Sunday, 12 February 2012

Atasi bebanan hutang :)

Assalamualaikum semua..Kali ni aku nak kongsi artikel mengenai pengendalian kewangan. Kita sendiri sedia maklum yang kita sentiasa berhadapan dengan hutang. Hutang berlaku apabila berlaku peminjaman kewangan kepada orang lain apabila kita sudah tidak mempunyai wang yang cukup. Bebanan hutang yang banyak memberi tekanan kepada kita kan. Jadi, mari kita same2 ikuti cara nak atasi bebanan hutang yang tinggi,.. selamat membaca ^_^

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya. 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) 
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud:- 
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari." ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214) 
Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?
1-Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin
2-Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan
3-Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa
4-Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang
5-Libatkan saksi dalam proses peminjaman
6-Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan
7-Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling
8-Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang 
"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia." 
Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.
Sumber : http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kewangan/3824-hidup-tenang-tanpa-bebanan-hutang.html

3 comments:

Cikgu Aini said...

Alhamdulillah, elakkan hutang ye... syukur Allah dah beri satu butang alert untuk saya elak berhutang & memang allergic berhutang. Bila dah over limit dr kemampuan, hati kecil akan kata, tu tak penting, xyah beli... Tu tak perlu, simpan duit.. ^_^ jom kita elakkan hutang

Anonymous said...

hanie..hutang mmg xdpt lari dlm hidup kita..even kita try to avoid from hutang pun,mesti ada punya la.. for eg. our PTPTN.. migrain dengaq..hahaha..nk byaq nnty lg 1 pasai msalah.. huhu.. :) -wawa-

grawwrbabe. said...

:) yup.. memang btol kita xdpt lari daripada masalah tapi masalah tue hadir untuk diatasi kan.. heheh. jangan lari daripada masalah. Insyallah Allah pasti membantu kita sekiranya kita membantu diri kita sendiri serta berdoa kepada-Nya :)
terima kasih memberi komen ye :)