Friday 17 February 2012

SAYANGI RASULULLAH SEDALAMNYA

Assalamualaikum. Kali ini, aku telah di tag sendiri oleh blogger yang agak comel lotei ni. Hehehe. Namanya ialah Fariza Fairuz. Dia telah tag kan aku pertandingan SAYANGI RASULULLAH SEDALAMNYA . Wah, jarang-jarang orang nak buat pertandingan mengenangkan Kekasih Allah ini di laman maya. Aku agak gembira kerana ada yang sudi untuk mengajak aku untuk menyertainya. Jadi, aku ingin menunjukkan rasa cinta aku terhadap baginda dengan menceritakan satu kisah yang menunjukkan salah satu sifat terpuji baginda iaitu, sifat berhati lembut.

Rasulullah S.A.W Menyatukan Hati Kaum Ansar dan Muhajirin.

Hari-hari ketika berhijrah ke Madinah adalah sangat panjang. Pada Saat itu, matahri terasa sangat dekat dengan kepala sehingga panasnya terasa mencekik tenggorokan dan membuat kepala semakin pening. Nabi telah memasuki Madinah dan disambut oleh kaum Ansar dengan sambutan yang luar biasa. Beliau datang dalam bersendirian lalu mereka menolongnya. Beliau datang dalam keadaan takut lalu mengamankannya. Beliau datang dalam keadaan terusir lalu mereka memberikan perlindungan.

Sesungguhnya, Rasullulah S.A.W telah mewujudkan persaudaraan antara umat secara praktis iaitu dengan membentuk masyarakat yang sesuai dengan ajaran Al-Quran. Nabi mula mempererat persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.Seorang sahabat daripada kalangan Ansar, Saad bin Rabi' iaitu seorang kaya dari Madinah dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf iaitu seorang yang berhijrah dari Makkah.

Saad berkata kepada Abdul Rahman bin Auf, "Sesungguhnya tanpa bermaksud sombong, aku memang memiliki harta yang lebih banyak daripada kamu. Aku telah membahagikan harta ku menjadi dua bahagian dan sebahagiannya aku peruntukkan bagi mu. Lalu aku mempunyai dua orang wanita maka lihatlah siapa antara mereka yang mampu memikat mu , sehingga aku menceraikannya lalu engkau dapat menikahinya." Abdul Rahman Bin Auf menjawab, " Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati mu, keluarga mu, dan harta mu. Lalu di manakah pasar yang engkau berdaganng di dalamnya?"

Abdul Rahman bin Auf kemudian keluar menuju ke pasar untuk bekerja. Ia kembali ke kediamannya dan membawa sesuatu yang dapat dimakannya. Ia  menolak dengan lembut sikap baik Saad dan kedermawannya. Ia sepenuhnya menyandarkan keimanannya kepada Allah S.W.t dan lebih memilih untuk bekerja keras. Hari demi hari dilaluinya dengan bekerja sehingga ia mampu untuk membekali dirinya dan melaksanakan pernikahan.

Demikianlah masyarakat Islam terbentuk dan menampakkan identitinya berdasarkan cinta, kebebasan dan jihad. Menurut Islam, pekerjaan bukanlah penderitaan untuk sekadar mendapatkan sepotong roti atau daging seperti dikatakan peradaban kita masa kini tetapi Islam menganggap pekerjaan itu sesuatu ibadah yang mulia untuk mencapai puncak yang tinggi.

Tanpa sifat lembut hati Rasulullah yang juga sifat Allah S.W.T, tidak mungkin hati kaum Muhajirin dan Ansar dapat bersatu. Allah S.W.T sengaja menjinakka, menanamkan rasa cinta dan kasih sayang serta rasa persaudaraan terhadap sesama Muslim melebihi batas-batas kecintaan dan kasih sayang mereka kepada saudara dan keluarga sendiri. Kecintaan seperti itu sungguh melampaui kasih sayang manusia terhadap dunia, pasangan hidup, harta, kedudukan, ternakan, kenderaan dan sebagainya. Rasa cinta seperti itu merupakan rasa cinta yang telah dipersatukan oleh keimanan. Dengan demikian maka seseorang yang bukan dari golongannya, bukan dari keturunannya tetapi berasal dari orang-orang yang asin yang sebelumnya tidak dikenali langsung, kemudian dipertemukan oleh Allah S.W.T dan dipersaudarakan oleh Rasulullah S.A.W, hati mereka diikat dalam satu jiwa iaitu keyakinan pada agama Allah S.W.T.

Sebenarnya, banyak lagi sifat-sifat Rasulullah S.A.W yang boleh dikisahkan seperti tidak sombong, berbuat baik kepada anak yatim, berbuat baik kepada fakir miskin, menjalin hubungan silaturahim, tolong menolong, bersikpa pemurah, berlapang dada dan suka memberi maaf dan sebagainya. Sama-sama kita aplikasikan sifat-sifat baginda dalam kehidupan seharian kita ya. ^_^

P/s : Mari kita sama-sama berselawat ke atas Rasulullah S.A.W kerana beliau banyak berjasa dalam mengembangkan agama Allah. Malah darjat nya di naikkan lagi menjadi kekasih Allah..Semoga kita berpeluang bertemu baginda suatu hari nanti di akhirat kelak ^_^

Aku mahu tag kan sahabat tercinta ku iaitu Nana dan Razy..


No comments: