aku.. tapi benda yg kami putuskan adalah sama, berserah pada Yang Maha Esa.. Sabar..

Saturday, 29 November 2014

Berusia dah rupanya akuuu~ hehe

Aku ni kuat sentap jugak sebenarnya. Tapi umur makin naik, makin banyak belajar menahan amarah tue.

Semalam aku memang rasa down skit. Sebab.., malas la pulak nak cerita sebab benda yg membosankan aku nak pikir. Serius aku dah cukup letih.. lantak engkau la kalau nak anggap aku no one sekalipon dan yg pasti syukur alhamdulilah, life is always fine without u anyway~

Lepas tu tadi berehat. Kat sini hujan lebat. Bunyi petir die tak ingat la heyhhh betapa kuatnya sampai aku dah berzikir depan pintu minta tak di cecah ke rumah la.. huhu~ Ade kisah pasal petir ni

Kejadian petir ni dulu jadi mase aku kecik2 dlu. Waktu sekolah rendah rasanya. Masa tue jugak arwah mak masih ada. Mak dengan aku je tinggal berdue je. Perghhh petir time uh kat kot sebab depan rumah dengan sebelah rumah aku ade pokok durian.Pokok durian ni lak jenis single jek en. Dah la tinggi. Mase tuh aku dok pikir, macam mana pulak lau pokok ni rebah ke bawah anti.. kena ke tak ek kat rumah aku?? hhuhuhu ~

Bila petir over da load bunyi die, mak aku akan decide pegi kuar dan pegi ke rumah jiran even kena berlari dalam hujan ~ .. Sebab takut giler.. mak akan tinggalkan apa yg patot dan bawak aku ke sana.. Die akan pelok aku kuat2.. sebab die tak nak aku kena. Mase tue akak dan abg aku sekolah agama petang. So memang tinggal kami je la..Tue yg bile termenung depan pintu tadi, teringat saat mak aku bawak aku keluar dalam hujan ntok tak kena petir tue.. hurmm, kenangan sangat..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas hujan dah reda... aku terus la online.. Bukak laptop dan bukak blog yg sesiapa baru update.. hahaha.. ini benda yg buat aku nak gelak sakan.. Sebab aku terbaca tajuk entry Pro-Blogger yg di update oleh Wani.. aku dok pikir die nak cerita pasal geng bloggers yg dulu kami selalu join chat sebelom ni.. Rupanya cerita pasal bloglist aku hahahahah~ memula aku tak paham auw apesal die dok banding die dengan abg Ben ( Famous blogger)... aku baca lagi sekali.. oh budak ni cakap pasal kesilapan nama bloglist akuuuu doooee ~!!!! hahaha..agi stu die kate aku dah matang.. hahaha.. dah semakin berusia kenalah jadi matang walaupun aku tak nak hahaha.. sebab aku suke watak kebudak-budakkan ni.. aku rasa muda dan rasa indah je dunia aku hehehe..

Terbahak aku gelak.. Siot anda wani.. sangatttttttt puitis ayat rayumu itu hahaha..

Thanx for tegur dat part.. aku ni kes dah ada 2 blog.. kejap update sana, kejap update sini... tapi ini merupakan blog legend aku yg aku dah bukak sejak form 4 lagi... active pakai mase form 5.. huhu~ memacam sejarah dengan blog ni... semua kisah tercatit di sini... tapi sebahagian nye duduk dalam diari aku.. dulu en, aku mase sekolah, pantang dpt buku nota kosong, mesti aku tulis benda life aku dlm tuh.. merepek semuanya.. cerita pasal aku crush dengan sape bagai.. bebudak en.. berangan sendiri je la.. hahahah..

Pape pon aku bersyukur masih tenang.. walaupun semalam teruji sikit diri ni tapi takpela... teruskan idop... aku masih ada yg sygkan aku.. dan aku tak nak mereka rasa kesal sygkan diri aku... aku nak hargai mereka yg Allah kirimkan ni.. Sebab tak semua orang dapat suasana yg sama begini~... Syukur..

Wednesday, 26 November 2014

Teruskan Sabar

Semakin nak habis praktikal, semakin wujud dugaan yg aku rasa aku tak jangka pada permulaan waktu praktikal dulu. Boleh wujud memacam suasana yg aku pernah rasa dulu, dapat rakan kerja yg best2 dan sebagainya. Ada juga pahitnya di sini. Aku tak nafikan.

Tapi di mana hak aku utk aku meletakkan perasaan aku sepenuhnya ttg kepahitan yg berlaku di sini?? Sedangkan aku patut lebih bersyukur kerana Allah meletakkan aku di kedudukan yg kiranya tak semua boleh merasai dan menikmatinya. Walaupun aku ade rasa pahit di sini, masih wujud rasa manisnya suasana di sini.

Suatu masa dulu juga aku pernah menggilai seseorang. Dan Allah sembuhkan aku dan memberikan aku kekuatan yg akhirnya mampu membuat aku menjalani kehidupan dgn tenang dan senyuman yg ceria. Itu semua daripada Allah.

Aku tak tahu orang lain rasa apa. Dan kekadang orang lain kata aku tak tentu lagi sudah mencapai tahap itu tapi aku hanya mahu katakan, begitu manisnya dapat sembuh dari penyakit cinta yg sia2 itu. Sangat2 berharga buatku,

Ini semua kerana sifat sabar sahabatku Nana yg tak berputus asa memberi kata peransang kepada ku tentang ingatan kepada Allah. Dia mengajar aku pelbagai benda yg melibatkan sifat sabar.. Pikir benda positif. Jangan lupa pada nikmat Allah. Mengapa Allah takdirkan situasi macam tu. Sebab dulu zaman Rasulullah S.A.W pon dah jadi dan jalan penyelesaiannya pon dah ada tapi kita tak kaji, kita tak cari dan tak bukak Al-quran... Kerana itu, aku mula rajin baca Al-Quran even kekdang aku tak sempat nak baca bahasa melayu nya. Aku ulang kemudian.. Benda nya sama.. tapi kita je tak pandai menilai apa pengajaran yg tertanam di sebalik kisah itu.

Baru saja tadi aku pergi utk pergi beli nasi ambang yg aku sudah order dari abang ofis aku (bini die buat). Bila dah sampai, aku rasa benggang sebab akak kt situ kate dah habis... lau situasi biasa aku kan, aku mesti marah. Aku mesti tunjuk amuk aku even sikit sekalipon.

"Haihhh benda dah order tpi boleh die jual kat orang lain?? Camne ni?? Ramai kot dah order kat aku....~ Huwarghhhh.... kesian mereka termasuk akuuu~~~ huhu tapiii...."

Terhenti kata2 hati aku dan terdiam sejenak berfikir kenapa ianya terjadiii... Aku cuba bersabar dan berfikir.. Allah uji ko sekejap dan kekadang silap ko sebab gelojoh. Sebab benda aku dah nampak 4 bungkus kt tepi dan aku dengar abang Faiz yg order... Ok~ Relax... Benda boleh pikir lagi.. marah~ Dan sabar... Benda yg sangat susah nak dicampurkan dalam satu masa yg sama. ~

Tak lama lepas tu, masok Whatssapp BKPians, mesej dari abang faiz pasal nasi ambang~ Haniiii... Nasi Ambang ko dah siapppp


Haaaa... tak semena2 aku mula ketawa sorang2 dan tak sia2 aku bersabar even untuk beberapa minit.

Manis bila kita dekat dengan Allah. Amalkan apa utusan Dia dah sampaikan pada kita. Banyak benda Rasulullah SAW dah ajar. Nak atau tidak je. Belajar sabar je ok Hani...~

Monday, 24 November 2014

Jangan. Jangan sesekali mudah merasakan kemanisan itu. Rasa seronok itu kejap. Peritnye lama mahu sembuh. Bukan satu benda yg kecik. Bila nak amek tindakan, sila berpikir lebih sikit. 

Aku baru je kena tegur. Pasal satu gurauan. Hurm aku akan cuba menahan diri untuk tidak melayan. Diamkan je. Erm, tapi kan.. Orang lain boleh jee.. Ermmm..~ mungkin kerana aku baru. Siapa aku kan. Takpela. Biar orang tak kenal kira jangan aku tak dikenali Nabi. Jangan Hani... Nabi nak bersama dengan orang yg sentiasa mengingati baginda sahaja. 

Aku ni pon satu.. Pehal la aku mesti grau lebih2 sangat ek. Aduhaiii.. Diri sendiri yg menyebabkan kena macam tue.. Nasib ko la Hani spe suruh ko buattt~ 


Friday, 21 November 2014

Engkau dalam fikiran ku begitu indah. Mengukir senyuman manis buatku. Sentiasa membuat ku melayang. Engkau pernah membuatkan aku tersasar dan khayal dalam kemanisan senyuman mu. Engkau gunakan muka2 mereka yg aku mula kasihi. Kesannya membuatkan aku menjadi menggila pabila orang yg sebenarnye bukan seperti mu. Diri mu yg sentiasa menawan hati. Kenapa kau buat begini? Adakah tanggapan mu berjaya membuatkan aku menderita? Tahu tak Allah ada dengan aku? Engkau saja menguji keimanan diri dengan memberi kekuatan kepada nafsu ku. Menghidupkan nafsu ku sehingga aku lemah. Namun percayalah dalam lemah ku, Allah tetap menghulurkan bantuan tidak terbayar serta tak termampu aku membalas.

Aku tahu engkau Iblis itu. Engkau yg sentiasa memerangkap aku. ~
i am really hate of myself. Apesal la stage terakhir tuh jdi harem sgt~!!! malunyeeeeeee... aku letih edit benda tuh.. apesal jdi mcm tuh~! I hate u windowssssss~ Nape ko x crop???

See.. Nasib la perhimpunan biase.. tapi org tgok kot... Rasa malu giler... dah la aku kena snap tdi...

Aku slalu pkir tak setiap masa baik... Not all the time... NO~!!!!

Aku kena lebih berhati2.. perlu fokus. Kena bekerja betul.. ini latihan praktikal aku yg one and only yg boleh aku manfaatkan ttg kelebihan diri aku~ Serius sgt~ Behave haniiii~!

Tuesday, 18 November 2014

Setiap kekurangan, ada kelebihan

Umur da mencapai 23 tahun. Memacam jadi walaupun masih tak berlesen. hehehe.. Sengal aku masih tak nak ambil lesen padahal aku dulu yg pandai bawak kereta berbanding kengkwn aku dulu. Tapi sekarang mereka yg memandu aku ke sana ke mari. Alhamdulilah. Syukur dapat member2 yg sudi bawak kita jejalan ye dak. Heheh.. Paling selalu bawak aku keluar si Fira dan Una la. Tue kengkawan kampung. Kengkawan Kolej ade jugak tpi skrg dah jauh kan.. hehehe..

Pas setel praktikal ni memang nak amek lsen la kan. Tak nak menyusahkan orang lain. At least aku mampu bwak diri ke sana ke mari. Sekarang ni aku hanye naik Erl, komuter, bas dan monorel aje. Ye la. Nak ke KL ke Shah Alam ke mesti naik benda tue semua kan.. Ada je urusan kena dibuat kat sane semua. Bila dah praktikal je tak pening sangat sebab ada driver bawakkan ke sana kan. Nasib PDT ade sediakan. Tak de la aku pening.

Tadi aku baru habis kursus Printer*********. Tak mahu la aku mention tentang jenama nye kang kata aku memalukan jenama pulak kan huhuhu.

 Aku dok pikir. Apesal susah sangat nak guna printer tu. Prosedur nak pakai printer tu agak payah sikit. Bila pakai je mesti setting die tertukar ke jnis paper yg kita nak guna. Padahal nak print A4 je. Sekali tukar jdi A3. Tak ke gedabak besar saiznya tu? hahaha.. Pernahlah benda tu kena kat aku sebab nak print surat perjanjian PTPTN auw. Sekali besar je kertas yg printer tu print. Aku terasa sangat2 jemmm.. Gelak satu hal ar kan hahaha..

Serius, Aku rasa seronok praktikal kat sini. Sebab kakitangan kat sini tak lokek. Bila tahu aku takde dapat duit elaun, sorang2 nak belanja aku makan. Syukur sangat. Tak sangka bantuan Allah tu nak diberi kat memana je kan. Lau Allah tak gerakkan hati mereka, tak makan la aku. Tapi macam mana pon aku sebelum tu ada la bawak bekal so, takdela lapar sangat. Lagi satu, tempat aku praktikal tu selalu buat meeting. Jadi mesti ada makanan yg disediakan untuk orang2 meeting. Kekadang makanan meeting tak habis. Tue sesetengah ajak aku makan sekali tue.

Plus, aku dapat akak2 yg sgt menjaga aku. Selalu tegur aku kalau aku buat silap. Bawak aku jejalan untuk window shopping. Situasinya kekdang ajak aku keluar bila die takde kawan tapi pada aku, benda ajak2 keluar ni bukan benda yg semua org suka buat. Dan untuk pakai ajak je bebudak untuk keluar pon bukan mudah sebab semuanya bergantung atas dasar kepercayaan kan. Aku pon masa mula2 memang rasa takut sangat sebab baru kenal kan. Masa jumpa, aku try juga untuk terus keep calm dan diam je. Dah lelama bru la mahu bercakap mesra semua. Bila mereka betul2 rasa selesa baru dapat jadi mesra habis.

Dapat jugak abang2 or better aku gelarkan Encik2 yg selalu mengajar aku tentang pembuatan video tue. Diorang ada yg dah kahwin. Memasing matang. Tak lokek share ilmu. Memang best. Aku pon tak rasa tegang je. huhuhu~

Overall, aku rasakan yg segalanya kemudahan yg berlaku dalam life aku semuanya kerana Allah. Terima kasih Ya Allah kerana  kurniaan yg berada disekeliling aku. Kehidupan yg serba kurang ni, ENGKAU lengkapkan melalui mereka yg mempunyai kelebihan. Semoga mereka mendapat rahmat dari-Mu.

Friday, 14 November 2014

Apa yg di cari masih tak kunjung tiba. Ini mula dipersoalkan sedangkan usaha sendiri banyak mana saja. lelah kita tidak lah seberapa mana. Sebenarnya boleh diusahakan lagi. Cuma jiwa malas masih dihidup2 kan dalam sanubari. Malas itu bukan nikmat abadi. Ia hanya punca penyakit kehidupan. Bila dah merebak mulalah datang pelbagai krisis. Gaduh dan membunuh. Malas untuk berfikir.

Tak salah kan nak pikirkan tentang pembangunan diri ke arah lebih produktif serta lebih diberkati hasil usaha kita itu. Aktifkan la minda dan akal untuk pikirkan tentang masa depan diri. Tentang amal ibadat diri, kewangan, keluarga sama ada sudah berumah tangga ataupun tidak serta pembangunan bangsa sendiri. Lagi besar lagi hebat cabarannya tapi disitu kita pasti sentiasa terisi dengan pelbagai ilmu dalam menangani masalah yg sering timbul.

Aku terfikirkan orang2 pada zaman dahulu yg sentiasa dipenuhi pemikiran mereka dgn isu2 sekeliling. Politik, agama, kekeluargaan menjadi satu asas pemikiran mereka. Susah nak dapat mereka yg sering bercerita tentang perihal semasa dengan lebih profesional. Memang banyak tapi dilihatnya banyak emosi disitu. Mungkin geram. Ye la melihat penindasan. Aku hanya baca. Aku usahakan saja mana yg mampu.

Baru2 ni aku ada ikuti kursus Knowledge Sharing, dari organisasi Non-Profit Organisation (NPO) iaitu MAKNA. Mereka mengusahakan amal kebajikan untuk mereka yang menderita dgn sakit kanser. Apa2 saja sakit kanser mereka akan berikan bantuan asalkan mereka yg mempunyai sakit tersebut membuat permohonan miskin serta tidak berkemampuan.

MAKNA juga ada laksanakan program RM 1.86 sehari iaitu program pendermaan buat pembiayaan pesakit kanser tidak kira kanser apa. Sesiapa berminat boleh lah buat permohonan untuk menderma. Kiranya jika dah buat permohonan, mereka akan tarik dari akaun kita setiap bulan la. Permohonan tu perlu diisi nombor akaun kita supaya memudahkan urusan kewangan. Kelebihan program pendermaan ini pula tidak ada melibatkan urusan kontrak yg perlu ataupun wajib bayar dari bila sampai bila tapi terserah kepada kita nak buat pendermaan sampai bila2 pon.

~Aku nak buat tapi aku ni student, takde kerja tetap. Kalau ada kerja tetap mesti aku dah buat permohonan dah~



Tuesday, 11 November 2014

Bukan Hak Kita~

Aku boleh endahkan apa yg engkau endahkan
Aku mampu lupakan apa yg engkau buat2 lupakan.
Kerana aku bukan memerlukan pergantungan hidup dengan engkau

Pergantungan ku sepenuhnya kepada Tuhan Sekalian Alam Ya Rabbi
Allah yg satu tiada ganti

Kepedihan yg engkau tinggalkan bukan satu bisa yg payah aku lupakan
Malah ianya menjadi lebih mudah kerana sifat mu sudah menjadi tiada makna buat ku
Malah, keyakinan ku menyerahkan sepenuh jiwa dan raga pada Yang Maha Kuasa semakin menebal.
Keimanan mula terbina.
Sesungguhnya manusia tidak sempurna.
Pergantungan kepada Ya Rabbi adalah yg sepatutnya.
Kerana ianya tujuan sebenar kehidupan di sini
Mencari keredhaan dan rahmat kehidupan yg lebih bermakna

Madu yg engkau rasakan dan nikmati  itu hanyalah duniawi
Malah mampu menjadikan engkau sasau mencari-cari
Kerana ia bukan nikmat yg kekal abadi. 
Suatu hari perasaan itu akan mati

Semakin hari semakin kuat walaupun ianya berulang dan tiada berubah bentuk perjalanannya. Salah diri ini sentiasa mengikuti godaan noda nafsu yg bergelojak dalam hati.. Menghentak2 mahu mengikuti kehendak manusia durjana. Mudah kalah dengan kata2 bangsat lelaki yg jahil ~

Moga berpeluang membersihkan jiwa dan diri. Sebelum kubur kata MARI KEMBALI~

Kesal dah tak guna~

Kebodohan diri. Nafsu diri. Kepuasan yg sementara. Sanggup menjunamkan diri ke dasar yg menambahkan kehodohan akhlak. Kesal tak dapatkan kembalikan apa2 yg menenangkan perasaan.. 

Pengalaman sudah menjadi trauma utama. Terus memunahkan maruah diri ke jalan gelap. Masih kekal dalam arus kegelapan walaupun mula mendapat hidayah yg sebesar zarah mungkin. Di mana wujud kesyukuran

Usaha ntuk menjejaki fasa yg begitu lapang bukan mudah. Kelapangan hati serta bahagia.. Ketenangan abadi yg diimpikan. 

Unsur kebatilan sudah nampak tapi masih dinodai nafsu serakah. Dibutakan kehendak yg sia2. 

Sampai bila? 

Menangis lah sendiri kerana semuanya kehendak yg SIA-SIA~

Wednesday, 5 November 2014

Macam ni ha aku sekarang. Termenung mencari ayat. 

I have no idea now. I feel terrible with myself. Letihnya. Bila waktu dah takde idea, keadaan diri memang tak best. Sangat2 tak best.

Mata mengantuk. Nak tidur. Nak rehatkan kepala ni.Pusing fikirkan idea. Aku cuba dan cuba. Tapi masih aku rasakan effort aku sebenarnya kurang.


Monday, 3 November 2014

Salah meluah di salah waktu dan di salah tempat~

Sahabat ku Nana, semalam dialah sahabat ku yang memberi pandangan untuk menenangkan aku.

Serius air mata mengalir deras saat aku membaca ayat2 member ku itu. Tak dapat aku membalas semula mesej mereka. Aku terus bertindak block mereka semua. Aku tak nak baca satu pon ayat2 mereka yang mungkin membuat hati aku semakin sentap. Sangat2 tersentap di jiwa ni. Di mana kata2 lembut mu itu teman. Tapi....ada juga salah aku yg membalas dengan kata2 yg agak beremosi tapi memang aku tengah emosi. Aku bukan kental macam kau nak buat ayat lembut di saat emosi berbolak balik. Aku tahu kata2 kau sangat terang mengatakan kenyataan begitu namun apakan daya, ko tidak berada dalam situasi. Aku hanya meluahkan untuk kau melihat dan tak perlulah nak lontarkan pendapat yg mungkin buat aku semakin terasa ke. Kalau kau tak rasa yg ayat kau tu biasa, tidak pada aku kerana aku tidak sama kemampuan macam kau. Maaf lah teman. Aku terluka.

Nana terus bagi kata-kata yg membuatkan aku mula sejuk. Dia pon cuba merasakan situasi aku. Nana  ni walaupun dia tak pernah rasai masalah yg aku hadapi ni, tapi dia sedaya upaya untuk merasainya dengan hatinya. Bagi aku, ckup la kesungguhan dia untuk cuba rasa peritnya hati ketika itu daripada tak mahu nak mencuba.

Pengajaran buat diri ku, pilih la mereka yg sebenar2 nya mampu menerima luahan hati di saat dilanda masalah kerana hanya mereka saja yg bersabar mendengarnya. Aku sangat2 silap kerana meluahkan perasaan pada member yg sudah bosan dan benci dengan perangai buruk aku.

Selama ni, aku sabar je dengan mereka. Bersama mereka di saat kawan baik mereka meninggalkan mereka. Hurm. Takpela. Ada rakan lain yang lebih sabar menerima diriku sebaiknya.. ~

Sunday, 2 November 2014


Akhirnya kita akan menyendiri. Aku tahu salah aku sebab meluahkan di tempat yg salah. tapi kasar sgt kata2 kalian. Aku xsama kental macam korang. Walaupun aku tak pernah lihat dunia luar sekalipon bukan la satu cara ko nak kata aku xmatang. YA aku memang tak matang. Sangat tak matang. Aku akui. Ketidaksempurnaan aku tu mungkin payah nak diterima. Sebelum wujud benci, baik aku menjauh. Sebab aku tahu tak semua orang tahan dengan manusia annoying mcm aku. Ada yg smpai benci aku. Takpe. Aku xmampu nak buat orang suka aku. Aku tak sempurna. Aku xreti nak buat orang suka aku. Allah. Jgn jauhkan aku dgn Kau Ya Allah. Orang yg aku syg makin tiada. ~

Saturday, 1 November 2014

Aku memang sukakan inai. Warna yg menghiasi kuku. Merah menyala. Terbaru, aku beli inai homemade. Sgt merah. Cantik. Suka giler la lau nak kata.


Friday, 31 October 2014

Ringan dan rindu sudah bertaut di hati

Juzuk 6. Ok aku akan cuba sedaya upaya ulangi bacaan aku sehingga khatam. Aku masih ingat aims aku untuk khatam sebanyak yg mungkin. Rasa manis dan ringan je nak buat amal ibadat sekarang ni. Mungkin kerana tak terdedah ke sana sini. Pokok pangkala diri yg merelakan keadaan menjadi begitu.

Sebelum ni sentiasa memusnahkan diri ke lembah yg penuh dgn noda dan dosa. Sehingga aku dipandang hina. Bukan darjat dunia yg aku mahukan tapi kehormatan sebagai seorang manusia yg masih beragama Islam yg semua orang impikan semakin pudar dalam diri aku. Bukan sahaja istilah Islam, jika aku tidak Islam sekalipon, orang tetap pandang buruk kerana situasi itu. Maka, terfikir sejenak tentang apa yg pernah abang aku ceritakan bahawa Islam ni panduan yg sempurna buat manusia di muka bumi ini . Sebabnya sebelum ini Allah dah turunkan pelbagai panduan namun tetap diingkari, dan di akhiri dengan kehadiran Penghulu kita yg membantu menyebarkan panduan kehidupan yg begitu sempurna ini.

Yg di katakan sempurna ialah, cara kita nak jalani kehidupan dengan lebih tertib dan teratur, serta bersih dan menyihatkan dan mampu kekal fokus menyerahkan diri kepada Yang Maha Esa. Panduan hidup yg membantu kita sentiasa beriman kepada Allah. Dari solat, cara pemakanan, pembersihan diri, perkahwinan dan pekerjaan serta pengurusan kewangan dan hukum hakam dunia yg berpandukan Al-Quran.

Apa yg aku nak katakan adalah, bila aku mula dekatkan diri untuk rajin semula dengan solat, mengaji Al-Quran dan belajar semula hal2 amalan sunat, diri semakin rasa ringan untuk mencuba benda baru walaupun mengambil masa yg lama. Aku akui aku degil nak solat. Kekdang telinga dengar azan berkumandang tapi badan tak mo bergerak ke blik air utk berwuduk dan solat. Hati dan fikiran tahu tpi diri yg tak mahu. Ibarat didinding syaitan. Yg xberhenti hasut untuk sesat dari jalan yg lebih baik.

Bila dah selalu solat penuh 5 waktu, aku terasa begitu ringan dan jika aku tinggalkan, aku rasa rugi dan malu serta sangat berdosa. Malah, wujud rasa rindu. Rindu nak kekal di sejadah. Berbicara dengan Allah. mohon ampun sebagainya.

Aku masih dalam kondisi lemah. Masih mengulangi dosa lame.Namun harapan sentiasa mahu istiqomah. Mahu tegas dengan diri aku. Dan aku harap aku xlemah da dengan sesiapa yg cuba berniat buruk pada aku.

Moga usaha aku mematangkan diri aku. Aku perlu berdikari hadapi dugaan dalam kehidupan

Random sekejap~

Ada yg kata bila bertunang, ianya menjadi ruang untuk lelaki dan perempuan itu mengenali hati budi dan merasakan keserasian antara satu sama lain. Ada juga untuk menjadi pengikat kepada pasangan tersebut.

Ramai rakan2 aku dah kahwin. Hati ni mahu tapi tahu belum bersedia. Itu semua hanya Allah saja tahu. Aku hanya nak lalui kehidupan ni sabar dan tabah.

Sejak praktikal kerja ni, benda kahwin menjadi bualan. Indahnya perkahwinan. Indahnya tu boleh dikira di saat di duga ataupun ketika bahagia. Moga setiap lapisan masyarakat yg berkahwin tabah hadapi kehidupan dalam berkahwin ni :)

Masih dalam situasi belajar. Aku tahu kemampuan aku sampai tahap mana.

Kadang2 aku lihat rakan2 aku berjaya, aku rasa bangga juga kerana aku tahu usaha mereka setimpal dengan apa yg mereka mahukan.

Aku? ~ hurm biar Allah je yg tahu ~:)

Allah dah kata kan?

Menangis baca ayat ni. Betapa sygnya Allah kat kita kan. Memacam dugaan dalam hidup ni tapi tak boleh salahkan sesiapa kerana kekdang dugaan tu datang kerana diri ni sendiri dan juga disebabkan hikmah kekuatan buat diri kita.

Jujur la. Aku rindu kat abah. Rindu ni nak ku sampaikan tapi bonding tu buat aku rasa, hurmm.. entah la. 

Nasib la praktikal aku ni ada yg mahu bimbing aku. 

Malah ada juga yg mendekati aku serta mahu menjadikan aku tempat meluahkan perasaan. Bila dengar, Allah kuatnya dugaan mu. Mungkin bersesuaian dengan kemampuan diri die mungkin. Allah dah kata kt atas kan? Husnuzon.~

Serius, nikmat diduga sangat manis walaupun ketika menghadapinya terasa pedih. Ko akan rasa betapa besarnya cinta Allah buat ko. Sedangkan ko sudah hancurkan diri ke lembah yg begitu hina. Namun Allah tetap sayangkan ko. Malu? Jangan, berdepan la dengan kenyataan ini dan teruskan perjuangan. 

Aku nak dekat dengan Allah. Aku nak jadi tegas. Nak sangat ~!!!!

Hey i want to be cool~

Sejak aku berdoa moga hati ni mampu melepaskan sedikit demi sedikit, alhamdulilah, semakin reda dan aku semakin malas mahu ambil tahu kisahnya. Aku lebih fikirkan tentang diri aku. Luangkan waktu dengan orang yg suka bersama aku. Maksud suka itu, selesa dgn aku hendaknya.

Kondisi aku tengah serabut sebenarnya tapi aku cuba naikkan temperature cool aku. Entah kenapa semalam semacam aku mengamuk dalam status fb aku. Bukan apa, benda sepatutnya diambil peduli tapi tidak diendahkan. Ada lagi mahu aku nyatakan tapi berdosa pulak kang di baca. Kita ni dah semakin melonjak dewasa. Takkanlah tak boleh pikir benda yg sepatutnya kita kisah selain kenikmatan dan keseronokan passion kita tu. Serius kot. Macam mana pon, aku dah dahulukan langkah aku. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.


Hurm, itulah dia . Aku nak nangis tapi aku tak mahu nangis. 

Aku nak solat. Aku nak cakap dengan Allah ttg hati ni. Mengapa aku begini. 

Best perasaan solat tu. Bila lama tinggalkan solat, seluruh badan terasa berat. Mungkin berat dosa. Bila dah mula, misi aku ialah nak basuh dosa ni sebersihnya. 

Hanya Allah je tahu isi hati ni. 



Thursday, 7 August 2014

Tahap kamu?

Bercinta.
Dulu sakan nak bercinta berkapel. Tapi tak pikir panjang yg bila dah berteman akan sampai ke mana.
Beringat yg bercinta berteman akan kekal sampai ke tua hendaknya.
Memang la ada tu sampai bercerai berai dan memilih pasangan yg lain.
Sesetengah orang bercerai berai kerana masalah yg besar2 dan tak boleh dielakkan.
Tapi ada sesetengah hanya kerana curang.
Hurmm..
Berat sebenarnye tu tapi... Hurm.. disitu masih ada zuriat yg perlu dijaga. Kenapa mesti selfish?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok ckup sampai situ... aku hanya luahkan pendapat saje..

orang kata, jika baik kita pandu kehidupan kita, maka baik la arah tuju kehidupan kita. Jika diuji pon masih tidak kelihatan parah seperti dah takde jalan penyelesaian langsung kan. Allah ada... Yakin pada Allah kan

Macam mana pun manusia lah namenya...
Mestilah diuji. Mestilah dilihat ketabahan diri nya. Jika tidak tabah, tu yang jadi memacam hal sampai berbunuh-bunuhan..

Sampai mana level kesabaran kita ini?
ada sesetengah tue aku dengar apabila kita bersabar, ianya ada dianggap dayus.. ada jugak dianggap bodoh.

Abang sulung aku berkata, "Nak tahu benar atau tidak, kita ikut suruhan Allah dan Rasulullah. Insyallah mesti kehidupan masih dalam jalan yang benar walaupon sedikit tersasar atau membengkok sebentar."

~