Monday 3 November 2014

Salah meluah di salah waktu dan di salah tempat~

Sahabat ku Nana, semalam dialah sahabat ku yang memberi pandangan untuk menenangkan aku.

Serius air mata mengalir deras saat aku membaca ayat2 member ku itu. Tak dapat aku membalas semula mesej mereka. Aku terus bertindak block mereka semua. Aku tak nak baca satu pon ayat2 mereka yang mungkin membuat hati aku semakin sentap. Sangat2 tersentap di jiwa ni. Di mana kata2 lembut mu itu teman. Tapi....ada juga salah aku yg membalas dengan kata2 yg agak beremosi tapi memang aku tengah emosi. Aku bukan kental macam kau nak buat ayat lembut di saat emosi berbolak balik. Aku tahu kata2 kau sangat terang mengatakan kenyataan begitu namun apakan daya, ko tidak berada dalam situasi. Aku hanya meluahkan untuk kau melihat dan tak perlulah nak lontarkan pendapat yg mungkin buat aku semakin terasa ke. Kalau kau tak rasa yg ayat kau tu biasa, tidak pada aku kerana aku tidak sama kemampuan macam kau. Maaf lah teman. Aku terluka.

Nana terus bagi kata-kata yg membuatkan aku mula sejuk. Dia pon cuba merasakan situasi aku. Nana  ni walaupun dia tak pernah rasai masalah yg aku hadapi ni, tapi dia sedaya upaya untuk merasainya dengan hatinya. Bagi aku, ckup la kesungguhan dia untuk cuba rasa peritnya hati ketika itu daripada tak mahu nak mencuba.

Pengajaran buat diri ku, pilih la mereka yg sebenar2 nya mampu menerima luahan hati di saat dilanda masalah kerana hanya mereka saja yg bersabar mendengarnya. Aku sangat2 silap kerana meluahkan perasaan pada member yg sudah bosan dan benci dengan perangai buruk aku.

Selama ni, aku sabar je dengan mereka. Bersama mereka di saat kawan baik mereka meninggalkan mereka. Hurm. Takpela. Ada rakan lain yang lebih sabar menerima diriku sebaiknya.. ~

No comments: