Friday, 31 October 2014

Random sekejap~

Ada yg kata bila bertunang, ianya menjadi ruang untuk lelaki dan perempuan itu mengenali hati budi dan merasakan keserasian antara satu sama lain. Ada juga untuk menjadi pengikat kepada pasangan tersebut.

Ramai rakan2 aku dah kahwin. Hati ni mahu tapi tahu belum bersedia. Itu semua hanya Allah saja tahu. Aku hanya nak lalui kehidupan ni sabar dan tabah.

Sejak praktikal kerja ni, benda kahwin menjadi bualan. Indahnya perkahwinan. Indahnya tu boleh dikira di saat di duga ataupun ketika bahagia. Moga setiap lapisan masyarakat yg berkahwin tabah hadapi kehidupan dalam berkahwin ni :)

Masih dalam situasi belajar. Aku tahu kemampuan aku sampai tahap mana.

Kadang2 aku lihat rakan2 aku berjaya, aku rasa bangga juga kerana aku tahu usaha mereka setimpal dengan apa yg mereka mahukan.

Aku? ~ hurm biar Allah je yg tahu ~:)

Allah dah kata kan?

Menangis baca ayat ni. Betapa sygnya Allah kat kita kan. Memacam dugaan dalam hidup ni tapi tak boleh salahkan sesiapa kerana kekdang dugaan tu datang kerana diri ni sendiri dan juga disebabkan hikmah kekuatan buat diri kita.

Jujur la. Aku rindu kat abah. Rindu ni nak ku sampaikan tapi bonding tu buat aku rasa, hurmm.. entah la. 

Nasib la praktikal aku ni ada yg mahu bimbing aku. 

Malah ada juga yg mendekati aku serta mahu menjadikan aku tempat meluahkan perasaan. Bila dengar, Allah kuatnya dugaan mu. Mungkin bersesuaian dengan kemampuan diri die mungkin. Allah dah kata kt atas kan? Husnuzon.~

Serius, nikmat diduga sangat manis walaupun ketika menghadapinya terasa pedih. Ko akan rasa betapa besarnya cinta Allah buat ko. Sedangkan ko sudah hancurkan diri ke lembah yg begitu hina. Namun Allah tetap sayangkan ko. Malu? Jangan, berdepan la dengan kenyataan ini dan teruskan perjuangan. 

Aku nak dekat dengan Allah. Aku nak jadi tegas. Nak sangat ~!!!!

Hey i want to be cool~

Sejak aku berdoa moga hati ni mampu melepaskan sedikit demi sedikit, alhamdulilah, semakin reda dan aku semakin malas mahu ambil tahu kisahnya. Aku lebih fikirkan tentang diri aku. Luangkan waktu dengan orang yg suka bersama aku. Maksud suka itu, selesa dgn aku hendaknya.

Kondisi aku tengah serabut sebenarnya tapi aku cuba naikkan temperature cool aku. Entah kenapa semalam semacam aku mengamuk dalam status fb aku. Bukan apa, benda sepatutnya diambil peduli tapi tidak diendahkan. Ada lagi mahu aku nyatakan tapi berdosa pulak kang di baca. Kita ni dah semakin melonjak dewasa. Takkanlah tak boleh pikir benda yg sepatutnya kita kisah selain kenikmatan dan keseronokan passion kita tu. Serius kot. Macam mana pon, aku dah dahulukan langkah aku. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.


Hurm, itulah dia . Aku nak nangis tapi aku tak mahu nangis. 

Aku nak solat. Aku nak cakap dengan Allah ttg hati ni. Mengapa aku begini. 

Best perasaan solat tu. Bila lama tinggalkan solat, seluruh badan terasa berat. Mungkin berat dosa. Bila dah mula, misi aku ialah nak basuh dosa ni sebersihnya. 

Hanya Allah je tahu isi hati ni.