Assalamualaikum.. Hari ni aku terkenangkan keluarga aku yang sedang berada di rumah sana. Oh sayunya hati bila teringat ahli keluarga yang sentiasa mengambil berat. Abah aku selalu call aku kalau die rindu. Paling kurang dia akan mesej aku tengah2 malam sebab masa tue dia kerja. Hehee.. Aku la tue yang ajar dia mesej2 ni. Senang.. kalau kredit tinggal ciput pon abah boleh nak mesej ntuk mintak topup kat kami adik beradik nanti..
Rindunya kat abah.... i love u so much abah. I only have u in here abah.. Baba dan mak dah tiada.. Mereka pergi dulu meninggalkan kita dahulu .. Tapi, aku pastinya takkan melupakan mereka dan takkan berhenti mendoakan mereka di sini selagi nyawa masih di kandung badan..
Buat pembaca yang sudi bertandang di sini, doakan lah mak ayah korang dengan sebaik2 nya. Doakan yang terbaik buat mereka kerana tanpa mereka, tiadalah kita lahir di dunia. Jasa mereka menjaga kita tak dapat dibalas dengan wang ringgit..
Moga abah sentiasa dilindungi Allah di mana jua dia berada..
No comments:
Post a Comment