Tuesday, 15 March 2011

Tak sihat T_T

Salam readers.. semalam aku kena demam panas.. cuaca punye hal la buat aku tak tahan ni..waaa !
Habis sendi2 aku sakit. nak nangis jek aw..sakit tak yah cakap la.. macam tak boleh bergerak... gerak sikit rasa bisa kat sendi... haiyak..

aku pergi berubat dengan ayah angkat aku..habis aku kena rotan dekat bahagian sendi2.. merah2 aw.. waaaaa... selera aku pon mula tersekat dek demam ni.. sekarang aku mampu bangun pun sebab abah aku dah urut sendi2 aku sikit... sayang abah aku cangat2 !!.. tak da abah, macam mane la aku nanti ek..

sambil aku baring2 tadi pon, aku dah teringat kat arwah mak.. dulu arwah sakit macam aku kena ni la.. kena berurut.. cian dier.. sekarang aku lak kena.. adoyai.. moga aku cepat sembuh la.. abah pon tadi tengok aku macam risau saja..

waa.... pasni aku nak sedut air suam banyak2 la... tak mo sakit macam ni berterusan..apa pon aku nak buat takkan jadi lau badan lesu macam ni. fight for life HANIE !!!
waaaa !

Monday, 14 March 2011

Segmen Abg Ben ; CARI GADUH ! : SOAL CINTA


Salam readerrrs !!.. aku merayau tadi ke blog Cik Diyana... hahahha... denga penuh rasa  excited nya aku baca segmen yang die tengah join iaitu segmen Soal Cinta oleh Abg Ben ! Jadi, di sini terdapt beberapa soalan yang perlu di jawab.. inilah jawapan dari ku. Hanie LOve !

LELAKI pilihan anda ?
lelaki pilihan saya ialah lelaki yang sanggup melayan kerenah saya..dia juga perlu mempunyai sifat yang penyayang, manje, dan tegas. Paling penting sekali, die mesti lah beragama Islam.. kalau bukan Islam pun, saya akan cuba menarik dier masuk Islam.. Agar die kuat beriman :)
Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Seksi?? Pada pendapat saya, definisi ini bergantung pada seseorang. Saya anggap lelaki tu seksi apabila die berpeluh !.. haha.. mereka ni seksi apabila mereka bekerja keras dan muka serius nak mati..kofem nampak seksi.. hahaha
LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Oh sudah tentu tidak. Lelaki kalau dah sayang perempuan itu, belum ataupun sudah, die tetap akan berkorban apa sahaja demi membahagiakan perempuan yang die cintai !  
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
MEMANG tak mahu sebab lelaki sekarang tidak macam lelaki dulu mmaa ! nak tahu sebab apa?? sebab mereka akan lari jika madu2 nye bergaduh hingga sanggup berbunuh ! kejam tue kot ! jika saya sudi pon bermadu, lelaki tue mesti ada ilmu agama yang kuat dan mampu berlaku adil DAN mampu menyelesaikan persengketaan madu2 nya. MESTI ! 
Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Jika saya ketahui die ada orang lain, saya memberi pilihan kepadanya untuk memilih siapa yang die ingin hidup bersama buat selama-lamanya ! 
LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Dua2 sama saja... ! Namun begitu tidak semua orang begitu ok.. bergantung pada diri masing2 maa! jika ikhlas, mereka tak akan berlau curang. 
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Siapa lagi setia ek?? hani rasa perempuan la sebab lau perempuan dah sayang, memang takkan pandang orang lain dah.. contoh nya ek?? lihat ibu2 tunggal je kat luar sana...cube buat review mana satu lagi satu setia.. ibu tunggal atau bapa tunggal??? hahaha
Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
hahaha. ! yes for sure !... saya memang kuat cemburu ! tak boleh die lebih kan orang lain unless bersebab.. heheh

hope jawapan aku ni agak jelas di baca oleh kamu semua ye :)


Sifat wanita yang disenangi lelaki :)

Salam readers... tadi aku blogwalking untuk mencari info2 yang terbaru.. sedang aku melihat2 blog rakan2 ku itu... aku terbaca tentang sifat2 wanita.. aku sebagai wanita atau perempuan ingin juga ketahui sifat yang boleh membuat lelaki senang hati.. tapi.. bukan sekadar lelaki tapi orang yang berada disekeliling kita juga...

di sini aku kongsikan maklumat penting khusus buat kaum hawa di luar sana :)
semoga kita dapat sama2 amalkan lah ye :)


  • keibuan 
  • Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
  • Keanak-anakkan
  • Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
  • Penuh pengertian
  • Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
  • Menghargai
  • Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

  • Menjaga penampilan
  • Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
  • Pandai berbicara
  • Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
  • Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
  • Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
  • Menghormati diri sendiri
  • Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
  • Simpati dan prihatin
  • Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

sumber : I LUV ISLAM.COM !