Aku boleh endahkan apa yg engkau endahkan
Aku mampu lupakan apa yg engkau buat2 lupakan.
Kerana aku bukan memerlukan pergantungan hidup dengan engkau
Pergantungan ku sepenuhnya kepada Tuhan Sekalian Alam Ya Rabbi
Allah yg satu tiada ganti
Kepedihan yg engkau tinggalkan bukan satu bisa yg payah aku lupakan
Malah ianya menjadi lebih mudah kerana sifat mu sudah menjadi tiada makna buat ku
Malah, keyakinan ku menyerahkan sepenuh jiwa dan raga pada Yang Maha Kuasa semakin menebal.
Keimanan mula terbina.
Sesungguhnya manusia tidak sempurna.
Pergantungan kepada Ya Rabbi adalah yg sepatutnya.
Kerana ianya tujuan sebenar kehidupan di sini
Mencari keredhaan dan rahmat kehidupan yg lebih bermakna
Madu yg engkau rasakan dan nikmati itu hanyalah duniawi
Malah mampu menjadikan engkau sasau mencari-cari
Kerana ia bukan nikmat yg kekal abadi.
Suatu hari perasaan itu akan mati
Semakin hari semakin kuat walaupun ianya berulang dan tiada berubah bentuk perjalanannya. Salah diri ini sentiasa mengikuti godaan noda nafsu yg bergelojak dalam hati.. Menghentak2 mahu mengikuti kehendak manusia durjana. Mudah kalah dengan kata2 bangsat lelaki yg jahil ~
Moga berpeluang membersihkan jiwa dan diri. Sebelum kubur kata MARI KEMBALI~
No comments:
Post a Comment