Assalamualaikum.
Entry officially dari aku :)
Aku ada terbaca berita pasal ramai remaja perempuan ikut lari kekasih. Soalan pertama, TAK INGAT MAK AYAH KE DIORANG NI? Seriuslah, kalau umur bawah 15 tahun tue boleh tahan lagi tapi kalau dah masuk 20 lebih, melampaulah kan. Macam mana pun, ingatlah mak ayah. Mereka yang jaga kita susah payah. Sejahat mana pun mak ayah kita, mereka masih mahu membesarkan kita. Marah? Apalah sangat dengan marah mereka berbanding pengganas yang merogol dan terus bunuh. Nak yang mana?? Pilihlah ok. Sekarang ramai orang yang zalim dan jangan kita jadi antara yang zalim. Nak jadi boleh tapi fikir, sanggup ke tanggung balasan di akhirat? Kuat sangat diri kita ni? Sedangkan Iblis syaitan pun tak mampu, inikan pulak kita.
Buat remaja yang syok bercinta tue. Pape hal, ingat mak ayah dan adik beradik. tak berdosa weyh jage keluarga sendiri. Darah daging beb. Darah daging da orang luar jage kita berbeza. Ingat ok. Melainkan kita sendiri dah biasa dan anggap macam saudara. Kita sebagai ahli dalam keluarga kena sentiasa menjaga dan memelihara silaturrahim. Jangan lukakan hati mak ayah. Kesian aku tengok muka mak dan ayah yang duduk meratap anak mereka yang lari tue. Jangan lari ok !
Tapi kalau remaja tue dah kena sihir ataupun diculik paksa, itu tak dapat nak buat melainkan berdoa. Tapi yang sengaja ni TOLONGLAH, habiskan belajar dulu weyh. Bercinta takkan lama indahnye melainkan kita membawa cinta itu ke jalan yang benar. Nak sangat hidup bahagia, kahwin teruslah. Takde nyusahkan orang sekeliling. Allah pun memberkati hubungan kita itu. Malah didoakan lagi oleh para malaikat taw. Manis je bila sampai saat2 macam tue.
Moga2 remaja yang hilang tue mahu kembali ke pangkuan mak ayah mereka dan buat mak ayah mereka yang sedih, jangan lah putus berdoa kepada Allah. Allah menguji kesabaran buat mak cik dan pak cik. Oh, sebaknya hati. Teringat kat arwah mak. Aku teringat saat nak UPSR dulu, aku selalu gaduh dengan mak. Hehehe. Dont ask why. Sebab aku nakal ok. ngee.. tapi bila saat nak mohon restu, aku slow2 cakap dengan mak. Mohon mak doakan. For sure mak aku doakan kan. Masa tue aku rasa kelembutan seorang ibu. Moga arwah mak bahagia di sana. I miss u mak. Rindu nak peluk mak. I LOVE U SO MUCH. !
2 comments:
memang ikutkan nafsu semata-mata, akal dicampak ke lonkang. beringat ingat la wahai rakan rakanku sekalian
Betul tue awie. Moga mereka beringat la.. Erm.. :(
Post a Comment