Monday, 12 March 2012

Andai hari esok masih ada.


Assalamualaikum
Aku rasa kita sebagai manusia mudah lupa akan apakah janji kita dengan-Nya. Hayatilah puisi indah ini. Adakah masih ada hari esok buat kita kawan2?? 
Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu
Minta diampun semua dosaku
Akan ku kotakan suruhanmu
Sampaikan pada dunia
Biar semua tahu
Islam itu satu!
Jika esok masih ada
Akan ku berikan pada yang meminta
Akan ku laksanakan apa yang tertunda
Niatkan semuanya kerna Dia
Jika esok masih ada
Pasti aku pegang saudara
Tidakkan aku biarkan mereka menderita
Kerana leka terhadapnya
Jika esok masih ada
Tidak ada masa yang akanku sia
Tidak ada hati yang akan ku luka
Tidak ada jasad yang  aku aniaya
Seakan hidup sesaat Cuma
Jika esok masih ada
Akan ku tinggalkan selimutku
Tinggalkan enak tidur malamku
Bersujud kepadamu
Memohon perlindungan darimu ya rabbi!
Namun,
Itu semua jika esok masih ada!
Bagaimana kita nanti jika pergi meninggalkan keluarga? Adakah sesempurna ini?
Telah aku siakannya
Peluang sekali Cuma
Hari ini aku sudah melelapkan mata
Dihimpit gelap selamanya
Tiada lagi jika esok masih ada


No comments: