Renung-renungkanlah...
- Perempuan wajib taat kepada lelaki (suami) tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?
- Perempuan menerima pusaka kurang daripada lelaki (suaminya) tetapi harta itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
- Perempuan (ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi saat die didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan semua makhluk Allah di muka bumi ini.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab terhadap empat wanita ini; isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki: suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi perempuan (isteri), jika taat akan suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahal seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
3 comments:
LIKE .! :-)
^_^ beruntung jadi perempuan. Alhamdulilah
blog dah comel. xtaw nak kritik pe. simple . iloiikee =D
Post a Comment