Friday, 16 September 2011

Uitm di hati ku

Salam semua... buat pengetahuan semua aku sudah 2 minggu masuk ke universiti iaitu UITM... ok... perasaan nye??? teramat terujaa... !!!!!! hehehee.. nak tahu sebab ape??? inilah pertama kali aku menjejak kan kaki ke universiti... syukur alhamdulilah sangat2...

semasa proses Minggu Destini Siswa.. air mata aku mudah sangat mengalir... penghayatan video tentang kesusahan anak melayu yang mahukan pendidikan.... ramai orang susah kat Malaysia ni... terutamanya anak Melayu... bagi aku, yuran universiti paling murah kat Malaysia ni ialah Uitm beb !!! bukan nak naikkan name Uitm sebab aku ni student nye tapi secara logik nye ialah betul ! yuran termurah kot dan sebahagian kerajaan tanggung... bagi student2 Uitm, marilah kita belajar bersungguh2 dan jadi anak bangsa yang berjaya ... jika kita berjaya, kita mampu membantu negara kita menjadi negara yang maju dan kita juga mampu mempertahankan negara kita dari dijajah !!!!.. hayati lah sejarah negara kitaaa.... hanyaaa dengan ilmu pengetahuan sahaja kita mampu menyelamatkan negara kitaa... bukan dengan kekerasan..

jangan lupa juga kepada mak ayah kita yang banyak berkorban untuk kita.. berjuta2 duit mereka habis untuk melihat kita berjaya... bayaran yang mereka inginkan hanyalah segulung sijil diplom atau ijazah atau master atau lebih tinggi, PHD !!!!!

jadilah insan yang berilmu dan berwawasan.... jangan leka dengan dunia fana ini...

aku harap sangat kemasukan aku ke Uitm ini mamp memajukan diri aku yang masih belum cukup matang ini... moga pengalaman aku di sini mematangkan diri ini... dan bagi aku, tanpa Uitm, aku pasti takkan dapat belajar ke tahap setinggi ini... terima kasih Uitm... moga aku bersungguh2 belajar untuk masa akan datang...

congratz juga kepada kawan2 aku yang berjaya masuk universiti.. ini bukan kejayaan yang besar sebenar nyee tapi satu lagi perjuangan yang kita perlu harungi dan diharapnya kita bersama2 berjaya mengharungi perjuangan ini sebagai anak bangsa Malaysia !!! insyallah !!! usaha, doa dan tawakal !!!!

UITM DI HATIKU !!!!!!!!!!!!!!!!!


1 comment:

fi said...

cik blogger dapat uitm kat mana?? kos apa??