Tuesday, 18 November 2014

Setiap kekurangan, ada kelebihan

Umur da mencapai 23 tahun. Memacam jadi walaupun masih tak berlesen. hehehe.. Sengal aku masih tak nak ambil lesen padahal aku dulu yg pandai bawak kereta berbanding kengkwn aku dulu. Tapi sekarang mereka yg memandu aku ke sana ke mari. Alhamdulilah. Syukur dapat member2 yg sudi bawak kita jejalan ye dak. Heheh.. Paling selalu bawak aku keluar si Fira dan Una la. Tue kengkawan kampung. Kengkawan Kolej ade jugak tpi skrg dah jauh kan.. hehehe..

Pas setel praktikal ni memang nak amek lsen la kan. Tak nak menyusahkan orang lain. At least aku mampu bwak diri ke sana ke mari. Sekarang ni aku hanye naik Erl, komuter, bas dan monorel aje. Ye la. Nak ke KL ke Shah Alam ke mesti naik benda tue semua kan.. Ada je urusan kena dibuat kat sane semua. Bila dah praktikal je tak pening sangat sebab ada driver bawakkan ke sana kan. Nasib PDT ade sediakan. Tak de la aku pening.

Tadi aku baru habis kursus Printer*********. Tak mahu la aku mention tentang jenama nye kang kata aku memalukan jenama pulak kan huhuhu.

 Aku dok pikir. Apesal susah sangat nak guna printer tu. Prosedur nak pakai printer tu agak payah sikit. Bila pakai je mesti setting die tertukar ke jnis paper yg kita nak guna. Padahal nak print A4 je. Sekali tukar jdi A3. Tak ke gedabak besar saiznya tu? hahaha.. Pernahlah benda tu kena kat aku sebab nak print surat perjanjian PTPTN auw. Sekali besar je kertas yg printer tu print. Aku terasa sangat2 jemmm.. Gelak satu hal ar kan hahaha..

Serius, Aku rasa seronok praktikal kat sini. Sebab kakitangan kat sini tak lokek. Bila tahu aku takde dapat duit elaun, sorang2 nak belanja aku makan. Syukur sangat. Tak sangka bantuan Allah tu nak diberi kat memana je kan. Lau Allah tak gerakkan hati mereka, tak makan la aku. Tapi macam mana pon aku sebelum tu ada la bawak bekal so, takdela lapar sangat. Lagi satu, tempat aku praktikal tu selalu buat meeting. Jadi mesti ada makanan yg disediakan untuk orang2 meeting. Kekadang makanan meeting tak habis. Tue sesetengah ajak aku makan sekali tue.

Plus, aku dapat akak2 yg sgt menjaga aku. Selalu tegur aku kalau aku buat silap. Bawak aku jejalan untuk window shopping. Situasinya kekdang ajak aku keluar bila die takde kawan tapi pada aku, benda ajak2 keluar ni bukan benda yg semua org suka buat. Dan untuk pakai ajak je bebudak untuk keluar pon bukan mudah sebab semuanya bergantung atas dasar kepercayaan kan. Aku pon masa mula2 memang rasa takut sangat sebab baru kenal kan. Masa jumpa, aku try juga untuk terus keep calm dan diam je. Dah lelama bru la mahu bercakap mesra semua. Bila mereka betul2 rasa selesa baru dapat jadi mesra habis.

Dapat jugak abang2 or better aku gelarkan Encik2 yg selalu mengajar aku tentang pembuatan video tue. Diorang ada yg dah kahwin. Memasing matang. Tak lokek share ilmu. Memang best. Aku pon tak rasa tegang je. huhuhu~

Overall, aku rasakan yg segalanya kemudahan yg berlaku dalam life aku semuanya kerana Allah. Terima kasih Ya Allah kerana  kurniaan yg berada disekeliling aku. Kehidupan yg serba kurang ni, ENGKAU lengkapkan melalui mereka yg mempunyai kelebihan. Semoga mereka mendapat rahmat dari-Mu.

No comments: