Monday, 13 February 2012

Lewat kahwin? Jangan risau

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak kongsikan lagi artikel yang berkaitan denga diri kita juga terutama yang maish bujang. Heheh.. Oh kawan2 ku. Jangan la sedih2 kerana masih bujang ok. Masih ramai lagi insan2 yang belum berkahwin. Aku ada baca artikel yang memberi pendapatan tentang Lewat kahwin ni. Mari kita baca same2 ok. Moga kita sentiasa berfikiran positif. Insyallah.
Pada tahun 2004, semasa saya menulis buku pertama mengenai orang bujang, perangkaan menunjukkan pada tahun 2000 daripada 23 juta rakyat Malaysia, 13.2 juta belum pernah berkahwin (anggaran 7 juta lelaki bujang dan 6 juta wanita bujang). Saya cuba mendapatkan statistik terkini, tetapi belum ada. Pastinya statistik itu semakin meningkat apabila penduduk Malaysia meningkat (kini penduduk Malaysia melebihi 28 juta orang).
Rata-rata apabila membincangkan isu lewat kahwin...
... jari ditunding kepada wanita bujang:
"Awak memilih sangat." "Awak dah tinggi sangat jawatan/pendidikan, mana lelaki nak"
... jari juga ditunding kepada lelaki bujang:
"Awak tak de karisma sebagai seorang lelaki""Awak tak de harta, mana perempuan nak"
Betul ke, semua wanita bujang memilih dan semua lelaki bujang tiada karisma? Membuat andaian sebegitu, bermakna kita generalize dan bersangka buruk dengan semua wanita dan lelaki bujang. Bukan semua wanita bujang memilih dan bukan semua lelaki bujang tiada karisma. Ini soal jodoh.
Namun, tidak dinafikan ada di antara orang bujang ini meletakkan piawaian yang terlampau tinggi. Ini disebabkan dua faktor iaitu ego dan ambivalen. Amat rugilah mana-mana orang bujang yang meletakkan piawaian pasangan pilihan yang terlampau tinggi. Akibat dari pilihan ini, mereka sebenarnya akan terlepas pandang ramai potensi pasangan. Rugi, rugi.
Disebalik orang bujang yang mempunyai piawaian terlampau tinggi ini, ramai lagi sebenarnya orang bujang yang bersederhana dalam memilih. Malah, mereka mempunyai ciri-ciri seorang suami atau isteri yang berkarisma, cantik/hensem, baik budi bahasa, taat pada keluarga dan paling penting sayang pada Tuhan. Cuma, jodoh mereka sahaja yang lambat.
Menariknya, atas keyakinan akan janji Tuhan, "... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur: 26), mereka ini tidak berputus asa, malah mereka berazam untuk mengubah diri mereka menjadi lebih baik.
Sebagai masyarakat, kita seharusnya membantu dan bukannya mencerca orang yang masih bujang. Jika tidak mampu membantu secara fizikal, sekurangnya bantulah mendoakan mereka (orang bujang) ini bertemu dengan jodoh yang terbaik.
Malah, sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, keyakinan si bujang pada Tuhan dalam menunjukkan jalan yang lurus lagi diredhai amatlah penting. Percayalah, "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya" (Al-Baqarah :286).
Justeru, keyakinan yang sama seharusnya diberikan dalam menghadapi ujian lewat jodoh. Anggaplah lewat jodoh sekadar ujian yang akan menaikkan tahap keimanan pada yang Esa.
Doa saya semoga Allah berikan yang terbaik kepada mereka yang benar-benar ingin merubah diri mereka menjadi yang terbaik. Percayalah pada janji Tuhan. Insya Allah, doa anda untuk bertemu pasangan pilihan  akan dimakbulkan. Amin.