Sunday, 11 March 2012

8 rahsia orang bijak


Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?
Mengambil sarapan pagi- Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
Elak makan secara berlebihan- Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus
Elak merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
Elak daripada mengambil gula secara berlebihan- Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
Hidu udara yang bersih-  Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
Tidur secara berlebihan- Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
Tidur dengan menutup muka- Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
Kurang berimaginasi/berfikir- Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak

Kualiti Hati.


Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia.
Sekiranya hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan.
Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.
Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.
Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.
Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya) yang tidak cukup-cukup dengan kuasa atau Tiger Woods yang tidak cukup-cukup dengan wanita.
Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya
Apabila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.
Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.
Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

Saturday, 10 March 2012

Baucer dan rakan ^_^

Assalamualaikum..
Memandangkan Sem 2 ni dah pun bermula, maka pembelajaran kelas aku dan rakan2 belum bermula dengan sepenuhnya kerana kesibukan pensyarah kami. Moga hari yang mendatang dipermudahkanlah segala urusan pensyarah agar aku dan rakan2 tidak ketinggalan dalam pembelajaran kami, Insyallah.

Ok. Apa cerita dengan baucer buku ni ye? Kita semua harap maklum bahawasanya student universiti pasti dapat baucer buku 1 Malaysia. Ramai member2 aku dah pakai dah baucer tersebut buat beli buku. Hal baucer buku ni pon ada juga isu nya. Ada yang jual baucer ni untuk dapatkan duit. Bagi aku, baucer ni pon merupakan duit cuma lebih dikhaskan dalam penggunaan pembelian belajar la. Alhamdulilah kita dapat sumbangan sebegini. Takde la duit kita duduk habis beli handset je kan.  = =' Aku pun kuat beli handset. Yang murah je la kan.. hehehe.. 

Aku hari ni baru nak guna beli buku2 dan alat tulis yang aku perlukan. Hehehe.. Alhamdulilah. Perjalanan aku membeli buku agak lancar ye. Syukur sangat ke hadrat Ilahi... Alhamdulilah..

Nak tahu tak aku beli buku ape?? ha ni dia...

Keseluruhannya buku-buku Islamik. I love it. Cuba perbaiki diri kerana diri tidak sebaik mana 

Aku pilih buku-buku agama kerana buku2 ini mampu memberi keinsafan kepada diri ini yang sentiasa diselubungi kotoran dosa. Buat rakan2 ku yang tercinta, ampunkan aku kerana aku telah mengguriskan hati kalian. (Teringat pada sahabat2 yang semakin jauh sebentar.)

Aku keluar hari ni pun semata-mata  untuk beli buku-buku ni la. Saat aku tak beli buku-buku ni, aku hanya pasang niat je la dan sentiasa terbayang2 kan buku yang aku nak sangat baca.. Kini, bila peluang dah datang, aku rebutkan juga. Peluang datang sekali meh. Hehe. Aku manfaat waktu2 aku dengan beli buku je la. Barang-barang lain boleh kejar hari lain.. Lagi pun aku dah cover semua barang beberapa hari yang lepas. hehe..

Kawan-kawan serumah aku pon ramai keluar hari ni. Jalan sakan la ye. Minggu pertama di kolej dan luangkan waktu bersama rakan2 yang lain memang seronok ! hehehe.. Aku pon ade jugak spend time dengan kawan2 aku tapi bukan dengan semua lah.. Kawan2 aku ae group masing2. Kena bahagi mase ntuk keluar bersama. Maklum lah, sekarang ni rumah kami dah asing2 jadi, kena pandai2 arrange waktu la kan.

Semalam la aku keluar dengan kawan2 aku iaitu Wawa dan Ruby. Seronok sangat ! hehehe.. mereka comel ! ngee.. Understanding dan funny kalau spend dengan diorang ni. Puas jugak la berjalan2 semalam. Thanx Wawa dan Rby sebab teman Hani nak buat Ic dan beli barang. Im so enjoy with u guys dear !

Masa bersama mereka. Kami sama- COMEL. hehehe.. harap maklum. ^_^


Sekian. heee