Tuesday, 28 February 2012

Selamat hari jadi Hani !

Assalamualaikum. Oh Aku melihat jam di  handset. Beberapa minit lagi nak pukul 12.00 tengah malam. Siapakah orang  pertama yang akan mengucapkan "SELAMAT HARI JADI" kepada ku. Tiba-tiba..
;
;;
;
;
;
;
;
;
;;
;;;;;;;;
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
trett trett trett ...........

Cantik mahkota emas si ratu,
Dihiasi manik dan juga permata,
Selamat hari lahir yang ke-21,
Semoga hidup sejahtera dan bahagia.

Teka lah siapa yang send tue.. hehehe.. ok2.. konfem korang tak tahu sebab tue kawan aku dan not so sure die kawan2 korang kan ^_^ It's ok. Anyway. Orang yang pertama wish hari jadi aku ialah NAZIERA NIZAM !!! Damn ! Dia wish sebelum pukul 12 lagi weyh. hehehehe. Aku fikirkan sang arjuna2 ku yang akan wish. Thanx NAZIERA NIZAM !! u have made me smile for a long night and including today ! Maybe forever. ^_^

Seterusnya sahabat2 yang tercinta yang wish besday aku. Ha?? Well.. da person yang aku sangat2 nantikan mengucapkan hari jadi aku ialah Keluarga !! Mereka berjya !! hehehe.. alhamdulilah kerana Allah masih memberi peluang kepada aku untuk bernafas dan berbakti buat ibu bapa ku.

Damn ! Aku menantikan wish daripada mereka. Mereka ialah Una, Feyra, Nana, Kema, Jemir,  Adam, Ayen, Ontot dan Wani.  Sebenarnya ramai hingga tak teringat oleh aku. Kena check buku telefon.. Hahaha. Hanya sorang jek tak wish besday aku buat masa ni. Dia ialah Jemir ( damn love him da mok2 so much !). Yang lain clean and clear dah aku check.. mereka wish !!! Mwuah ! Well.. ni je la yang aku mahukan sebab aku dah tak sambut hari jadi aku macam dulu. Hanya menanti dan mendengar ucapan daripada mereka yang tercinta. Kalau mereka tak wish, maybe make me feel sad coz.. erm.. i think i always with them. Maybe.. but.. why they dont remember??? Ke tak nak wish??? dats kinda of sad. Heee.. tapi takpe coz i know they have other priority kot.. It's ok.. Mwuah.. Still love them till im die.

Ape yang terharu, kenalan2 baru aku semuanya wish. Aku sendiri tertanya2 siapakah mereka?? Most of them dalam facebook la..

Antara mereka yang wish ^_^ Thanx !


Well.. im waiting da wishes from my best friend. . Does they remember or just forgetting me forever??? Only Allah knows about it. Feel sad?? i cant because this is what Allah had planned for me and i have to accept it even it hurts my feeling. I hope they could make me smile.

And i really wanna share something. Erm.. Tahun lepas, ketika arwah baba masih ada, die plan dengan mama ntuk sambut besday aku. Die bawak aku pergi ke Restoran Seafood kat Melaka. Kat sana best sangat2. Bila aku teringat, aku rasa nak menangis. Bukan arwah baba sahaja yang aku ingat2 kan semasa hari jadi aku ni tapi arwah mak aku pon juge. Mak, i miss u so much. Dont worry, mak tetap ade Hani yang akan doakan mak selalu. Tiap2 hari. Mwuahh...  Kali ni, aku tak sambut hari jadi aku kerana mahu menyendiri?? maybe.. kegawatan ekonomi juge.. hehehe. It's ok. Im grown up now.. ^_^

p/s : Thanx again sebab korang sume sudi doakan untuk diri aku. Amin.. Moga Allah memberi rahmat kepada korang semua.. ^_^

Update ! >> Jemir mucuk sudah wish pada saye setelah saye memekak dalam Phone petang tadi. Kahkahkah.. He always my beloved friends. He know me well. I love him till Heaven ! Kami kawan sampai bila2.. Cinta sahabat ni takkan lenyap ! Ngee... Cinta saye buat kamu semua jua begitu ! <3 


Update ! : My tayunk Kema pon wish gak.. heeh.. i really miss her coz da beriban tak contct .. Kan syg??? hehehe. Mwuah.. syg Kema cgt2.. anyway pasni kena balik Salak.. Im waiting wif abah.. Roti telur mau kan?? hehehe

Cinta Suci? Hehe

Assalamualaikum. Mahu menilai erti cinta suci sebenar??
Mari baca ni sat. hehehe ^_^

Di suatu malam yang dingin dan di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan hgairah lalu bersuara, "Dulu-dlu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya dan lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika selepas itu si isteri bersuara lagi, " Kemudian tu, abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas itu dia sambung tidur semula. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontarkan selimutnya dan bangun dari katil.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"
 Dengan marah suaminya menjawab, " Nak pergi ambik gigilah ni."

Ahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahhahahhaa ....

Enjoy read it ?? hehehe

Saturday, 25 February 2012

7 Sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita


7 sunah Rasulullah S.A.W

Pertama : Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmi terletak pada tahajjudnya

Kedua : Membaca Al-quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia. Sebaiknya mata membaca Al-quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.

Ketiga : Jangan tinggalkan Masjid Terutama di Waktu Subuh
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatanbukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah

Keempat : Jaga solat Dhuha
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

Kelima : Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat elalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari

Keenam : Jaga wudhuk menerus
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwdhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwdhu sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa."
"Ampuni Dosa dan sayangi dia Ya Allah"

Ketujuh : Amalkan Istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Friday, 24 February 2012

Hikmat penciptaan Air

Assalamualaikum. Hari ni aku ada mengemas rak-rak buku aku. Kebanyakan buku-buku yang berada di rak tersebut merupakan buku-buku agama. Nasihat abah aku dulu, penuhkan rak-rak buku dengan buku-buku agam dik daripada buku komik tue.Takde faedah nye ko baca. Pastikan buku yang dibaca tue, ko sendiri mendapat manfaatnya.

Jadi kawan-kawan, aku terjumpa satu buku comel yang bertajuk Mendekatkan Diri Kepada Allah Bersama Alam Semesta. Bagi kita, alam semesta amat meluas dan kita kena lah spesifikkan lagi kan. Aku telah memilih bahagian Hikmat Penciptaan Air. Di sini aku mahu kongsi apakah yan terkandung mengenai Hikmat Penciptaan Air. Sama-sama kta hayati ciptaan Allah ye ^_^ Semoga kita sentiasa mengingati Penciptan LAngit dan Bumi ini


Di dalam Al-quran, Allah S.W.t berfirman:


Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu, keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan di antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Lalu mengapakah mereka tidak juga beriman.?


(Surah AL-Anbiya':30)

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air dari lanit, lalu kami tumbuhkan dengan air tersebut kebun-kebun yang nampak indah yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pokok-pokoknya. Apakah selain daripada Allah ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran).

(Al-Naml :60)

Perhatikanlah air tawar yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya. Air tersebut menjadi sumber kehidupan bagi para makhluk yang ada di atas bumi ini sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Sungguh aneh seorang hamba yang lupa dengan nikmat yang agung ini. Allah S.W.T telah menganugerahkan nikmat air yang melimpah ruah tanpa batas, kerana Dia mengetahui bahawa  manusia sangat memerlukan air dalam hidupnya. Seandainya Allah S.W.T menciptakn air dalam jumlah yang terhad, nescaya akan terjadi kesukaran bagi para makhluk yang tinggal di dunia ini.

Amatilah kelembutan dan kehalusan air. Ketika air tersebut turun ke bumi, ia dapat bergerak dan diserap oleh tanah serta akar-akar pokok melalui perantara sinar matahari. Selepas menggunakan makanan, manusia sangat memerlukan air. Air tersebut mudah untuk diminum, kemudian mengalir membasahi kerongkong yang menimbulkan kenikmatan tersendiri.

Air juga dapat digunakan untuk menghilangkan kotoran yang ada pada tubuh badan, pakaian dan sebagainya. Air yang disiram ke atas tanah menjadikannya basah sehingga mudah untuk didirikan bangunan.Air yang disiram juga dapat menggerakkan dan menimbulkan berbagai aktiviti dengan mudah.

Air dapat membasahi segala benda kering yang tidak dapat dimanfaatkan kecuali jika ia basah. Air dapat digunakan untuk memadamkan api sehingga tidak bergolak dan membesar. Air juga dapat melegakan  kerongkong yang tersumbat pada saat  seseorang sedang didatangi kematian. Orang yang lelah dan penat bekerja akan merasakan kesegaran dan kenikmatan selepas mandi dan bersentuhan dengan air. Air pula dapat digunakan untuk memasak makanan. Air juga mempunyai manfaat-manfaat lain yang sangat banyak sekali.

Namun begitu, nikmat yang sentiasa dirasakan, mudah diperolehi dan sangat diperlukan oleh manusia kerap dilalaikan oleh ramai orang. Cuba tersebut dikurangi dan dibatasi? Tentu manusia akan merasakan kesusahan. Oleh itu, jelaslah untuk mendapatkannya supaya bumi dengan segala isinya dapat dimakmurkan secara maksimum.

Manfaat lain yang dapat dirasakan daripada penciptaan air adalah sungguh luar biasa dan tidak mungkin disebutkan satu persatu. MAha Suci Allah Zat Yang telah melimpahkan kurnia-Nya yang agung ini.

Sekian :)

Wednesday, 22 February 2012

Result

Assalamualaikum... Hari ni meriah kat Facebook pasal result. Warga Uitm Degrees dah dapat result meh !! Jadi, seluruh warga kampun kecoh... !! hahaha... Kami sebagai student bersyukur dan mahu pastikan markah kami ditingkatkan lagi. Jangan main2. Aku masih tidak puas hati lagi dengan result aku tapi alhamdulilah lah semuanya lulus dan tiada repeat paper. Kalau ade repeat paper, nazak la weyh...

Kawan-kawan aku pun dapat result yang bagus2... Along aku cakap, Sem 1 ni agak mudah nak kejar pointer 3 ke atas, jadi, Sem 2 aku mahu tingkatkan lagi. Ha?? Berape??? ok2.. here is my result :


Abaikan C aku tue. Hehehee.. Macam mane pon, tak lame lagi aku akan masuk Sem 2. Moga imanku makin dikuatkan dan sentiasa sabar. ^_^

P/s : Subjek yang dapat A ialah subjek yang lecture aku suke panggil name aku dalam kelas.. Hari-hari dipuji. Ngeh3.. sengal kan.. pi aku bersyukur kerana ade jugak A.. Moga Next Sem aku dapat agi tinggi

Tuesday, 21 February 2012

Tweet ayam manje ku !

Assalamualaikum... Oh cuti masih panjang... Aktiviti? Macam biase aje. Ni aku nak cerita ni. Aku baru dapat baby manje taw. Name die Tweet2. Ape??? kucing??  Oh sudah tentu bukan sayang. Tweet2 ni ialah anak ayam !!! Keh3.. Serius, anak ayam ni manje sangat2. Geram aku bile tengok die.. terkedek2 datang ke arah aku. Aku pon angkat la die dan letak kat atas bahu je.. Ha?? Kalau die berak macam ne?? Kalau dah ade najis, aku basuh je la.. Ape masalahnye kan.. Yang penting kena ada rasa bersungguh2 nak menjaga nya.

Hari tue masa mule2 nampak die, along aku yang pegang... Alahai cian sangat die sekor2 je. Mule2 aku dan along biarkan dulu die kat luar. Nak tengok sama ada die boleh dekat dengan ibu die ke tak. Bila tengok esok paginya, still tak boleh jugak. Jadinya, kami pon ambillah die dan jage. Manje nye tak dapat nak digambarkan lah. Memang macam kucing. Sebabnya kan, bila kita jauh, die bising aw tapi bila kami datang dekat, bunyi tweet2 je aku dengar.. hehehe.. kecil je bunyi nye..lau pegang tue kan, aku rase nk picit2 je.hehehhee.. geram !!!!! nasib die kecil. Tweet2 ni lak macam lupe lak die ni ayam... steady je duduk dengan family aku..Mase aku tengok tv, die duduk tidur kat paha aku. Alahai, aku dah jadi ibu ayam yang mithali.. heheh.. Kalau da besar ni konfem jadi kawan baik aku.. hehehe.. Alhamdulilah. ^_^

Comel kan?? Baby sayang aku ni ^_^

Monday, 20 February 2012

Sahabat Sejati




Kata Imam Ghazali:
Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.

Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.

3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!


Sumber : http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/02/cara-memilih-sahabat-mengikut-imam.html

THE AWESOME GA BY SWEETYBEAUTY SHOPPE

Assalamualaikum. Hari ini aku telah dijemput oleh teman baik aku iaitu Aqma. Dia jemput aku masuk 1st Giveaway die. Ape name die?? Nampak tak tajuk kat atas?? Ha.. itulah die name giveaway die. Anyway, it ois really nice to make our realtionship become more closer when we make some event. Hahaha. Bukan event la pi more to a contest maybe. Pape pon aku sokong die buat Giveaway ni. Memang mengeratkan lagi hubungan para bloggers ^_^

Aku nak tag bloggers yang sudah melawat blog aku iaitu


Semoga kamu berdua sudi join giveaway ini. Khas daripada sahabat saye :)

P/s : nak tahu syarat2 join giveaway ini, bolehlah klik ke gambar di atas ^_^

Saturday, 18 February 2012

HomeMadeCookies

Assalamualaikum. Alhamdulilah, biskut hasil buatan ku laku juga dijual oleh Ain kesayangan aku. Hehe.. dulu aku bagi dia bawa ke sekolah die untuk buat bekalan sahaja. Sekali kawan-kawan die cuba makan, LICIN ! Pergh... diorang semua suruh aku buat lagi tapi masa tue aku tak cukup masa untuk buat banyak-banyak. Jadi, sekaranglah waktunya aku meluangkan waktu untuk membuat semua tue untuk budak-budak ni. Hehehe. Aku buat biskut chips coklat biasa aje. Mula-mula aku buat sikit saja.Lepas tue Ain bagi tahu aku yang kawan-kawan dan cikgu-cikgunya sekali mintak buat banyak-banyak. Berbekalkan modal hasil jualan biskut tue, aku beli barang untuk buat biskut tue dan sediakan lagibanyak bilangan biskut tue. Moga usaha aku ni berhasillah.

Semua ni aku usaha kan untuk belajar membantu ahli keluarga aku yang sudah banyak berkorban membantu aku untuk belajar sampai ke tahap ini. Bersyukur kerana Allah mengurniakan ahli keluarga yang boleh bertolak ansur. Moga aku juga boleh berkorban untuk mereka ketika mereka susah nanti ^_^

Ha.,. Aku duduk risau ni sama ada aku dapat masuk kolej ke tak. Korang doa-doakan la aku dapat duduk kat dalam kolej ye.. Hehehe. Aku pon dah mula rindukan kawan-kawan serumah aku. Masing-masing sibuk buat ape la tue kan waktu-waktu cuti gini? Kalau serumah sebelum ni, kami sibuk tengok movie saje. Pastu pergi makan.. hahahaha... takde kerja lain.. hehehe..

Ok.. Tue je dapat aku ceritakan pasal diri aku.. Nothing special about me :) enjoy dengan warga kucing di rumah sahaja.. hehehe




Ha, gambar-gambar ni semua nya hasil buatan aku. Ngee.... Nampak sedap tak? Pape pon, aku harap semua biskut ni dapat sambutan daripada kawan-kawan Ain lagi ^_^




Sumaiyah Tokoh Muslimah terawal


Assalamulaikum... Kawan-kawan, aku mahu kongsikan satu lagi artikel mengenai tokoh muslimah kita iaitu Sumaiyah. Kenal tak dengan Sumaiyah? Kenal atau tidak, marilah kita sama-sama Al-Fatihah kan buat beliau kerana telah berkorban demi agama kita iaitu Islam.. Mereka antara umat Nabi Muhammad yang teguh imannya. Adakah kita sekuat dia?

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.
"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.



Friday, 17 February 2012

SAYANGI RASULULLAH SEDALAMNYA

Assalamualaikum. Kali ini, aku telah di tag sendiri oleh blogger yang agak comel lotei ni. Hehehe. Namanya ialah Fariza Fairuz. Dia telah tag kan aku pertandingan SAYANGI RASULULLAH SEDALAMNYA . Wah, jarang-jarang orang nak buat pertandingan mengenangkan Kekasih Allah ini di laman maya. Aku agak gembira kerana ada yang sudi untuk mengajak aku untuk menyertainya. Jadi, aku ingin menunjukkan rasa cinta aku terhadap baginda dengan menceritakan satu kisah yang menunjukkan salah satu sifat terpuji baginda iaitu, sifat berhati lembut.

Rasulullah S.A.W Menyatukan Hati Kaum Ansar dan Muhajirin.

Hari-hari ketika berhijrah ke Madinah adalah sangat panjang. Pada Saat itu, matahri terasa sangat dekat dengan kepala sehingga panasnya terasa mencekik tenggorokan dan membuat kepala semakin pening. Nabi telah memasuki Madinah dan disambut oleh kaum Ansar dengan sambutan yang luar biasa. Beliau datang dalam bersendirian lalu mereka menolongnya. Beliau datang dalam keadaan takut lalu mengamankannya. Beliau datang dalam keadaan terusir lalu mereka memberikan perlindungan.

Sesungguhnya, Rasullulah S.A.W telah mewujudkan persaudaraan antara umat secara praktis iaitu dengan membentuk masyarakat yang sesuai dengan ajaran Al-Quran. Nabi mula mempererat persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.Seorang sahabat daripada kalangan Ansar, Saad bin Rabi' iaitu seorang kaya dari Madinah dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf iaitu seorang yang berhijrah dari Makkah.

Saad berkata kepada Abdul Rahman bin Auf, "Sesungguhnya tanpa bermaksud sombong, aku memang memiliki harta yang lebih banyak daripada kamu. Aku telah membahagikan harta ku menjadi dua bahagian dan sebahagiannya aku peruntukkan bagi mu. Lalu aku mempunyai dua orang wanita maka lihatlah siapa antara mereka yang mampu memikat mu , sehingga aku menceraikannya lalu engkau dapat menikahinya." Abdul Rahman Bin Auf menjawab, " Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati mu, keluarga mu, dan harta mu. Lalu di manakah pasar yang engkau berdaganng di dalamnya?"

Abdul Rahman bin Auf kemudian keluar menuju ke pasar untuk bekerja. Ia kembali ke kediamannya dan membawa sesuatu yang dapat dimakannya. Ia  menolak dengan lembut sikap baik Saad dan kedermawannya. Ia sepenuhnya menyandarkan keimanannya kepada Allah S.W.t dan lebih memilih untuk bekerja keras. Hari demi hari dilaluinya dengan bekerja sehingga ia mampu untuk membekali dirinya dan melaksanakan pernikahan.

Demikianlah masyarakat Islam terbentuk dan menampakkan identitinya berdasarkan cinta, kebebasan dan jihad. Menurut Islam, pekerjaan bukanlah penderitaan untuk sekadar mendapatkan sepotong roti atau daging seperti dikatakan peradaban kita masa kini tetapi Islam menganggap pekerjaan itu sesuatu ibadah yang mulia untuk mencapai puncak yang tinggi.

Tanpa sifat lembut hati Rasulullah yang juga sifat Allah S.W.T, tidak mungkin hati kaum Muhajirin dan Ansar dapat bersatu. Allah S.W.T sengaja menjinakka, menanamkan rasa cinta dan kasih sayang serta rasa persaudaraan terhadap sesama Muslim melebihi batas-batas kecintaan dan kasih sayang mereka kepada saudara dan keluarga sendiri. Kecintaan seperti itu sungguh melampaui kasih sayang manusia terhadap dunia, pasangan hidup, harta, kedudukan, ternakan, kenderaan dan sebagainya. Rasa cinta seperti itu merupakan rasa cinta yang telah dipersatukan oleh keimanan. Dengan demikian maka seseorang yang bukan dari golongannya, bukan dari keturunannya tetapi berasal dari orang-orang yang asin yang sebelumnya tidak dikenali langsung, kemudian dipertemukan oleh Allah S.W.T dan dipersaudarakan oleh Rasulullah S.A.W, hati mereka diikat dalam satu jiwa iaitu keyakinan pada agama Allah S.W.T.

Sebenarnya, banyak lagi sifat-sifat Rasulullah S.A.W yang boleh dikisahkan seperti tidak sombong, berbuat baik kepada anak yatim, berbuat baik kepada fakir miskin, menjalin hubungan silaturahim, tolong menolong, bersikpa pemurah, berlapang dada dan suka memberi maaf dan sebagainya. Sama-sama kita aplikasikan sifat-sifat baginda dalam kehidupan seharian kita ya. ^_^

P/s : Mari kita sama-sama berselawat ke atas Rasulullah S.A.W kerana beliau banyak berjasa dalam mengembangkan agama Allah. Malah darjat nya di naikkan lagi menjadi kekasih Allah..Semoga kita berpeluang bertemu baginda suatu hari nanti di akhirat kelak ^_^

Aku mahu tag kan sahabat tercinta ku iaitu Nana dan Razy..


Thursday, 16 February 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

Assalamualaikum.. Ha.. kali ni segmen mengenai "BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?" Kritik pembaca sangat-sangat berharga untuk aku memuaskan hati pembaca atau pelawat yang hadir ke blog comel aku ni. Diharapnya ada yang sudi kritik ye. Jangan Puji nanti kunjungan anda tak dibalas.. hehehe.. tue Ben Ashaari cakap tau. Kalau aku, aku lawat balik je. Ngeh ngeh ngeh.. ^_^ Aku akan cuba menjadi pengguna blog yang terbaik dari kalangan yang terbaik  ^_^


Selamat mengkritik ^_^

Perempuan.. Renung-renungkan lah..


Renung-renungkanlah...

  • Perempuan wajib taat kepada lelaki (suami) tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?
  • Perempuan menerima pusaka kurang daripada lelaki (suaminya) tetapi harta itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
  • Perempuan (ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi saat die didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab terhadap empat wanita ini; isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki: suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi perempuan (isteri), jika taat akan suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahal seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Kekasih kita juga kan


Assalamualaikum..Kisah Rasulullah ni aku sudah baca sejak sekolah rendah lagi. Masa tue aku sentiasa berfikir, "siapakah Nabi Muhammad S.A.W ni yang di sebut-sebut mak ni. Mak selalu cakap pasal dia. ". Bila dapat je buku biografi Nabi Muhammad S.A.W, aku pun baca. Tak sangka, aku membaca buku tue sampai menangis. Baginda satu-satunya manusia yang mampu membantu kita di akhirat nanti. Beruntunglah kita kerana dilahirkan di zaman baginda. Marilah kita selawat ke atas baginda agar baginda tenang di sana. Aku rindu Nabi Muhammad S.A.W
NABI Muhammad SAW diutuskan Allah menyebarkan Islam kepada seluruh manusia dan menjadi pemimpin contoh untuk diikuti sepanjang zaman. Seluruh cendekiawan, ahli agama, pemikir dan pemimpin, sama ada beragama Islam atau kafir mengakui Nabi Muhammad sebagai “The Saviour of Humanity” atau Penyelamat Manusia Sejagat. Baginda juga digelar pemimpin agung sepanjang zaman dan paling sempurna akhlak.
Memang tepat jika Rasulullah dijadikan contoh dan idola untuk diikuti dalam segenap segi cara kehidupan baginda. Sesungguhnya tidak ada sifat buruk pada diri baginda untuk dijadikan bahan momokan atau cacian oleh musuh-musuh Islam.
Dalam kalangan orientalis, mereka cuba mengkaji dan mencari sunnah Rasulullah yang boleh dikaitkan sebagai sikap buruk dan bukti Rasulullah hanya manusia biasa sama seperti orang lain. Antara sunnah yang dilambangkan tidak baik ialah poligami dan perkahwinan Rasulullah dengan Siti Aisyah. Baginda dilambangkan sebagai kuat seks atau gila seks.
Jika kita mengkaji sirah, tentunya kita faham mengapa Rasulullah berkahwin lebih daripada seorang dan mengahwini Siti Aisyah ketika masih berusia kanak-kanak. Rasulullah bukan gila seks dan tidak sekali-kali menjadikan kedudukan dan kuasa untuk memiliki banyak isteri.
Perkara ini tentu sekali akan digunakan pula oleh orientalis untuk menyokong dakwaan mereka selama ini.
Sepatutnya, sempena Maulidur Rasul ini perkara lain yang dibincangkan atau ditonjolkan. Banyak sumbangan besar lain patut dijadikan topik perbincangan dan dicontohi yang mana baginda berjaya membentuk masyarakat sempurna dan syumul yang tidak ada batasan geografi dan zaman.
Tidak ada individu lain mampu mencapai status seperti mana dicapai Nabi Muhammad SAW. Lihatlah hasil dakwah Nabi Muhammad yang berjaya membawa perubahan besar peradaban manusia. Risalah yang dibawa Nabi Muhammad membawa pakej sempurna kepada kehidupan manusia dan tidak setakat berkaitan tauhid kepercayaan kepada Allah semata-mata.
Rasulullah sudah berjaya merubah kehidupan manusia secara rohani, fizikal dan intelektual yang mencetus revolusi perubahan membawa manusia dari dunia kegelapan kepada cahaya kebenaran.
Kesempurnaan akhlak, kepimpinan dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad dijadikan ikutan bagi sesiapa mengharapkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Baginda memiliki peribadi mulia sehingga digelar al-Amin oleh masyarakat Makkah, yakni lambang kebenaran dan kesempurnaan pekerti.
Nabi Muhammad mengajar manusia mengenai ketuhanan, kebenaran, keadilan dan kebahagiaan hidup. Baginda menunjukkan cara hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.
Setiap ajaran dan amalan Nabi Muhammad adalah sunnah yang perlu diterapkan dalam kehidupan setiap insan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Untuk memastikan iman sentiasa kuat dan sempurna, hendaklah sentiasa tertanam perasaan mencintai Nabi Muhammad sepenuh hati.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kasih sayang terhadap Nabi Muhammad tidak cukup sekadar ucapan di bibir atau mengadakan sesuatu secara ritual berkaitan baginda. Kasih sayang memerlukan pembuktian berupa amalan seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah.
Kita perlu penuh yakin bahawa apa yang dilakukan Nabi Muhammad ada yang contoh ikutan terbaik. Sesiapa mengikut sunnah Rasulullah mendapat jaminan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Kita hari ini tidak hidup bersama-sama Nabi Muhammad. Apa yang ditinggalkan sebagai pedoman hidup adalah al-Quran dan sunnah. Sesiapa mencontohi kedua-duanya, samalah seperti hidup pada zaman Rasulullah.
Fahaman yang menolak sunnah dalam mentafsir kehendak agama membawa kepada kesesatan. Ditambah pula dengan keadaan umat Islam yang dirosakkan oleh fahaman bidaah, khurafat, syirik, rosak akhlak dan aliran liberal.
Nabi Muhammad mengingatkan agar umatnya terus berpegang kepada sunnah biarpun berdepan halangan. Mempertahankan sunnah satu tanggungjawab yang berat.
Ya , kitalah penyambung agenda baginda SAW

Muslimah Sejati

Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….





Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=nl8fjs473806bpd5u5q1114ut2&topic=2413.msg14286#msg14286

Penyakit Hati

Assalamualaikum... korang nak tahu apa penyait hati ini? Penyakit hati yang bisa membinasakan diri manusia. Berjaga-jaga dengan penyakit hati ini ya. Peliharalah hati dengan sebaik-baiknya kerana sesungguh Allah melihat hati kita walaupun kita tidak sebaik yang dilihat ^_^..Selamat membaca..


"ADA empat penyakit dalam diri individu yang semestinya dibasmi kerana jika dibiarkan, penyakit itu akan membarah dan membudaya kukuh sehingga menenggelamkan perwatakan individu sebagai seorang mukmin sebenar. Penyakit itu seperti kata Saidina Ali Abi Talib: “Kelak akan menimpa umat ini penyakit umat terdahulu iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, mensia-siakan masa dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjerumus ke dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, dengki-mendengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.”
Ini senario dalam masyarakat Islam hari ini yang sentiasa lupa akibat perbuatan dan tingkah laku mereka yang menyeleweng daripada landasan agama, sedangkan Allah dan Rasul-Nya banyak memberi peringatan serta pesanan supaya berwaspada. Sikap pertama mesti dibendung ialah sombong kerana ini senjata syaitan untuk menjerumuskan seseorang ke jurang kehinaan.
Allah menegaskan dalam firman bermaksud: “Dan jangan engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan jangan engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18) 
Sombong ialah penyakit hati yang akan memudaratkan hubungan dengan manusia lain. Bayangkan seandainya dia seorang peniaga. Bagaimanakah perniagaannya hendak berjaya dan dihormati pelanggan? 
Tentu peniaga sebegini dibenci dan dijauhi. Jadi, siapakah yang rugi? Sebaliknya, jika seseorang peniaga itu sentiasa berwajah manis dengan senyuman, sudah tentu ia akan menjadi faktor tarikan dan secara tidak langsung mampu melonjakkan keberkesanan perniagaannya. 
Perkara kedua kata Saidina Ali ialah kufur nikmat. Ini penyakit sangat berbahaya. Kufur nikmat ialah cepat lupa diri hingga lupa bersyukur kepada Allah yang memberikan nikmat. Ini warisan penyakit Firaun dan Qarun yang dilaknat Allah kerana sombong dan kufur dengan nikmat dikecapi. 
Seseorang itu dikategorikan sebagai kufur nikmat apabila bakhil terhadap harta kekayaannya. Jiwa terasa kaku untuk menghulurkan sedekah jariah buat insan lain yang memerlukan, apatah lagi berzakat? 
Ini semua akan mengundang padah dan laknat Allah serta bakal berhadapan seksa sengsara di akhirat nanti. Allah sudah memberi amaran keras terhadap orang yang kufur nikmat. 
Ditinjau dari perspektif psikologi, sikap kufur nikmat mencerminkan corak hati yang tamak dan rakus sehingga terbuai dalam keenakan harta dunia. Dari sisi pandang sosiologi pula, mereka dilihat insan yang ingin melihat hanya dirinya saja memperoleh nikmat. 
Ingat pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang hamba berkata: Hartaku, hartaku! Sesungguhnya harta yang punya itu hanya ada tiga, iaitu apa yang ia makan hingga habis, apa yang ia pakai hingga usang dan apa yang ia berikan hingga ia mendapatkan pahalanya. Sedangkan harta selain itu akan menghilang dan ditinggalkan untuk orang lain (diwariskan).” (Hadis riwayat Muslim) 
Penyakit ketiga yang perlu dihindari ialah lalai dalam pengurusan masa. Jika diperhatikan, majoriti kaum muslimin yang leka dan melalaikan aspek mengurus masa. Lihat saja bagaimana anak muda saban malam berlumba haram, merempit di jalanan dan yang suka melepak di pusat beli belah. 
Ibnu Mas’ud meninggalkan wasiat berguna buat kita semua, katanya: “Demi Allah, aku tidak menyesali sesuatu pun seperti penyesalanku terhadap suatu hari yang matahari terbit di dalamnya, di mana ajalku semakin dekat dan amalku tidak bertambah.” 
Sementara, pesan Ibnu Umar pula: “Jika kamu memasuki waktu petang, maka jangan menunggu pagi. Apabila kamu memasuki waktu pagi, maka jangan menunggu datangnya petang.” Kedua-dua pesanan sahabat Rasulullah SAW itu wajar direnungi untuk memperkasakan kualiti pengurusan masa kita. 
Penyakit umat akhir zaman yang keempat sangat sinonim dengan situasi semasa yang sedang kita lihat iaitu bermegah dengan harta benda dunia. Manusia tidak lagi mempedulikan aspek etika dan aturan wajib dalam memperoleh harta, janji asal dapat. 
Bagaimana cara atau kaedahnya tidak diberikan perhatian disebabkan rakus dan berlumba mengejar harta dunia. Apa dinyatakan Saidina Ali ada kebenarannya. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati supaya diri, keluarga, masyarakat dan negara tidak berada dalam bahaya."


Sumber : http://faizsolehan.wordpress.com/2011/12/20/penyakit-hati/

Wednesday, 15 February 2012

Tips tenangkan hati

Hati kita sentiasa rasa serabut dalam kehidupan seharian kita... Mari kita tenangkan hati kita melalui cara-cara ini.. ^_^


  1. Membaca Al-quran serta bertadabbur
  2. Mengosongkan Perut ( jangan makan tanpa mengira masa)
  3. Menunaikan solat pada waktu malam
  4. Berdoa ketika bersahur
  5. Menghadirkan diri dalam Majlis yang berkaitan dengan kuliah para ulama'

Senjata Penghalang Syaitan

Assalamualaikum.. adakah anda mahu ketahui apakah senjata penghalang syaitan mengganggu kita? Di sini antara senjata syaitan mendekati kita.. Insyallah ^_^

  1. Membaca Basmallah
  2. Perbanyakan zikirullah
  3. Perbanyakan Selawat kepada Rasulullah S.A.W
  4. Perbanyakan beristighfar
  5. Membaca "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntum Minal Zalimin."
  6. Jangan tidur berseorangan
  7. Berdoa pagi dan petang
  8. Bersugi
  9. Mengerjakan solat jemaah
  10. Berwuduk sebelum tidur
  11. Menutup aurat
  12. Membaca doa masuk tandas
  13. Bertaubat dan beristighfar
  14. Membaca banyak doa da memahami maksudnya
  15. Membaca surah yasin setiap pagi dan memahami maksudnya
Semoga kita bersama-sama beramal untuk menjadi hamba Allah yang Setia... seperti mana Allah setia melihat kita di sini. ^_^

Tanda-tanda mati Husnul Khatimah

Assalamualaikum...Aku teringin sangat nak tahu tanda orang yang mati dalam Husnul Khatimah. Jadi, di sini aku kongsikan tanda yang dikatakan mati dalam Husnul Khatimah itu...Moga kita tergolong di kalangan orang yang mati dalam Husnul Khatimah ye.. ^_^

  1. Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
  2.  Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
  3. Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
  4. Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
    Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
  5.  Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
  6. Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”
  7. Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
  8. Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”
  9. Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
  10. Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
  11.  Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
  12. Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
  13. Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
  14. Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
  15. Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
  16. Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.