Saturday, 29 November 2014

Berusia dah rupanya akuuu~ hehe

Aku ni kuat sentap jugak sebenarnya. Tapi umur makin naik, makin banyak belajar menahan amarah tue.

Semalam aku memang rasa down skit. Sebab.., malas la pulak nak cerita sebab benda yg membosankan aku nak pikir. Serius aku dah cukup letih.. lantak engkau la kalau nak anggap aku no one sekalipon dan yg pasti syukur alhamdulilah, life is always fine without u anyway~

Lepas tu tadi berehat. Kat sini hujan lebat. Bunyi petir die tak ingat la heyhhh betapa kuatnya sampai aku dah berzikir depan pintu minta tak di cecah ke rumah la.. huhu~ Ade kisah pasal petir ni

Kejadian petir ni dulu jadi mase aku kecik2 dlu. Waktu sekolah rendah rasanya. Masa tue jugak arwah mak masih ada. Mak dengan aku je tinggal berdue je. Perghhh petir time uh kat kot sebab depan rumah dengan sebelah rumah aku ade pokok durian.Pokok durian ni lak jenis single jek en. Dah la tinggi. Mase tuh aku dok pikir, macam mana pulak lau pokok ni rebah ke bawah anti.. kena ke tak ek kat rumah aku?? hhuhuhu ~

Bila petir over da load bunyi die, mak aku akan decide pegi kuar dan pegi ke rumah jiran even kena berlari dalam hujan ~ .. Sebab takut giler.. mak akan tinggalkan apa yg patot dan bawak aku ke sana.. Die akan pelok aku kuat2.. sebab die tak nak aku kena. Mase tue akak dan abg aku sekolah agama petang. So memang tinggal kami je la..Tue yg bile termenung depan pintu tadi, teringat saat mak aku bawak aku keluar dalam hujan ntok tak kena petir tue.. hurmm, kenangan sangat..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas hujan dah reda... aku terus la online.. Bukak laptop dan bukak blog yg sesiapa baru update.. hahaha.. ini benda yg buat aku nak gelak sakan.. Sebab aku terbaca tajuk entry Pro-Blogger yg di update oleh Wani.. aku dok pikir die nak cerita pasal geng bloggers yg dulu kami selalu join chat sebelom ni.. Rupanya cerita pasal bloglist aku hahahahah~ memula aku tak paham auw apesal die dok banding die dengan abg Ben ( Famous blogger)... aku baca lagi sekali.. oh budak ni cakap pasal kesilapan nama bloglist akuuuu doooee ~!!!! hahaha..agi stu die kate aku dah matang.. hahaha.. dah semakin berusia kenalah jadi matang walaupun aku tak nak hahaha.. sebab aku suke watak kebudak-budakkan ni.. aku rasa muda dan rasa indah je dunia aku hehehe..

Terbahak aku gelak.. Siot anda wani.. sangatttttttt puitis ayat rayumu itu hahaha..

Thanx for tegur dat part.. aku ni kes dah ada 2 blog.. kejap update sana, kejap update sini... tapi ini merupakan blog legend aku yg aku dah bukak sejak form 4 lagi... active pakai mase form 5.. huhu~ memacam sejarah dengan blog ni... semua kisah tercatit di sini... tapi sebahagian nye duduk dalam diari aku.. dulu en, aku mase sekolah, pantang dpt buku nota kosong, mesti aku tulis benda life aku dlm tuh.. merepek semuanya.. cerita pasal aku crush dengan sape bagai.. bebudak en.. berangan sendiri je la.. hahahah..

Pape pon aku bersyukur masih tenang.. walaupun semalam teruji sikit diri ni tapi takpela... teruskan idop... aku masih ada yg sygkan aku.. dan aku tak nak mereka rasa kesal sygkan diri aku... aku nak hargai mereka yg Allah kirimkan ni.. Sebab tak semua orang dapat suasana yg sama begini~... Syukur..

1 comment:

Nur Syazwani said...

yey!! dah tukar!! kbai :p