Friday 14 November 2014

Apa yg di cari masih tak kunjung tiba. Ini mula dipersoalkan sedangkan usaha sendiri banyak mana saja. lelah kita tidak lah seberapa mana. Sebenarnya boleh diusahakan lagi. Cuma jiwa malas masih dihidup2 kan dalam sanubari. Malas itu bukan nikmat abadi. Ia hanya punca penyakit kehidupan. Bila dah merebak mulalah datang pelbagai krisis. Gaduh dan membunuh. Malas untuk berfikir.

Tak salah kan nak pikirkan tentang pembangunan diri ke arah lebih produktif serta lebih diberkati hasil usaha kita itu. Aktifkan la minda dan akal untuk pikirkan tentang masa depan diri. Tentang amal ibadat diri, kewangan, keluarga sama ada sudah berumah tangga ataupun tidak serta pembangunan bangsa sendiri. Lagi besar lagi hebat cabarannya tapi disitu kita pasti sentiasa terisi dengan pelbagai ilmu dalam menangani masalah yg sering timbul.

Aku terfikirkan orang2 pada zaman dahulu yg sentiasa dipenuhi pemikiran mereka dgn isu2 sekeliling. Politik, agama, kekeluargaan menjadi satu asas pemikiran mereka. Susah nak dapat mereka yg sering bercerita tentang perihal semasa dengan lebih profesional. Memang banyak tapi dilihatnya banyak emosi disitu. Mungkin geram. Ye la melihat penindasan. Aku hanya baca. Aku usahakan saja mana yg mampu.

Baru2 ni aku ada ikuti kursus Knowledge Sharing, dari organisasi Non-Profit Organisation (NPO) iaitu MAKNA. Mereka mengusahakan amal kebajikan untuk mereka yang menderita dgn sakit kanser. Apa2 saja sakit kanser mereka akan berikan bantuan asalkan mereka yg mempunyai sakit tersebut membuat permohonan miskin serta tidak berkemampuan.

MAKNA juga ada laksanakan program RM 1.86 sehari iaitu program pendermaan buat pembiayaan pesakit kanser tidak kira kanser apa. Sesiapa berminat boleh lah buat permohonan untuk menderma. Kiranya jika dah buat permohonan, mereka akan tarik dari akaun kita setiap bulan la. Permohonan tu perlu diisi nombor akaun kita supaya memudahkan urusan kewangan. Kelebihan program pendermaan ini pula tidak ada melibatkan urusan kontrak yg perlu ataupun wajib bayar dari bila sampai bila tapi terserah kepada kita nak buat pendermaan sampai bila2 pon.

~Aku nak buat tapi aku ni student, takde kerja tetap. Kalau ada kerja tetap mesti aku dah buat permohonan dah~



No comments: