Dia ialah Puan Rohani bt Othman. Die merupakan cikgu yang mengajar di sekolah menengah aku dahulu. dia mengajar aku sejak tingkatan lima hingga ke tingkatan enam.. Die sangat2 tegas tapi dalam dirinya penuh dengan kelembutan sebagai seorang ibu.. bila aku nampak die, aku nampak arwah mak.. terima kasih Allah kerana menampakkan diri mak dalam diri bonda tercinta ini.. bonda ku ini sentiasa menegur silap ku semasa belajar dahulu. Aku pernah mengguris hatinya. Aku tahu die sedih dengan sikap aku.. Aku tahu die marah aku.. Namun, aku tahu die lembut hati.. moga die tidak lupekan aku walaupun die sudah memiliki ramai anak murid kini :)
Antara ilmu yang die ajarkan dalam diri aku yang takkan aku lupekan ialah sejarah Islam... hehehe.. aku suke sejarah. subjek die jugak la aku boleh score tinggi...Memang ketegasan die mampu membuatkan diri aku bangun untuk berjaya :)
di sini aku share kan ilmu2 tu.. :
§
Pengertian Hijrah:
Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu
tempat ke satu tempat
Segi
Istilah : Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan
orang-orang Islam
dari
Mekah ke Madinah
§ Masa berlaku Hijrah - 12 Rabiul
Awal, tahun ke13 Nabi Muhammad menjadi
Rasul
Bersamaan 2 Julai 622 masihi
Hijrah juga bermaksud : Perubahan
diri drpd keadaan yg kurang baik kpd
keadaan yg lebih baik
Sebab-sebab berlaku Hijrah;
- Perintah dari Allah swt - untuk mempertahankan
Islam
- Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin
Mekah
- Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak
& menjadi-jadi
- Permintaan
dari penduduk Madinah &
mereka memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan sahabat.
- Salah satu strategi dakwah Rasulullah s.a.w.
Usaha-usaha Musyrikin Mekah menyekat Dakwah Rasulullah :
Ø Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan ajaran Islam & kepercayaan mrk secara bergilir-gilir
Ø Menawarkan Rasulullah saw pangkat, harta kekayaan & wanita supaya meninggalkan dakwah
Islam
Ø
Memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah , Bani Hasyin, Bani
Abdul Mutalib dan orang Islam selama 3 tahun
Ø
Melakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang Islam
Ø
Merancang membunuh
Rasulullah saw
Perjanjian Aqabah Pertama (Perjanjian Wanita) = Perjanjian Aqabah Pertama dinamakan juga' dgn Perjanjian Wanita 'kerana disertai oleh
seorang wanita :
-Berlaku pada tahun 621 masihi /
tahun ke 12 kerasulan
-Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah
( 12 lelaki dan seorang perempuan)
-Berlaku
ditempat bernama Aqabah
- Isi-Isi perjanjian:
·
Tidak menyekutukan Allah
·
Tidak membunuh anak
·
Tidak membuat fitnah atau khianat
·
Tidak mencuri
·
Tidak melakukan zina
·
Tidak menderhaka kepada Rasulullah
Perjanjian Aqabah Kedua:
Berlaku pada tahun 622 masihi / tahun ke 13 kerasulan
-Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah
(73 lelaki dan 2 perempuan )
-Isi-Isi perjanjian :
1. Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka
2. Berjanji menjaga dan mempertahankankeselamatan
Rasulullah
3. Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam
4. Sanggup bekerjasama ,membantu Rasulullah dan orang
Islam
Kronologi Peristiwa Hijrah :
MASA / TARIKH
|
PERISTIWA
|
Sehari
sebelum Hijrah
|
-Musyrikin
Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke Madinah
-Mengambil
keputusan membunuh Rasulullah ketika
sedang tidur
|
Malam Hijrah
|
-Pemuda
Musyrikin Quraisy mengepung rumah
Rasulullah, ,bersedia
menyerbu
dan membunuh baginda
-Allah
memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda
berhijrah ke Madinah
-Rasulullah
meminta Saiyidina Ali tidur di tempat
baginda
-Rasulullah
ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari
Mekah ke gua Thur
|
Setelah 3
hari 2 malam
di gua Thur
|
-Rasulullah
dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah
- Berhenti
selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama
dalam Islam)
|
12 Rabiul
Awal ,tahun 13 kerasulan /
2 JULAI 622
MASIHI
|
Rasulullah,
Abu Bakar dan rombongan sampai ke
Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran
|
Muhajirin ialah : Orang Islam Mekah
yang berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah
Ansar ialah :Penduduk Islam Madinah yang membantu
Rasulullah &orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah
Strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan
Umat Islam
di Madinah
·
Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar
·
Membina masjid Nabawi sebagai tpt beribadat & perjumpaan umat Islam
·
Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk
orang-orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah
Iktibar dari peristiwa Hijrah
Ø Usaha dakwah hendak mempunyai strategi yang mantap
Ø Umat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat Islam
Ø Kesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam
:) Sehingga kini aku masih lagi baca nota2 bonda ku ini bila aku rindu.. ermm.. i miss u mom.. :')
No comments:
Post a Comment