Friday 31 October 2014

Hey i want to be cool~

Sejak aku berdoa moga hati ni mampu melepaskan sedikit demi sedikit, alhamdulilah, semakin reda dan aku semakin malas mahu ambil tahu kisahnya. Aku lebih fikirkan tentang diri aku. Luangkan waktu dengan orang yg suka bersama aku. Maksud suka itu, selesa dgn aku hendaknya.

Kondisi aku tengah serabut sebenarnya tapi aku cuba naikkan temperature cool aku. Entah kenapa semalam semacam aku mengamuk dalam status fb aku. Bukan apa, benda sepatutnya diambil peduli tapi tidak diendahkan. Ada lagi mahu aku nyatakan tapi berdosa pulak kang di baca. Kita ni dah semakin melonjak dewasa. Takkanlah tak boleh pikir benda yg sepatutnya kita kisah selain kenikmatan dan keseronokan passion kita tu. Serius kot. Macam mana pon, aku dah dahulukan langkah aku. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.


Hurm, itulah dia . Aku nak nangis tapi aku tak mahu nangis. 

Aku nak solat. Aku nak cakap dengan Allah ttg hati ni. Mengapa aku begini. 

Best perasaan solat tu. Bila lama tinggalkan solat, seluruh badan terasa berat. Mungkin berat dosa. Bila dah mula, misi aku ialah nak basuh dosa ni sebersihnya. 

Hanya Allah je tahu isi hati ni. 



No comments: