Tuesday, 3 January 2012

i wonder..

Assalamualaikum. ~
hurmm.Aku sepatutnya tengah study but stop for awhile. Okeyh ! Gud luck for gurls and guys yang bakal menempuhi exam. hehehe.

Semalam tengok cerita 3 idiots. Mesti ramai dah tengok kan. Kesian kan kat Rancho a.k.a Chotte a.k.a Punchuk?? hehehe.. so many names but i love it ! Tambah pulak si Aamir Khan tue pelakon kegemaran aku. Walaweyh, lagi bersemangat aku mahu tengok maa. Watak yang dia bawak lak pon banyak beri pengajaran. Tersentuh hati ni tengok bagaimana rupanya usaha anak2 orang susah di India untuk berjaya serta berniat nak membantu mak ayah mereka yang telah bersusah payah memberi makan pakai mereka. Dalam movie tue ade babak kan  sedih dimana salah seorang pelajar bernama Joy dah nak graduate. So, dia dengan bangga dan suka hati ingin menggembirakan ayah nya dengan meminta tolong Ketua Pengarah Universiti dia memberitahu tentang Majlis graduasi dan pencapaian die. TAPI ! malang yang amat apabila ketua tue pi cakap lah yang Joy tak berjaya menghabiskan pelajarannya kerana gagal menyiapkan projek yang diarahkan dan lazy membuat helipkopter yang ntah ape2.. huh ! begitu menusuk kalbu hati aku bila tengok Joy terkedu melihat ketua die bercakap begitu. Nangis aw.

Dalam masa yang sama, Rancho tengok kejadian tue sebab semua tue berlaku di koridor unversiti. Rancho rasa nak tolong si Joy sebab nampak sangat Joy kecewa.. malam tue, Joy nyanyi tapi aku langsung tak paham maksudnye.. hahahhhaha ;p . jadi, bermulalah kisanya itu... bla bla bla bla...at the end, Rancho dapat hidupkan helikopter berkamera tue tapi...... Joy sudah pon bunuh diri iaitu gantung diri. So SAD ! BLAME IT TO THE CHIEF.. huhuhu.. jahat betul Virus tue....

kalau aku nak cerita every part of da movie memang takkan habis la kan.. try la tengok bagi orang yang tak pernah tengok tue kan. tapi yang dah pernah tengok, mesti korang tak bosan kan (yang bosan tue tak yah la sibuk.hahahah ;p) but, Aamir Khan ku so sweet !!!!! hehehehe... muka die still young walaupun dah tua hahahaha... dulu muka die tak hensem macam sekarang. hihihhi.. ok stop.. ngada2 kan.. ok :)

Da most sweet guy in my movie life. erk?? hehe.. Aamir Khan. 
Pasangan gila2. hahah
this is one is like Lan right..?? hehehe.. comel
Aall izz Well...
Dats all.. but da point is , bila kita belajar pandai2, kita mampu buat mak ayah yang hidup susah tue gembira tanpa henti tahu. Mereka lagi rasa lega adalah. Salah seorang member aku pun ada kata, "mak ayah aku tak nak tahu apa yang aku selalu buat di luar atau mana2 pun tapi mereka nak tahu aku boleh belajar.."

Jadi, sebagai anak, jasa yang mampu kita balas untuk mak ayah ialah belajar bersungguh2 hingga berjaya. Kalau tak berjaya pun tak mengapa tapi pastikan kita belajar sungguh2 demi mereka. Sebab. bila kita dah belajar, macam2 benda kita tahu buat dan tambah lagi, korang hasil amalan korang tue mempunyai kebaikan buat mak ayah yang telah menatang minyak yang penuh buat korang.

Now, i wonder what my dad is doing at his workplace. hehehe.. Abah, i miss u so much. Aku paling rindu senyuman abah sekarang ni. Kejap lagi memang nak kena kol ni.. bergayut sebentar dengan abah aku ye.
p/s : bagi yang ketiadaan mak ayah, rajin2 la ye mengaji. Sejukkan roh mak ayah korang dengan bacaan ayat Al-Quran.. kerinduan korang pon terubat ok :")
ok, now im miss my arwah baba dan arwah mak. miss hug them closely. i want them. T_T

i Miss my Mom-Puan Rohani :')

Assalamualaikum..kawan2.. aku rindu bonda ku yang dulunya mendidik diri ini menjadi seorang manusia.. :)
Dia ialah Puan Rohani bt Othman. Die merupakan cikgu yang mengajar di sekolah menengah aku dahulu. dia mengajar aku sejak tingkatan lima hingga ke tingkatan enam.. Die sangat2 tegas tapi dalam dirinya penuh dengan kelembutan sebagai seorang ibu.. bila aku nampak die, aku nampak arwah mak.. terima kasih Allah kerana menampakkan diri mak dalam diri bonda tercinta ini.. bonda ku ini sentiasa menegur silap ku semasa belajar dahulu. Aku pernah mengguris hatinya. Aku tahu die sedih dengan sikap aku.. Aku tahu die marah aku.. Namun, aku tahu die lembut hati.. moga die tidak lupekan aku walaupun die sudah memiliki ramai anak murid kini :)


Antara ilmu yang die ajarkan dalam diri aku yang takkan aku lupekan ialah sejarah Islam... hehehe.. aku suke sejarah. subjek die jugak la aku boleh score tinggi...Memang ketegasan die mampu membuatkan diri aku bangun untuk berjaya :)


di sini aku share kan ilmu2 tu.. :




§  Pengertian Hijrah:

              Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat
              Segi Istilah      : Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam
                                       dari  Mekah  ke Madinah

§  Masa berlaku Hijrah - 12 Rabiul Awal, tahun ke13  Nabi Muhammad menjadi Rasul  
                                             Bersamaan  2 Julai 622 masihi
Hijrah juga bermaksud : Perubahan diri drpd keadaan yg kurang baik kpd  keadaan yg lebih baik

Sebab-sebab  berlaku Hijrah;
  • Perintah dari Allah swt - untuk mempertahankan Islam
  • Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin Mekah
  • Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak & menjadi-jadi
  • Permintaan  dari penduduk Madinah  & mereka memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan sahabat.
  • Salah satu strategi dakwah Rasulullah s.a.w.
 Usaha-usaha Musyrikin Mekah menyekat Dakwah Rasulullah :

 Ø  Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan ajaran Islam & kepercayaan  mrk  secara bergilir-gilir
Ø  Menawarkan Rasulullah saw pangkat, harta kekayaan & wanita  supaya meninggalkan dakwah Islam
Ø  Memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah , Bani Hasyin, Bani Abdul Mutalib dan orang Islam selama 3 tahun
Ø  Melakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang Islam
Ø  Merancang membunuh Rasulullah saw

Perjanjian Aqabah Pertama      (Perjanjian Wanita)Perjanjian Aqabah Pertama dinamakan juga' dgn  Perjanjian Wanita 'kerana disertai oleh seorang wanita :

-Berlaku pada tahun 621 masihi /  tahun ke 12 kerasulan
-Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah  
  (  12 lelaki dan seorang perempuan) 
-Berlaku ditempat bernama Aqabah

- Isi-Isi perjanjian:
·         Tidak menyekutukan Allah
·         Tidak membunuh anak
·         Tidak membuat fitnah atau khianat
·         Tidak mencuri
·         Tidak melakukan zina
             ·         Tidak menderhaka kepada Rasulullah 

Perjanjian Aqabah  Kedua:
Berlaku pada tahun 622 masihi / tahun ke 13 kerasulan
-Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah
  (73 lelaki dan 2 perempuan )

-Isi-Isi perjanjian :
       1.  Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka
       2.  Berjanji menjaga dan mempertahankankeselamatan Rasulullah
       3.  Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam
       4.  Sanggup bekerjasama ,membantu Rasulullah dan orang Islam

Kronologi Peristiwa Hijrah :
MASA / TARIKH
PERISTIWA
Sehari sebelum Hijrah
-Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke  Madinah

-Mengambil keputusan membunuh  Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah
-Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung  rumah Rasulullah, ,bersedia   
 menyerbu  dan membunuh baginda
 
-Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda  
 berhijrah ke Madinah

-Rasulullah meminta  Saiyidina Ali tidur di tempat baginda

-Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari  Mekah ke gua Thur

Setelah 3 hari 2 malam
di gua Thur
-Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah

- Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama   
  dalam Islam)

12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan /
2 JULAI 622 MASIHI
Rasulullah, Abu Bakar  dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran


























Muhajirin ialah : Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah

Ansar ialah :Penduduk Islam Madinah yang membantu Rasulullah &orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah  

Strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan Umat Islam
di Madinah

·         Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar
·         Membina masjid Nabawi sebagai  tpt beribadat & perjumpaan umat Islam
·         Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk orang-orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah

 Iktibar dari peristiwa Hijrah

Ø  Usaha dakwah hendak mempunyai strategi yang mantap
Ø  Umat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat Islam
Ø  Kesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam 

:) Sehingga kini aku masih lagi baca nota2 bonda ku ini bila aku rindu.. ermm.. i miss u mom.. :')

Sunday, 1 January 2012

Hati dan sifatnyaa...


Assalamualaikum...
hari ni aku nak share pasal sifat hati.. sama ada lembut dan keras... kenyataannya, hati yang keras pon pasti ade kelembutan... cara yang perlu untuk diperlaksanakan itu je perlu pada tempatnya.. kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan :)
Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian.Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa didalamnya. 
KERIKIL ATAU SUTERA? 
Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam. 
"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak." 
Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran.Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna. 
Rasulullah S.A.W bersabda:"Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim) 
Rasulullah S.A.W bersabda:"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."  
(HR Baihaqi)Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan 
 "sampai bila aku perlu bertahan?" 
.Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.
sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4075-kerikil-dan-sutera.html