Wednesday, 26 November 2014

Teruskan Sabar

Semakin nak habis praktikal, semakin wujud dugaan yg aku rasa aku tak jangka pada permulaan waktu praktikal dulu. Boleh wujud memacam suasana yg aku pernah rasa dulu, dapat rakan kerja yg best2 dan sebagainya. Ada juga pahitnya di sini. Aku tak nafikan.

Tapi di mana hak aku utk aku meletakkan perasaan aku sepenuhnya ttg kepahitan yg berlaku di sini?? Sedangkan aku patut lebih bersyukur kerana Allah meletakkan aku di kedudukan yg kiranya tak semua boleh merasai dan menikmatinya. Walaupun aku ade rasa pahit di sini, masih wujud rasa manisnya suasana di sini.

Suatu masa dulu juga aku pernah menggilai seseorang. Dan Allah sembuhkan aku dan memberikan aku kekuatan yg akhirnya mampu membuat aku menjalani kehidupan dgn tenang dan senyuman yg ceria. Itu semua daripada Allah.

Aku tak tahu orang lain rasa apa. Dan kekadang orang lain kata aku tak tentu lagi sudah mencapai tahap itu tapi aku hanya mahu katakan, begitu manisnya dapat sembuh dari penyakit cinta yg sia2 itu. Sangat2 berharga buatku,

Ini semua kerana sifat sabar sahabatku Nana yg tak berputus asa memberi kata peransang kepada ku tentang ingatan kepada Allah. Dia mengajar aku pelbagai benda yg melibatkan sifat sabar.. Pikir benda positif. Jangan lupa pada nikmat Allah. Mengapa Allah takdirkan situasi macam tu. Sebab dulu zaman Rasulullah S.A.W pon dah jadi dan jalan penyelesaiannya pon dah ada tapi kita tak kaji, kita tak cari dan tak bukak Al-quran... Kerana itu, aku mula rajin baca Al-Quran even kekdang aku tak sempat nak baca bahasa melayu nya. Aku ulang kemudian.. Benda nya sama.. tapi kita je tak pandai menilai apa pengajaran yg tertanam di sebalik kisah itu.

Baru saja tadi aku pergi utk pergi beli nasi ambang yg aku sudah order dari abang ofis aku (bini die buat). Bila dah sampai, aku rasa benggang sebab akak kt situ kate dah habis... lau situasi biasa aku kan, aku mesti marah. Aku mesti tunjuk amuk aku even sikit sekalipon.

"Haihhh benda dah order tpi boleh die jual kat orang lain?? Camne ni?? Ramai kot dah order kat aku....~ Huwarghhhh.... kesian mereka termasuk akuuu~~~ huhu tapiii...."

Terhenti kata2 hati aku dan terdiam sejenak berfikir kenapa ianya terjadiii... Aku cuba bersabar dan berfikir.. Allah uji ko sekejap dan kekadang silap ko sebab gelojoh. Sebab benda aku dah nampak 4 bungkus kt tepi dan aku dengar abang Faiz yg order... Ok~ Relax... Benda boleh pikir lagi.. marah~ Dan sabar... Benda yg sangat susah nak dicampurkan dalam satu masa yg sama. ~

Tak lama lepas tu, masok Whatssapp BKPians, mesej dari abang faiz pasal nasi ambang~ Haniiii... Nasi Ambang ko dah siapppp


Haaaa... tak semena2 aku mula ketawa sorang2 dan tak sia2 aku bersabar even untuk beberapa minit.

Manis bila kita dekat dengan Allah. Amalkan apa utusan Dia dah sampaikan pada kita. Banyak benda Rasulullah SAW dah ajar. Nak atau tidak je. Belajar sabar je ok Hani...~

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

betul juga kan.. kadang kita terlalu nak cepat dan sempurna sampai kan cepat nak mengamuk kalau tak mengikut apa yg kita nak... tapi kita lupa, rencana kita lain, rencana Allah lain... saya pun pernah putus cinta tapi tak pernah dinasihati orang... saya pujuk diri sendiri... awak lebih bernasib baik..

grawwrbabe. said...

tue la.. alhamdulilah makin dpt belajar sabar kan :) xpe awak sntiasa mempunyai bahagian yg mungkin ada yg lebih baik~ :)