Friday 31 October 2014

Ringan dan rindu sudah bertaut di hati

Juzuk 6. Ok aku akan cuba sedaya upaya ulangi bacaan aku sehingga khatam. Aku masih ingat aims aku untuk khatam sebanyak yg mungkin. Rasa manis dan ringan je nak buat amal ibadat sekarang ni. Mungkin kerana tak terdedah ke sana sini. Pokok pangkala diri yg merelakan keadaan menjadi begitu.

Sebelum ni sentiasa memusnahkan diri ke lembah yg penuh dgn noda dan dosa. Sehingga aku dipandang hina. Bukan darjat dunia yg aku mahukan tapi kehormatan sebagai seorang manusia yg masih beragama Islam yg semua orang impikan semakin pudar dalam diri aku. Bukan sahaja istilah Islam, jika aku tidak Islam sekalipon, orang tetap pandang buruk kerana situasi itu. Maka, terfikir sejenak tentang apa yg pernah abang aku ceritakan bahawa Islam ni panduan yg sempurna buat manusia di muka bumi ini . Sebabnya sebelum ini Allah dah turunkan pelbagai panduan namun tetap diingkari, dan di akhiri dengan kehadiran Penghulu kita yg membantu menyebarkan panduan kehidupan yg begitu sempurna ini.

Yg di katakan sempurna ialah, cara kita nak jalani kehidupan dengan lebih tertib dan teratur, serta bersih dan menyihatkan dan mampu kekal fokus menyerahkan diri kepada Yang Maha Esa. Panduan hidup yg membantu kita sentiasa beriman kepada Allah. Dari solat, cara pemakanan, pembersihan diri, perkahwinan dan pekerjaan serta pengurusan kewangan dan hukum hakam dunia yg berpandukan Al-Quran.

Apa yg aku nak katakan adalah, bila aku mula dekatkan diri untuk rajin semula dengan solat, mengaji Al-Quran dan belajar semula hal2 amalan sunat, diri semakin rasa ringan untuk mencuba benda baru walaupun mengambil masa yg lama. Aku akui aku degil nak solat. Kekdang telinga dengar azan berkumandang tapi badan tak mo bergerak ke blik air utk berwuduk dan solat. Hati dan fikiran tahu tpi diri yg tak mahu. Ibarat didinding syaitan. Yg xberhenti hasut untuk sesat dari jalan yg lebih baik.

Bila dah selalu solat penuh 5 waktu, aku terasa begitu ringan dan jika aku tinggalkan, aku rasa rugi dan malu serta sangat berdosa. Malah, wujud rasa rindu. Rindu nak kekal di sejadah. Berbicara dengan Allah. mohon ampun sebagainya.

Aku masih dalam kondisi lemah. Masih mengulangi dosa lame.Namun harapan sentiasa mahu istiqomah. Mahu tegas dengan diri aku. Dan aku harap aku xlemah da dengan sesiapa yg cuba berniat buruk pada aku.

Moga usaha aku mematangkan diri aku. Aku perlu berdikari hadapi dugaan dalam kehidupan

No comments: