Saturday, 10 March 2012

Baucer dan rakan ^_^

Assalamualaikum..
Memandangkan Sem 2 ni dah pun bermula, maka pembelajaran kelas aku dan rakan2 belum bermula dengan sepenuhnya kerana kesibukan pensyarah kami. Moga hari yang mendatang dipermudahkanlah segala urusan pensyarah agar aku dan rakan2 tidak ketinggalan dalam pembelajaran kami, Insyallah.

Ok. Apa cerita dengan baucer buku ni ye? Kita semua harap maklum bahawasanya student universiti pasti dapat baucer buku 1 Malaysia. Ramai member2 aku dah pakai dah baucer tersebut buat beli buku. Hal baucer buku ni pon ada juga isu nya. Ada yang jual baucer ni untuk dapatkan duit. Bagi aku, baucer ni pon merupakan duit cuma lebih dikhaskan dalam penggunaan pembelian belajar la. Alhamdulilah kita dapat sumbangan sebegini. Takde la duit kita duduk habis beli handset je kan.  = =' Aku pun kuat beli handset. Yang murah je la kan.. hehehe.. 

Aku hari ni baru nak guna beli buku2 dan alat tulis yang aku perlukan. Hehehe.. Alhamdulilah. Perjalanan aku membeli buku agak lancar ye. Syukur sangat ke hadrat Ilahi... Alhamdulilah..

Nak tahu tak aku beli buku ape?? ha ni dia...

Keseluruhannya buku-buku Islamik. I love it. Cuba perbaiki diri kerana diri tidak sebaik mana 

Aku pilih buku-buku agama kerana buku2 ini mampu memberi keinsafan kepada diri ini yang sentiasa diselubungi kotoran dosa. Buat rakan2 ku yang tercinta, ampunkan aku kerana aku telah mengguriskan hati kalian. (Teringat pada sahabat2 yang semakin jauh sebentar.)

Aku keluar hari ni pun semata-mata  untuk beli buku-buku ni la. Saat aku tak beli buku-buku ni, aku hanya pasang niat je la dan sentiasa terbayang2 kan buku yang aku nak sangat baca.. Kini, bila peluang dah datang, aku rebutkan juga. Peluang datang sekali meh. Hehe. Aku manfaat waktu2 aku dengan beli buku je la. Barang-barang lain boleh kejar hari lain.. Lagi pun aku dah cover semua barang beberapa hari yang lepas. hehe..

Kawan-kawan serumah aku pon ramai keluar hari ni. Jalan sakan la ye. Minggu pertama di kolej dan luangkan waktu bersama rakan2 yang lain memang seronok ! hehehe.. Aku pon ade jugak spend time dengan kawan2 aku tapi bukan dengan semua lah.. Kawan2 aku ae group masing2. Kena bahagi mase ntuk keluar bersama. Maklum lah, sekarang ni rumah kami dah asing2 jadi, kena pandai2 arrange waktu la kan.

Semalam la aku keluar dengan kawan2 aku iaitu Wawa dan Ruby. Seronok sangat ! hehehe.. mereka comel ! ngee.. Understanding dan funny kalau spend dengan diorang ni. Puas jugak la berjalan2 semalam. Thanx Wawa dan Rby sebab teman Hani nak buat Ic dan beli barang. Im so enjoy with u guys dear !

Masa bersama mereka. Kami sama- COMEL. hehehe.. harap maklum. ^_^


Sekian. heee



No comments: