Assalamualaikum :)
Kita ni sebagai manusia kadang-kadang tidak sedar pilihan yang kita sudah pilih itu mampu memberi risiko yang tinggi terhadap diri kita. Aku pon pernah membuat pilihan yang memberi risiko. Aku menganggap risiko tersebu sebagai satu pelajaran hidup ku. PEdih dan sebagainya. Masa aku alami ketika itu, bagaikan hilang keyakinan diri ini untuk teruskan hidup namun aku berkalih kembali ke arah keluarga ku. Betapa tabahnya mereka ketika mengharungi dugaan hidup yang begitu mencabar. Lagi mencabar berbanding diri aku ni. Menitis air mata melihat mereka.
Keluarga adalah kurniaan Allah paling berharga. Aku harap, aku mampu membantu mereka yang dulunya bersusah payah membesarkan diri ku yang sihat walafiat ini. Minta maaf kerana kadang kala aku melupakan kamu semua semasa terhanyut dalam kenikmatan dunia yang sementara ini. Sesungguhnya aku manusia biasa yang bisa naik dan turun imannya.. Moga iman ku masih terpelihara hingga ke akhir hayat :)
No comments:
Post a Comment