Friday 24 February 2012

Hikmat penciptaan Air

Assalamualaikum. Hari ni aku ada mengemas rak-rak buku aku. Kebanyakan buku-buku yang berada di rak tersebut merupakan buku-buku agama. Nasihat abah aku dulu, penuhkan rak-rak buku dengan buku-buku agam dik daripada buku komik tue.Takde faedah nye ko baca. Pastikan buku yang dibaca tue, ko sendiri mendapat manfaatnya.

Jadi kawan-kawan, aku terjumpa satu buku comel yang bertajuk Mendekatkan Diri Kepada Allah Bersama Alam Semesta. Bagi kita, alam semesta amat meluas dan kita kena lah spesifikkan lagi kan. Aku telah memilih bahagian Hikmat Penciptaan Air. Di sini aku mahu kongsi apakah yan terkandung mengenai Hikmat Penciptaan Air. Sama-sama kta hayati ciptaan Allah ye ^_^ Semoga kita sentiasa mengingati Penciptan LAngit dan Bumi ini


Di dalam Al-quran, Allah S.W.t berfirman:


Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu, keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan di antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Lalu mengapakah mereka tidak juga beriman.?


(Surah AL-Anbiya':30)

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air dari lanit, lalu kami tumbuhkan dengan air tersebut kebun-kebun yang nampak indah yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pokok-pokoknya. Apakah selain daripada Allah ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran).

(Al-Naml :60)

Perhatikanlah air tawar yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya. Air tersebut menjadi sumber kehidupan bagi para makhluk yang ada di atas bumi ini sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Sungguh aneh seorang hamba yang lupa dengan nikmat yang agung ini. Allah S.W.T telah menganugerahkan nikmat air yang melimpah ruah tanpa batas, kerana Dia mengetahui bahawa  manusia sangat memerlukan air dalam hidupnya. Seandainya Allah S.W.T menciptakn air dalam jumlah yang terhad, nescaya akan terjadi kesukaran bagi para makhluk yang tinggal di dunia ini.

Amatilah kelembutan dan kehalusan air. Ketika air tersebut turun ke bumi, ia dapat bergerak dan diserap oleh tanah serta akar-akar pokok melalui perantara sinar matahari. Selepas menggunakan makanan, manusia sangat memerlukan air. Air tersebut mudah untuk diminum, kemudian mengalir membasahi kerongkong yang menimbulkan kenikmatan tersendiri.

Air juga dapat digunakan untuk menghilangkan kotoran yang ada pada tubuh badan, pakaian dan sebagainya. Air yang disiram ke atas tanah menjadikannya basah sehingga mudah untuk didirikan bangunan.Air yang disiram juga dapat menggerakkan dan menimbulkan berbagai aktiviti dengan mudah.

Air dapat membasahi segala benda kering yang tidak dapat dimanfaatkan kecuali jika ia basah. Air dapat digunakan untuk memadamkan api sehingga tidak bergolak dan membesar. Air juga dapat melegakan  kerongkong yang tersumbat pada saat  seseorang sedang didatangi kematian. Orang yang lelah dan penat bekerja akan merasakan kesegaran dan kenikmatan selepas mandi dan bersentuhan dengan air. Air pula dapat digunakan untuk memasak makanan. Air juga mempunyai manfaat-manfaat lain yang sangat banyak sekali.

Namun begitu, nikmat yang sentiasa dirasakan, mudah diperolehi dan sangat diperlukan oleh manusia kerap dilalaikan oleh ramai orang. Cuba tersebut dikurangi dan dibatasi? Tentu manusia akan merasakan kesusahan. Oleh itu, jelaslah untuk mendapatkannya supaya bumi dengan segala isinya dapat dimakmurkan secara maksimum.

Manfaat lain yang dapat dirasakan daripada penciptaan air adalah sungguh luar biasa dan tidak mungkin disebutkan satu persatu. MAha Suci Allah Zat Yang telah melimpahkan kurnia-Nya yang agung ini.

Sekian :)

No comments: